Thursday, May 31, 2012

Le Tour De Perlis Part II

Assalamualaikum
Maaf kepada sahabatku yang dok tanya bila nak update entry nie.. hehe... rasanya tuan badan tu tau dia orangnya... heeee, jangan marah Cik _ _ _ _ =)

Ok... Hari tu aku dah cerita pasal Pusat Equin Sg. Batu Pahat, Perlis.. Kali ni aku nak cerita pasal Taman Anggur pula.. haaa, jangan tak tau ye kat Perlis ni pun ada ladang anggur tiaww.. hehe.. Setelah puas bergambar, ditokak kerengga (diketit je..hehe), main kuda semua kat Pusat Equin tu, kami singgah pula ke  Taman Anggur... 

Actually, I don't know the direction to this Grape Farm tapi Cik Aimi yang tunjukkan jalan.. Rupanya dekat je dengan Pusat Equin tu.. tak sampai 10 minit pun dari Ladang kuda tu.. haha... 

tadaaa!! inilah dia Taman Anggur nya..

Kalau sesiapa yang bukan dari Perlis nak ke Taman Anggur Perlis ni, tak susah pun... Dari roundabout Kangar tu ambil jalan nak ke Padang Besar.. terus je then akan sampai kat satu simpang di kiri jalan dan korang akan nampak ada sebuah masjid... nama masjid tu tak ingat le pulak, maaf le..aku kan drive masa tu, tak sempat nak tenung lama2... kang tak pasal2 aku terlost control kang GEDEGANGG!! haaa, niaya je kau.. dah la bawak anak dara orang pula tu.. hu2.. mintak dijauhkan la.. hu2... so, apa tunggu lagi.. masukla simpang tu... menuju ke Sg Batu Pahat... go straight, don't belok2.. hehe...

Sebelum sampai tu, korang akan jumpa Taman Ular dulu kat sebelah kiri... ada simpang nak ke Taman Ular tu dan simpang tu juga la terletaknya Pusat Equin... tapi, jangan belok simpang tu.. terus je ke depan jumpa kuari kat sebelah kanan.. atas sikit lagi jumpa pusat jualan mangga Harum Manis ( terdapat di Perlis je)... pastu, terus lagi akan sampi la ke Taman Anggur di sebelah kiri jalan... masa drive tu hati2 ye sebab walaupun kereta tak banyak tapi lori banyak ye kawan2... hu2... untuk gambaran yang lebih jelas,, lihat foto di bawah nie ---- :

haa, ini lah rupa Taman Anggur tu dari luar.. ni main gate dia...

Di sini, kalau nak masuk ke bahagian dalam ladang iaitu tempat tanamannya, pelawat2 kena bayar tiket.. RM 3 seorang... Kalau tak bayar, dok la kat luaq pagaq tu.. Depa kunci hangpa kat luaq.. haha... So, hari tu kami pergi berenam tapi cuma lima je yang masuk sebab sorang lagi tak nak.. Cik Farah kita nak duduk kat dalam kereta je katanya... Maka aku dengan sahabat2 yang lain pun teruja la kat dalam ladang tu... haha.. snap gambar tu toksah cite la punya berlambak! haha.. nak termuntah dah tengok tapi tak muntah pun la *Hyperbole lebih..heee~~

Sebenarnya kan, ni bagi aku la... kat ladang tu cuma ada anggur je la.. ehh! dah nama pun ladang ANGGUR .. takkan la ada unta pulak kann... haha... takda la apa yang nak diterujakan sangat macam yang aku habaq kat atas tu... kalau nak teruja pun bila ambil gambar la... sebab buah2 anggur kat ladang tu masa kami melawat boleh dikatakan banyak juga la.. dah berbuah banyak... 

Yang dipacking untuk jualan pun ada jugak... tapi cuma 2 jenis je iaitu Black Queen dengan White Malaga... harganya boleh tahan mahal laaa jugak... 1/2 kilo (1 paket) = RM 10.. kalau 1 kilo (2 paket) = RM 20... mahal pun mahal la, aku beli 1/2 kilo je Black Queen buat ole-ole untuk mak ayah sebab diorang belum pernah datang lagi sini... wahh! baiknya aku kann, HAHAHA *tak leh perasan terokk lagi =P
Anggur Black Queen ni tak manis sangat dan tidak lah tawaq hebiaq sangat... biji pun takda.. haaa, yang tu aku suka... kalau White Malaga, kata akak jurujual tu ada biji... rasa manis ke tak tu aku pun tak tau.. lupa nak tanya... Sebenarnya bukan dua jenis je anggur yang depa tanam, ada lagi.. meh meh dekat sikit nak tunjuk meh,,,,







 bahagian tanaman anggur2.. panas youu kat sini! hu2..


 aku heran tengok anggur ni sebab ada sebiji sesat warna hijau..






haa, yang ini la White Malaga namanya.. 

Seterusnya, lepas dah snap2 gambar anggur yang berbagai jenis tu, snap gambar orang la pula kan... hehe... Oleh sebab aku tak tahan suhu yang memang panas kat dalam tu (kawasan pembiakan buah anggur), aku 'cabut' dulu ambil angin kat luar... peluh meleleh dahh~~ lega sikit kat luar tu, terasa bebas 'bawah lenganku'...  gunalah Rexona *tetiba...muahaha! Oppsss, behave adnin behave... =P

Ok, cerita panjang2 ni mesti ampa muak nak baca ni...hu2.. layan gambar je la *padahal dah berguni2 aku membebel kat atas tu =P

 Baru sampai


 ini lah dia kawasan luar ladang.. ladang pembiakan anggur tu kat sebelah kiri dan kanan yang ada cam khemah2 putih tu...




 haha.. pandai depa pose


 bersama Cik Yana yang manja gitteww =P


 on my left is Cik Syaza


teruja benor si baju ungu tu ye.. hehe





Sekian saja buat entry kali ini.. 

Ms. Adnin sudah maw beradu rasanya.... jam pun sudah menunjukkan pukul 2.36 a.m.. esok dah la kena bangun awal ni... nak ke Ipoh pagi2 esok.. doakan keselamatan perjalananku sekeluarga ye.. terima kasih! 

Thanks for reading guys!
Assalamualaikum
(^^,)

Friday, May 25, 2012

Le Tour De Perlis Part I

Assalamualaikum...
Readers semua sihat?? Alhamdulillah.... Bukan apa, maklum lah kan musim2 hujan ni.. mana la tau kot2 ada yang pi main hujan ke, terjun parit ke(sebab ingatkan swimming pool).. hehe... apa2 pun, korang semua jaga kesihatan baik2 ye... sakit demam nanti siapa yang susah? aku jugak... ehhhh! *tetiba ja.. haha, saje je wt mukadimah panjang sikit....

Baiklah, kita teruskan pada tajuk entry kali ni... 'Le Tour De Perlis' .. bunyi macam kitorang takda keja ja nak pusing2 Perlis kan.. haaa, memang pun... F.Y.I. aku dan sahabat2 seangkatanku sedang diulit kebahagiaan yang tak berapa abadi selama 3 minggu ni.. haha... kami semua baru je habis final exam 23 Mei 2012.. so, tunggu lagi..? Joli katak la.. haha.. tapi bukan hari ni Tour nya.. tapi semalam... Oleh sebab aku terlampau letih yang amat sangat, tak sempat nak update blog semalam... hehe..

sebelum tu, aku bagi gambaran sikit destinasi pertama yang kami tuju... sila lihat foto di bawah... agak2 kat mana?? =D

Subhanallah.. Indah sungguh ciptaan-Nya



.:: 24 Mei 2012 ::.

Pagi tu aku bangun jam 7.30 a.m. .. Subuh?? ehemm, aku ada "MC" okey (tak faham sudah) =P .. lepas tu, pi siap2 apa suma, terus aku sambung kemas barang sikit2... alaa, mengemas bilik hostel la... kan nak cuti dah... weehuuu!! suka!suka! .... berpeluh jugak la walaupun pagi tu baru lepas hujan... mau tak peluh angkat turun beg besar2 kann.. dah setel semua, yana pun mai bilik aku... dia dah ready nak turun... dia pun tolong la aku angkat barang2 bawak pi ke kereta... gila lenguh bahu aku.. rasa longgaq macam nak tercabut dah haaa... dari tingkat 4 tu aku kendong sebelah tangan 3beg, sebelah tangan lagi 3 beg dengan beg galas belakang satu... aku tak nak tinggal kat hostel barang2 tu sebab tu bawak sampi ke kereta.. yana lagi la, beg besaq dia sebijik campur dengan beg2 aku sekali... terus tough lengan si Yana ni kan kan... hehe

Dah simpan barang semua, jumpa Aimi dengan kawan dia... Actually, kitorang memang plan nak ronda sama2 sebab Aimi tau jalan..heee~~ ... So, kitorang berpecah... Aimi gi amek Syaza kat Seriab, aku pulak amek Farah kat Kangar... depa 2 ni balik lagi awal.. hamboihh! lepas tu kitorang jumpa balik, sarapan kat kedai pak njang Syaza kat Seriab... haaa, nama tempat makan tu Nasi Lemak Ayam Berempah... nak tau sedap ke tak, pi la singgah.. hehe.. selesai sarapan, kami bertolak ke destinasi yang pertama ----

::: Pusat Ekuin Perlis :::

aaaa tuu diaa... hihihi ^^,

Pusat Ekuin ni nama senangnya kandang kuda la.. hehe... kat sini ada banyakkkk kuda tapi kan, kena tahan hidung la sikit.. bushukk! hihi... tapi kalau korang dah memang pencinta haiwan, dah tak hairan dah busuk2 binatang ni..betul tak, betul tak? heee.. aku saja nak bawa Yana ronda2 sini sebab dia Orang Muar, Johor tuu... bila lagi nak bawa meronda kan.. time cuti2 ni la, tambah2 pulak Yana nak balik Muar petang tu juga jam 7.30 p.m. 

Kalau korang nak tau, view dia kat sini memang la cantik.. nampak cam kat oversea.. nak nak lagi pulak time pagi2 kan... ditambah dengan efek kabus nya..fuhhh, sgt cun taw! hehe.. nah, tengok le gambor2 yang kitorang snap =)


Cik Aimi dengan Cik Farah ber'dating'




Ms Adnin Shamsul with Ms Aimi




bak kata Cik Yana kita, " 3 Serangkai "
Cik Farah, Cik Adnin & Cik Yana



Senyum tak perlu kata apa2 
(^^,)



View ni sangat cun! nampak tak, macam kat luar negara kan kan?? he2



aihh! sibuk jugak nak snap si baju kelabu tu...




Kuda Oh Kuda,, kenapa engkau hensem.. HAHA




waahhhh! pandai dia pose... alaa model gitteww~ HAHA


tu diaa heroin Hindustan.. Syaza Mukherjee.. hehe =)



eeiii, bleh pegang2.. =p



Cik Farah pun pegang kuda juga



heyy, couple ke?? haha



OTW ke kereta..tak tahan kena serang dengan kerengga.. huhu



cantik kan pemandangan... 







busuk pun busuk la.. Peace tetap maintain..



oh my Felix! I lap you, You drive me <3
hehe



skali lagi Peace dari Cik Farah..hehe




haipp, gossip kah??




Kereta Cik Aimi kita..comel macam tuan dia.. =)




 Ms. Adnin Shamsul sangat mengantuk dah nak story mory...
nanti esok kita sambung cite lagi di Le Tour De Perlis Part II..
ada banyak tempat lagi belum story2..hehe

Thanks for reading!
Assalamualaikum

Monday, May 14, 2012

Gaya Study....

Assalamualaikum...

aku rasa macam dah agak lama tak update blog ye..hu2..tengah exam oii! last week study week lerr...memang la tak sempat nak layan blog, facebook segala kan...tapi sempat je aku online FB..hoho~ tapi sekarang ni aku tak online dah...aku deactivate profile aku 11 Mei hari tu...jadi kalo ada sesapa yang cari2 aku cam eh! awat budak ni takdak dalam list friend aku? dia unfriend aku ke? (bajet cam ada ja orang cari,booo~) ..haaa,tak,tak,tak..aku deactive sat ja sempena menghormati minggu peperiksan selama dua minggu ni bermula 14 Mei sehingga 23 Mei 2012... *padahal sebenarnya kalo aku tak deactive memang aku tak leh kawal diri aku..keja nak online je..fahamla kalo dah online tu tak reti2 nak tutup...so, memang gila la kalo aku maintain sikap aku camtu minggu exam ni..tak takut kena sepak keluar maktab gamaknye! hu2...uishh! mintak dijauhkan...takmaw,,takmaw =(

ok baiklah...dah cite2 pasal exam week nie memang sepadan la dengan tajuk entry aku kali ni... 
..GAYA STUDY..
Lain orang lainlah la cari belajarnya kan...begitu juga aku dengan rakan2 yang lain..exam kali ni baru aku tau rupanya cara aku study pelik..what the?! pelik? haha...yup! aku rasa la sebab bila orang tanya aku macam mana study or tengok aku study mesti dorang cam ,, haaa? *dengan ekspresi wajah ternganga ditambah dengan kepala senget 45 degree... haaa, tak kan tak paham bahasa lagi... depa heran la tu... haihh! 

sebab apa pelik?? 

berdasarkan kajian yang telah aku lakukan secara rawak dan sesuka hati, PERTAMA--aku dapati bahawa kebanyakkan rakan2 aku study mengikut susunan bab or we say they study chapter by chapter from Chapter 1 till the last chapter (gila skema ayat..puiii! =P ) ....Aku pulak? aku study sukahati...mana chapter aku rasa syok, aku baca bab tu dulu...yang mana nampak cam bosan or tak menarik minat aku, aku baca last2... or sometimes tu aku tak baca terus..keluar exam aku nganga..muahaha! padan muka kau Adnin! =P ...Please,, don't try this at home..in the toilet ok..ehh?!... ni baru satu....adaa lagiii~~

lepas tu aku kaji lagi... KEDUA--aku ajak la kawan2 aku pi library...ye la, ampa pi la Universiti mana pun mesti ada library kann... then, kat library tu la kita boleh nampak ramai orang study....ada yang lone ranger, tak kurang jugak yang bercouple dan berkumpulan....tak gitu~

 Gaya Lone Ranger

Gaya Berkumpulan

Sebab apa? kat library tu kan senyap, sejuk 
dengan aircond lagi so boleh la focus sebab takda gangguan kan... Sekali lagi, aku pulak ternganga, kepala senget....tiap kali aku ajak, mesti depa tolak.."taknak",,"emm,tak kot..thx ajak",,"library??,xpe la..taknak" ... ...huih! semua pun tak nak...pelik aku...aku tanya la kenapa? antara jawapan yang aku terima, "luas sangat la library tu", "ish, tak best sebab rasa macam ada orang dok usya kita study", "tak boleh la sebab nanti aku hilang fokus dok tengok orang2 kat sekeliling"...haha,macam2 jawapan adaa...

depa pulak kata aku rajin gila nak study kat library...bukan la weh...kat library la aku boleh fokus sebab tempat dia selesa, tak panas, senyap, dan yang penting, NO BED IN THE LIBRARY..what the?? apa kaitan katil pulak dah nie??

hahaha....pelik kan? dah kata dah aku ni pelik....lain dari orang..yang katil tu sebenarnya,aku memang alergic...bahaya sangat2 oii...benda ni selalu berlaku kat hostel sebab kalau mata aku nampak katil kan kan,, errrr,errr..tengok je la gambar bawah ni ---------------
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

TAHAP 1
study elok2 atas meja


TAHAP 2 
mata menjeling katil..dah mula study sambil bersila atas katil


TAHAP 3
lenguh bersila, tukaq style pulak...menelaah sambil meniarap


TAHAP 4
buku lempaq ke mana, aku pun mula ZzZzZzZzZzZzZzZzZzz ~~

see ! sebab tu aku suka pergi library..gila nak meniarap, baring2 pastu tidur...haha...adaaa lagiii~

KETIGA - aku ni tak boleh study kat satu tempat je...kalau boleh, tukar2 angin sikit...daripada asyik terperap dalam hostel, aku keluar pi library ataupun TAMAN REKREASI... aikk? taman rekreasi tempat riadah tu...ye la, awat? ada ke signboard mana2 tulis 'Dilarang Mengulangkaji Pelajaran Di Taman Rekreasi'... ada? ada? haha...mana ada laa~haha =P
hari tu aku pi study kat Tasik Melati Perlis pun kawan aku kata " boleh ke study kat taman?"
aku boleh la sebab dari school lagi aku dok buat camtu..ayah aku selalu bawak pi taman2 rekreasi ni then dia temankan la aku study...mana yang aku tak faham, aku tanya la dia....

Actually,bukan apa, kat taman2 ni la aku boleh belajar sambil menghilangkan stress...ye la, rasa2 macam dah sesak sangat kepala, boleh rest jap sambil tengok alam, pokok2 hijau..tengok manusia, usha2 couple dating pun boleh,,ehhhh?! haha *saje je ni,merapu =P ...betul apa...kan releks minda tu bila dapat tengok alam semulajadi ciptaan Yang Maha Esa =)
ce tengok gambor bawah ni :


boleh golek-golek atas rumput lagiii...weeee~ ~ =P


kan best tu, sambil study boleh tengok pokok2...angin pulak sepoi2, 
fresh air lagi...aku dah banyak kali buat camni.. serius BEST!

haaa, itulah antara Gaya Study aku..hehe... Anda Bagaimana?? ada gaya Superman, Ultraman, Btman, Jean Piaget mahupun Albert Einsten?? hehehe...tapi kan, aku rasa ada je yang study cam aku buat tu..cuma tak nak ngaku je..kan,kan?? HAHA..memandai ja aku XD

ok la, dah banyak masa aku terbuang ni...lusa second paper pulak oii! baru habis satu paper cam habis semua exam je..rilek2 pulak..Adoii! hu2...Jom sambung study!! Golek atas rumput taman...haha =D

Thanks for reading
Assalamualaikum