Friday, May 25, 2012

Le Tour De Perlis Part I

Assalamualaikum...
Readers semua sihat?? Alhamdulillah.... Bukan apa, maklum lah kan musim2 hujan ni.. mana la tau kot2 ada yang pi main hujan ke, terjun parit ke(sebab ingatkan swimming pool).. hehe... apa2 pun, korang semua jaga kesihatan baik2 ye... sakit demam nanti siapa yang susah? aku jugak... ehhhh! *tetiba ja.. haha, saje je wt mukadimah panjang sikit....

Baiklah, kita teruskan pada tajuk entry kali ni... 'Le Tour De Perlis' .. bunyi macam kitorang takda keja ja nak pusing2 Perlis kan.. haaa, memang pun... F.Y.I. aku dan sahabat2 seangkatanku sedang diulit kebahagiaan yang tak berapa abadi selama 3 minggu ni.. haha... kami semua baru je habis final exam 23 Mei 2012.. so, tunggu lagi..? Joli katak la.. haha.. tapi bukan hari ni Tour nya.. tapi semalam... Oleh sebab aku terlampau letih yang amat sangat, tak sempat nak update blog semalam... hehe..

sebelum tu, aku bagi gambaran sikit destinasi pertama yang kami tuju... sila lihat foto di bawah... agak2 kat mana?? =D

Subhanallah.. Indah sungguh ciptaan-Nya



.:: 24 Mei 2012 ::.

Pagi tu aku bangun jam 7.30 a.m. .. Subuh?? ehemm, aku ada "MC" okey (tak faham sudah) =P .. lepas tu, pi siap2 apa suma, terus aku sambung kemas barang sikit2... alaa, mengemas bilik hostel la... kan nak cuti dah... weehuuu!! suka!suka! .... berpeluh jugak la walaupun pagi tu baru lepas hujan... mau tak peluh angkat turun beg besar2 kann.. dah setel semua, yana pun mai bilik aku... dia dah ready nak turun... dia pun tolong la aku angkat barang2 bawak pi ke kereta... gila lenguh bahu aku.. rasa longgaq macam nak tercabut dah haaa... dari tingkat 4 tu aku kendong sebelah tangan 3beg, sebelah tangan lagi 3 beg dengan beg galas belakang satu... aku tak nak tinggal kat hostel barang2 tu sebab tu bawak sampi ke kereta.. yana lagi la, beg besaq dia sebijik campur dengan beg2 aku sekali... terus tough lengan si Yana ni kan kan... hehe

Dah simpan barang semua, jumpa Aimi dengan kawan dia... Actually, kitorang memang plan nak ronda sama2 sebab Aimi tau jalan..heee~~ ... So, kitorang berpecah... Aimi gi amek Syaza kat Seriab, aku pulak amek Farah kat Kangar... depa 2 ni balik lagi awal.. hamboihh! lepas tu kitorang jumpa balik, sarapan kat kedai pak njang Syaza kat Seriab... haaa, nama tempat makan tu Nasi Lemak Ayam Berempah... nak tau sedap ke tak, pi la singgah.. hehe.. selesai sarapan, kami bertolak ke destinasi yang pertama ----

::: Pusat Ekuin Perlis :::

aaaa tuu diaa... hihihi ^^,

Pusat Ekuin ni nama senangnya kandang kuda la.. hehe... kat sini ada banyakkkk kuda tapi kan, kena tahan hidung la sikit.. bushukk! hihi... tapi kalau korang dah memang pencinta haiwan, dah tak hairan dah busuk2 binatang ni..betul tak, betul tak? heee.. aku saja nak bawa Yana ronda2 sini sebab dia Orang Muar, Johor tuu... bila lagi nak bawa meronda kan.. time cuti2 ni la, tambah2 pulak Yana nak balik Muar petang tu juga jam 7.30 p.m. 

Kalau korang nak tau, view dia kat sini memang la cantik.. nampak cam kat oversea.. nak nak lagi pulak time pagi2 kan... ditambah dengan efek kabus nya..fuhhh, sgt cun taw! hehe.. nah, tengok le gambor2 yang kitorang snap =)


Cik Aimi dengan Cik Farah ber'dating'




Ms Adnin Shamsul with Ms Aimi




bak kata Cik Yana kita, " 3 Serangkai "
Cik Farah, Cik Adnin & Cik Yana



Senyum tak perlu kata apa2 
(^^,)



View ni sangat cun! nampak tak, macam kat luar negara kan kan?? he2



aihh! sibuk jugak nak snap si baju kelabu tu...




Kuda Oh Kuda,, kenapa engkau hensem.. HAHA




waahhhh! pandai dia pose... alaa model gitteww~ HAHA


tu diaa heroin Hindustan.. Syaza Mukherjee.. hehe =)



eeiii, bleh pegang2.. =p



Cik Farah pun pegang kuda juga



heyy, couple ke?? haha



OTW ke kereta..tak tahan kena serang dengan kerengga.. huhu



cantik kan pemandangan... 







busuk pun busuk la.. Peace tetap maintain..



oh my Felix! I lap you, You drive me <3
hehe



skali lagi Peace dari Cik Farah..hehe




haipp, gossip kah??




Kereta Cik Aimi kita..comel macam tuan dia.. =)




 Ms. Adnin Shamsul sangat mengantuk dah nak story mory...
nanti esok kita sambung cite lagi di Le Tour De Perlis Part II..
ada banyak tempat lagi belum story2..hehe

Thanks for reading!
Assalamualaikum

Monday, May 14, 2012

Gaya Study....

Assalamualaikum...

aku rasa macam dah agak lama tak update blog ye..hu2..tengah exam oii! last week study week lerr...memang la tak sempat nak layan blog, facebook segala kan...tapi sempat je aku online FB..hoho~ tapi sekarang ni aku tak online dah...aku deactivate profile aku 11 Mei hari tu...jadi kalo ada sesapa yang cari2 aku cam eh! awat budak ni takdak dalam list friend aku? dia unfriend aku ke? (bajet cam ada ja orang cari,booo~) ..haaa,tak,tak,tak..aku deactive sat ja sempena menghormati minggu peperiksan selama dua minggu ni bermula 14 Mei sehingga 23 Mei 2012... *padahal sebenarnya kalo aku tak deactive memang aku tak leh kawal diri aku..keja nak online je..fahamla kalo dah online tu tak reti2 nak tutup...so, memang gila la kalo aku maintain sikap aku camtu minggu exam ni..tak takut kena sepak keluar maktab gamaknye! hu2...uishh! mintak dijauhkan...takmaw,,takmaw =(

ok baiklah...dah cite2 pasal exam week nie memang sepadan la dengan tajuk entry aku kali ni... 
..GAYA STUDY..
Lain orang lainlah la cari belajarnya kan...begitu juga aku dengan rakan2 yang lain..exam kali ni baru aku tau rupanya cara aku study pelik..what the?! pelik? haha...yup! aku rasa la sebab bila orang tanya aku macam mana study or tengok aku study mesti dorang cam ,, haaa? *dengan ekspresi wajah ternganga ditambah dengan kepala senget 45 degree... haaa, tak kan tak paham bahasa lagi... depa heran la tu... haihh! 

sebab apa pelik?? 

berdasarkan kajian yang telah aku lakukan secara rawak dan sesuka hati, PERTAMA--aku dapati bahawa kebanyakkan rakan2 aku study mengikut susunan bab or we say they study chapter by chapter from Chapter 1 till the last chapter (gila skema ayat..puiii! =P ) ....Aku pulak? aku study sukahati...mana chapter aku rasa syok, aku baca bab tu dulu...yang mana nampak cam bosan or tak menarik minat aku, aku baca last2... or sometimes tu aku tak baca terus..keluar exam aku nganga..muahaha! padan muka kau Adnin! =P ...Please,, don't try this at home..in the toilet ok..ehh?!... ni baru satu....adaa lagiii~~

lepas tu aku kaji lagi... KEDUA--aku ajak la kawan2 aku pi library...ye la, ampa pi la Universiti mana pun mesti ada library kann... then, kat library tu la kita boleh nampak ramai orang study....ada yang lone ranger, tak kurang jugak yang bercouple dan berkumpulan....tak gitu~

 Gaya Lone Ranger

Gaya Berkumpulan

Sebab apa? kat library tu kan senyap, sejuk 
dengan aircond lagi so boleh la focus sebab takda gangguan kan... Sekali lagi, aku pulak ternganga, kepala senget....tiap kali aku ajak, mesti depa tolak.."taknak",,"emm,tak kot..thx ajak",,"library??,xpe la..taknak" ... ...huih! semua pun tak nak...pelik aku...aku tanya la kenapa? antara jawapan yang aku terima, "luas sangat la library tu", "ish, tak best sebab rasa macam ada orang dok usya kita study", "tak boleh la sebab nanti aku hilang fokus dok tengok orang2 kat sekeliling"...haha,macam2 jawapan adaa...

depa pulak kata aku rajin gila nak study kat library...bukan la weh...kat library la aku boleh fokus sebab tempat dia selesa, tak panas, senyap, dan yang penting, NO BED IN THE LIBRARY..what the?? apa kaitan katil pulak dah nie??

hahaha....pelik kan? dah kata dah aku ni pelik....lain dari orang..yang katil tu sebenarnya,aku memang alergic...bahaya sangat2 oii...benda ni selalu berlaku kat hostel sebab kalau mata aku nampak katil kan kan,, errrr,errr..tengok je la gambar bawah ni ---------------
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

TAHAP 1
study elok2 atas meja


TAHAP 2 
mata menjeling katil..dah mula study sambil bersila atas katil


TAHAP 3
lenguh bersila, tukaq style pulak...menelaah sambil meniarap


TAHAP 4
buku lempaq ke mana, aku pun mula ZzZzZzZzZzZzZzZzZzz ~~

see ! sebab tu aku suka pergi library..gila nak meniarap, baring2 pastu tidur...haha...adaaa lagiii~

KETIGA - aku ni tak boleh study kat satu tempat je...kalau boleh, tukar2 angin sikit...daripada asyik terperap dalam hostel, aku keluar pi library ataupun TAMAN REKREASI... aikk? taman rekreasi tempat riadah tu...ye la, awat? ada ke signboard mana2 tulis 'Dilarang Mengulangkaji Pelajaran Di Taman Rekreasi'... ada? ada? haha...mana ada laa~haha =P
hari tu aku pi study kat Tasik Melati Perlis pun kawan aku kata " boleh ke study kat taman?"
aku boleh la sebab dari school lagi aku dok buat camtu..ayah aku selalu bawak pi taman2 rekreasi ni then dia temankan la aku study...mana yang aku tak faham, aku tanya la dia....

Actually,bukan apa, kat taman2 ni la aku boleh belajar sambil menghilangkan stress...ye la, rasa2 macam dah sesak sangat kepala, boleh rest jap sambil tengok alam, pokok2 hijau..tengok manusia, usha2 couple dating pun boleh,,ehhhh?! haha *saje je ni,merapu =P ...betul apa...kan releks minda tu bila dapat tengok alam semulajadi ciptaan Yang Maha Esa =)
ce tengok gambor bawah ni :


boleh golek-golek atas rumput lagiii...weeee~ ~ =P


kan best tu, sambil study boleh tengok pokok2...angin pulak sepoi2, 
fresh air lagi...aku dah banyak kali buat camni.. serius BEST!

haaa, itulah antara Gaya Study aku..hehe... Anda Bagaimana?? ada gaya Superman, Ultraman, Btman, Jean Piaget mahupun Albert Einsten?? hehehe...tapi kan, aku rasa ada je yang study cam aku buat tu..cuma tak nak ngaku je..kan,kan?? HAHA..memandai ja aku XD

ok la, dah banyak masa aku terbuang ni...lusa second paper pulak oii! baru habis satu paper cam habis semua exam je..rilek2 pulak..Adoii! hu2...Jom sambung study!! Golek atas rumput taman...haha =D

Thanks for reading
Assalamualaikum

Wednesday, May 2, 2012

Adnin mana KAHWIN ni ??? ce cite

Assalamualaikum...
First of all i want to apologize to all yang mana ada yang terkejut badak, terkejut king kong, biawak bagai selepas baca entry Perutusan Raja Sehari kelmarin...ampun2 ya....aku ingatkan gaya penulisan dah ok dah rupanya berlaku kekecohan yang Maha Dasyhat..omaigoshh!! hoho~

dengan ini, aku mengishtiharkan (over) bahawa nama sebenar pengantin perempuan tu Nur Adnin Binti Ahmad Zaidi...NOT Nurul Adnin Binti Shamsul Baharin( yang ni budak hingusan, tak layak kawin lagi) sekian!
kenapa aku upload kad tu kat blog??

 SEBAB aku nak share la dengan korang bahawasanya pemilik nama ADNIN ni bukan aku sorang ja...ada lagi cuma JARANG2 jumpa kan kan...btoi kan? ngaku je la~~~selalunya kalau aku berkenalan dengan kawan2 baru mesti kata nama aku pelik la...macam jantan la...tak pernah dengar la...sedih owww~~nama SYURGA kowtt..sobsss...tu yang teruja giler nak upload..hu2 :P  ...so, oleh kerana teruja yang giler over tahap tenuk aku hapload la tang sini...hehehe..actually the bride is my Bau-bau bacang,,NOT bau-bau hamis yeee....haha :D

haaa, mesti pelik kenapa aku sendiri boleh tak tahu nama sedara sendiri...well, aku datang Perlis ni baru la aku tahu rupa2nya aku ada sedara kat sini rupanya....belah ayah, orang Taiping gak..depa pun merantau same like me and my family....kebetulan dapat tahu pun masa gi rumah pengantin perempuan ni sebab kakaknya staff kat pejabat ayah aku..so, sembang2 hari tu ni baru la dapat tahu yang kami ni sekampung seberadik (ada ke perkataan ni, cek kamus! ) rupanyaa...laaaaaaa~ *nganga :O

pastu dah anaknya nak kawin mesti la jemput kann...dapat la kad tersebut..apalagi,aku pun "kechak!kechak!" (bunyi snap gambar)..haha....sempat pergi akad nikah dia hari tu...aku pulak nebess lebih..mau taknye, "Aku terima nikahnya Nur ADNIN....." sentapp! dah nama aku jugakk...hohoho...*gedikgedikgedik (orang Utara kata MEGHELA..amek hiangg! )...haha...

so, ini bukanlah isu besar mana walaupun telah secara tak sengaja menimbulkan kekecohan antara sedara di kampung juga rakan2 aku kat IPG terchenta nuu....saje nak share2 story je bila dapat kad tu...

apa?? cite ntah pape?? tu pun nak kecoh, nak cite?? hmmm....memangla, ni firstime aku pi kenduri pengantin nama sama aku...sebelum ni nama orang glamer ja,,Amira la, Farah la, Siti la, semua nama2 yang common dengar....tahu la ampa semua dah biasa dah...bagi la aku nak teruja king kong satt....haha...ok lah, so konklusinya,,aku lambat lagi nak kawin oiii...calon dok sembunyi kowt,,haha...

ni la gambor dalamnya~ kalau tak nampak,zoom sampai lebam! hehe
galak tak upload hari tu..huhu :P
so, takda misunderstood lagi ye...everything's clear ^^,


k.thanks a lot for reading this entry
p/s: yang pasti,aku tak tipu okee...memang Adnin yang kahwin but not Adnin this blog owner..hee~

#pada yang dah wish Tahniah kat aku tu, tima kasih bebanyak la ye..hehe,,tu aku anggap Tahniah untuk future nanti *sempat lagi feel gedik,menyampah! haha..k.baiii
Assalamualaikum :)

Tuesday, May 1, 2012

Perutusan Raja Sehari

Assalamualaikum...entry kali ni tak nak cite panjang...cuma nak bagitahu sikit je..sikit je...u'ollsss semua pernah dengar tak ayat ni " Pertunangan dirahsiakan, Perkahwinan dihebahkan"......kalau pernah dengar, very good! kalau belum pernah, faham dan contohilah kata-kata tersebut...sekarang, aku biarkan foto-foto di bawah ni je berbicara....agak2 faham tak?? hehe~

3 Jun 2012----Coming Soon


save the date~ 3 JUN 2012


Perutusan Raja Sehari....cantik kan? kan?
sape kata tak cantik, i blender kan u'olll...huhu~ 

okay, that's all i think..k.baii
Assalamualaikum
anything,, feel free to ask me <3
#mood : what do u think?? secret~~ heeee- :D


Tuesday, April 24, 2012

BIG SIRI 5/2012

Alhamdulillah...selesai sudah aku menjalani BIG selama 4 hari 3 malam...BIG?? mesti orang2 yang bukan dari golongan Maktab tak berapa faham kan..kan..hee~ BIG tu sebenarnya ringkasan daripada Bina Insan Guru...ianya sejenis program untuk bakal-bakal guru yang lahirnya dari IPG = Insitut Pendidikan Guru...haaa, siapa2 budak maktab tu tahu la camna rasanya kan..kan...serius penat owwhhh!! tido tu bleh bilang ja berapa jam..paling sekejap 1 jam or paling lama pun 2 jam (itupun last day)...paling tragis budak biro makanan...tak tido langsung pun ada...kesian...tapi semua tu bukan sebab nak mendera ke apa...tapi sebenarnya nak menguji ketahan fizikal dan mental kami bakal-bakal guru...

bak kata pensyarah aku sorang ni, kalau setakat kuat fizikal tapi mental lemah takda gunanya...sebab masa akan datang nanti kami akan diuji dengan pelbagai perkara mulai dari kerenah anak-anak murid, rakan sekerja, guru besar, tugas-tugas tambahan yang lain dan macam-macam lagi...kalau tak dapat bertahan, habislah anak-anak bangsa kita nanti...right? hehe..pandai ja aku berkata2 macam la tough sangat..haha..ok2, apakata kita teruskan dengan kisah aku menjalani aktivti BIG...kami pi Pulau Tuba, Langkawi...nama cam dashyat je kan..haha.tapi kawasan perkhemahan kami tu boleh tahan la..tak la hodoh macam kena tuba...
ni gambarnya---

ni Jeti Pulau Tuba, Langkawi


yang ni pandangan dari arah laut..belakang pokok kelapa tu motel...yang ada gambar orang tu,nampak? haa,kat tepinya pulak di sebelah kiri macam rumah warna kuning tu ialah dewan...
* sila abaikan tarikh tu ye sebab ini diambil dari Pak Cik Google..sekian~


yang ni pulak pandangan dari motel ke arah laut...nice kan ^^,

haaa,tempatnya tu takla besar mana kan...tapi boleh tahan la...pasir lembut situ..kecuali time air surut,memang la tak cantik sebab lumpoq penuh kat depan bangku2 kayu tu...hehe...tapak pekhemahan kami betul2 depan motel tu tapi ada la tinggal space untuk tempat kami berkumpul...ruang tu lah dijadikan tempat berkumpul pagi2 untuk nyanyi lagu, senamrobik, makan, dengar taklimat aktiviti, persembahan kebudayaan dan jugak LDK (latihan dalam kumpulan)...

haaa, apa je yang kitorang buat selama 4 hari 3  malam tu?? ok2, meh nak cite..
1st day- bertolak ke Pulau Tuba la kan...xsangka perjalanan kami terganggu sikit dengan pengendalian feri yang tak berapa ok masa tu...mulanya kami terpaksa turunkan barang2 sebab katanya kena tukar feri dari langkawi ke Tuba...tak pasal2 elok dah habis bawak keluar barang, dah kata naik feri yang sama pulak...adoi laa...angkut la balik barang2 bawak masuk feri...lihat foto di bawah...itulah buktinya ..

 geng lelaki la yang kesian...yang berat2 memang depa la kena angkat...
xpe, mane tahu tetiba ada six pack lepas angkat barang2..haha *xde maknenye

nampak tu beg berlambak! bayangkan la participants semua 70 orang...sorang maksimum 3 beg..darab tengok dapat berapa...haa, amek kaw! memang penat kan...

yang girls pun tak terkecuali ok tang angkat2 beg ni...semua pun kena bekerjasama baru la cepat sikit kerja siap kan...hehe

seterusnya bila dah sampai, kitorang pun bertolak ke tapak perkhemahan masing2...3 buah van yang datang amek kami tapi 2 trip jugak la...ye la, ramai kot! nak sumbat barang lagi, orang lagi...maw jadi sardin dengan bau badan yang perghhh! *faham la kot..haha (aku pun sama - masham! haha :D)...dah sampai kena la pasang khemah...yang lelaki masa tu pi solat Jumaat...non-muslim dengan girls kena pasang khemah dan bersiang ikan untuk makan malam....tapi bukan semua la pasang khemah sebab khemah 13 ja...lelaki 6, perempuan 7...kitorang bahagi pulak separuh pasang khemah separuh lagi siang ikan...aku pi bersiang ikan...sebab takda la kena dok tengah panas kan..syiok je bersiang kat dapur ,,redup siap ada kipas..hehehe

ni masa tengah menunggu ketibaan ikan-ikan kembung untuk disiang...nampak tak masing2 ada pisau tu...haa, jaga2!


ni pulak geng2 yang kena pasang khemah...nasib la tak berapa nak panas sangat..tapi berpeluh gak la depa tu...basah gak ketiak kan..opsss! hehe~

2nd day- kami diagih kepada 2 group- A & B....aku group B,kitorang hiking for the second day...kumpulan A pulak berkayak...hiking tu toksah cerita la penat dia...dah la malam sebelumnya hujan, memang licin la bukitnya tu..nama pun Bukit Batu Licin...haha,curam giler! tapi Alhamdulillah, semua orang berjaya daki sampai atas...sembahyang kat atas bukit tu memang gayat..rasa macam nak jatuh gaung je (padahal aku tak solat pun)...maaf ye, aku bendera jepun masa tu...huhu..ruginya tak dapa rasa solat atas bukit curam..bukannya nak buat dah keja camtu...takda keje sangat la kan nak pi panjat bukit semata2 nak rasa camna solat kat atas tu...haha *sewel...group A pulak berkayak mulai dari tapak perkhemahan(bukan la atas pasir tu,camna kayak nak gerak.haha) sampai la ke Pulau Nyior Setali kalau tak silap aku la...boleh tahan jauh jugak la....dari tempat kami bercamping tu memang samar2 je nampak pulau tu...sampi destinasi masing2, apalagi..kena masak la...tapi lauk pauk semua dah ready masak kat dapur oleh kumpulan2 yang dah ditugaskan...kami just masak nasi je, dalam mass tin lagi...manual owh! hu2...

sebelum hiking...muka2 excited! haha..sama la aku pun..

ni dah sampai puncak bukit... pheww! penat bebenor....aku teguk air sampi tak nampak dah camera depan mata...

ni ahli group aku yang cool! sorang tak cukup...pak ketua dok depan sangat tak masuk terus dalam camera...haha...aiseyh,aku tak perasan camera lagi...


ni sebenarnya masa 1st day...ready for water confident! *dalam lumpoq.hu2
sekali lagi aku tak perasan camera..haish,mentang2 rabun

haaa, akhirnya aku nampak jugak camera..sempat gak buat piece! haha...

lagi sekali~~ tak nampak camera gak...melayan letih...peluh toksah kata la..bercerau!!
ni dalam hutan masa tengah berhiking..

ini Adilah dengan Ain...depa dua ni group A...tengah nak bakar ikan kot....

senamrobik tu lupa nak cite...ada 3 kumpulan yang handle untuk 1st, 2nd and 3rd day...yang gambar bawah ni ialah 1st day----

hah! jangan ingat kami ni gila pulak nak senam2 time senja...ini masa awal2 pagi ye..before our breakfast..kul 6.45 taw..

nampak cam err bersemangat ke gitu?? haha...entah la...

3rd day- kami tukar syift plak....group A hking dan group B berkayak...malam2 kitorang buat aktiviti LDK mengikut group masing2 mulai dari kumpulan 1 hingga 8 da aku yang ke- 6...ni antara LDK yang kami buat---

ni la group members aku yang ohsem! kami menang masa ni...kena buat bulatan dari sekeping kertas yang boleh muatkan kami 9 orang tanpa koyak kertas tu...dan kami kumpulan pertama siap dulu..hurayy! 

ni pulak kitorang kena fikirkan cheers untuk group masing2..


gigih berusaha mengoyakkan kertas tanpa menceraikannya...


yang ni kumpulan paling dashyat! sampai kena panjat2 nak bagi lepas kertas tu tanpa terkoyak..haha..macam2 gaya ada...depa kalah sebab paling last siap...hapir2 dah kena salut lumpoq denagn group aku sebab menang dulu..disebabkan kesian,kami bagi can la..baik kan aku kan *perasan tahap gaban...haha

haih!! maknyah mana pulak ni??? hahaha...ni LDK jugak...sorang wakil group yang dianggap macho kena pi depan..tak pasal2 kena buat gaya mak nyah berjalan...aish!! hahaha

weii! kena sampuk..haha...cheers dorang sampai lompat2 lagi...


yang ni group Zali tengah buat cheers kumpulan depa..siap menyanyi2 riang owhh...ahaha~


dan inilah wajah-wajah pemenang...lihatlah dunia! hahaha...pantang betol,baru sekali ja menang..hu2..terima kasih kepada ahli aku yang duduk dua dari kanan tu...cik Athirah tu la yang punya idea untuk game koyak2 kertas tu...

malam hari ketiga tu kitorang ada malam kebudayaan..taw tak, temanya FAIRYTALE / DONGENG RAKYAT....haaa, aku sebagai AJK Kebudayaan sangat terharu bila ramai yang menyokong tema Fairytale...suke3! kumpulan aku buat cite "Snow White Failed Exam"...asalnya tajuk dia "Snow White dengan 5 Orang Renjong" tapi ditukar bagi sedap sikit..hehe...punya la nervous nak buat persembahan sebab tak prepare sangat pun...last2, buat spontan je la...tak sangka dalam merapu2 tu pun dapat jugak menang tep ketiga u! top 3 u! ingat senang...haaa *sekali lagi syiok tak ketahuan

and for the last day, 4th day- tak banyak aktiviti pun, pagi macam biasa senamrobik, makan, LDK dan Majlis Perasmian Penutupan....majlis penutup ni la yang paling memorable bagi aku sebab 1st time aku jadi MC/ Pengacara Majlis bagi program yang besar camni..nama pun BIG..besar la kan..haha..aku duet dengan sorang classmate aku, namanya Qushayri...dia ni selalu sangat jadi MC...aku yang 1st time ni, cuak, nervous, ketaq lutuit, sakit perut semua cukup...mana taknya, dalam majlis tu ada En Hanafi (boleh tahan garang) dan En Nizam(pun boleh tahan garangnya)...kang silap kena komplen tak pasal2 je kan....tapi Alhamdulillah, suma berjalan lancar...awal2 majlis memang aku tak boleh kawal ketaq aku...kalau ada yang perasan, kertas teks aku shaking gila sebab aku ketaq macam orang parkinson dah...tapi elok je lepas bacaan doa, terus hilang semua shaking....hmmm, betullah kata2 ni " Doa Itu Senjata Orang Mukmin"...kan kan....lega semua jalan dengan baik..kawan pun komen kata ok...phewww! lega~ tapi sayang, takda gambar kenangan jadi MC..takpe la..lain kali kena jadi lagi la nampaknya...hahaha *kemaruk sudah!

selesai je majlis penutup, kami pun berkemas balik...tapi singgah Langkawi dulu...hmm, kalau dah sampi Langkawi, memang tak sah la kala tak borong coklat sampi terkoyak beg kan..hahaha...guess what, aku belanja sampai RM 96.35 untuk coklat sahaja! bayak gile aku beli...haha...ye la, duduk je kat Pelis,,dekat dengan Langkawi tapi bukan pi pun..hu2...so, kesempatan ni la aku guna untuk shopping coklat sampai pokai..haha...antara coklat2 favourite aku Daim, Mars, Bounty, Milkyway, Snickers, Kisses, Hershey, Toblerone, Toggi dan Kinder Bueno...fuiiyooo! cair ai liur meleleh2..haha

ok...tak larat nak taip dah panjang2 gila...layan je lah gambar2 yang ada ni....













sekian saja untuk entry kali ni~
pada sapa2 yang belum lagi pi BIG or berminat nak menyertai kursus perguruan di IPG, aku ucapkan selamat belajar dan berBIG!! semga sukses ye anda2 semua!! :)
 thanks for reading u'ollss...
Assalamualaikum :).