Monday, December 2, 2013

Resipi Cheese Cake

Assalamualaikum. Hello semua. (I tujukan pada yang membaca la. hehe). Sekian lama tak update blog ni. Meh kita meriahkan sikit dengan resipi2 menarik pulak. *erghh, menarik ke?? haha. Jom, saya nak share resipi yang pertama iaitu Cheese Cake yang diambil dari majalah RASA, edisi ke berapa i dunno lah. Tua dah, lupa =P

Akak2, makcik2 kat rumah cuti2 sekolah ni boleh la cuba bagi anak2 ke, adik2, suami2 rasa ye. Jangan pelahap sorang pulak sebab sebelum ni dapat beli 1 slice je kat Secret Recipe. Haaahaa. lol



RESIPI CHEESE CAKE

BAHAN2:

BAHAN A (LAPISAN BAWAH)

120 gm biskut Marie (dihancurkan)

3 sudu mentega

3 sudu gula pasir



BAHAN B (LAPISAN ATAS)

250 ml krim keju

50 ml air susu(campuran susu tepung dan susu UHT)

50 gm mentega

5 gm gula kastor

3 biji kuning telur

5 sudu makan tepung jagung



BAHAN C

40 gm gula kastor

2 biji putih telur

¼ sudu the serbuk krim tartar

*Note: Loyang kek adalah disarankan guna yang macam dalam gambar bawah ni. (sumber dari google)




CARA MEMASAK:

Mula-mula satukan kesemua BAHAN A hingga sebati dan padatkan ke dalam loyang. Bakar selama 10 minit/sehingga masak. Ketepikan.
 
BAHAN B pula, pukul krim keju, gula kastor, mentega, dan tepung jagung hingga kembang. Kemudian masukkan air susu dan kuning telur lalu dipukul sehingga sebati dan berkrim. Macam saya buat, saya masukkan kuning telur satu-satu.

Masukkan pula BAHAN C yang telah dipukul sebati sehingga menjadi gebu dan kental. Maksudnya, sebelum campur dengan sebatian bahan B, pukul dulu bahan C dalam bekas lain. Kemudian, gaul perlahan-lahan sehingga adunan menjadi sebati.


Selepas itu, tuangkan adunan ke dalam loyang biskut Marie yang telah dibakar tadi. Ratakan. Seterusnya, sediakan loyang yang besar sedikit daripada loyang biskut tadi. Masukkan ¼ air ke dalamnya dan letakkan Loyang biskut (kaedah double boiler). 

Bakar pada suhu 160 degree celcius selama 1jam30 minit. Setelah siap dimasak, sejukkan pada suhu bilik dan simpan di dalam peti sejuk. Hiaskan mengikut citarasa dan siap untuk dimakan. 

 SELAMAT MENCUBA! 

Hasilnya ........................................................... TADAA!!
 *abaikan tulisan yg serba buruk tu. hik3

Cheese cake daripada saya sempena Ulangtahun Perkahwinan kedua puluh tiga mak ayah saya. Semoga mak&ayah bahagia dan berkekalan sehingga ke Syurga. Amin

*nanti ada resipi lagi saya update ok =)




Saturday, September 7, 2013

SCHOOL BREAK 2 !!

Assalamualaikum.. Yes, we meet again! *cewah. berlagak macam tengah host top show kat tv je* haha

WARNING!!! Ini Cerita BASI.. Tahun lepas punya story dalam draft baru nak publish. huahua

Rasanya, this will be the last entry talking about school break + vacation. Tapi untuk this year je la. 2013 nanti confirm ada lagi, hehe. InsyaAllah, kalau panjang umur dan ada rezeki lebih iye =)

This time nak story mory pasal cuti tergempar sepanjang cuti sekolah 2012 ni. Kalau nak diikutkan, semua tempat yang i'olls pergi time cuti ni semuanya terkezut tergempar. Sebabnya memang tak plan pun nak pergi bercuti kemana2 masa bau2 cuti sekolah semakin dekat.ahak! Angan2 banyak la nak pergi melancong sampai ke luar negara uuu. Tapi perginya idok pun. haha

Habis tu? Kalau nak tau, kebanyakkan percutian i'olls adalah secara tak sengaja sebab my dad ada meeting. Sometimes, ayah kena meet someone or present grant, so we all pun ikut lah.*giler ko.tak nak ikut! haha. TAPI! anda jangan salah faham ye. Ayah saya hanya bawak kitorang satu family jalan2 bila kerja dia dah setel. Bukan pada waktu bekerja.Tak baik. tak baik.hehe

Antara tempat yang kitorang singgah pada masa senggang ialah, Kuala Lumpur, Nilai, Melaka, Johor, dan Perak *kampungku*.  Layan gambar jom! =)

 Target nak cari sepasang kain lace warna purple+peach. Yes, Got it!
I'olls juga jalan2 kat Pavi. Jalan je *cuci mata 


 Agaknya orang2 yang handal ber-tachii je kot boleh duduk hotel ni. 
hahahaha!


AKEPT stands for Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi. Tempatnya cantik sebab baru, tapi jauh ke dalam hutan banat. wooo~scaryyy


Putu bambu, Mee rebus Jawa, Nasi Bariani Johor, antara makanan 
yang i'olls baham di Negeri Johor Darul Takzim. Sedap2 semuanya! 
Yummeyh! 

Lokasi makanan : Ayer Hitam, Batu Pahat (Johor)


 IOI Palm Garden Hotel Putrajaya
yang ni pergi lepas balik dari AKEPT *kalau tak salah. thi hihi~


Melaka. Menara Taming Sari
singgah sini ada la dalam 10-20 minit lepas balik dari Johor sebab hari dah semakin gelap.
dah la nak balik ke Putrajaya.. wuuuu! boleh bengkak mata drive dalam gelap

All in all, kami satu family memang selalu keluar jalan-jalan tanpa planning. Kalau planning pun, mesti tak jadi seperti yang dirancang.


Dah la, penat menaip. Thanks for reading =)See you guys in the next entry.

Pertandingan Inovasi dan Pedagogi Part II

Assalamualaikum, Slama sejahtera semuaa!! Dalam tekanan membuat assignments, jom kita berehat seketika sambil membaca blog!
Kali ni kita sambung pulak untuk Part II. Saya cuma nak tunjuk hasil sajak yang tak berapa nak sajak dari sahabat2 saya dan para pengunjung booth. Lihatlah.


Guest Book

Nukilan Myra Amir

Nukilan Farah Wahida

Nukilan Fikri Atiff

Nukilan Siti Nurliayana

Nukilan Qushayri

Nukilan Kak Atie

Nukilan Sabira

Nukilan Ima

Nukilan Jenny

 

Nukilan Elyna

Nukilan Jasika

Nukilan Adnin (saya la tu)


Cantik kan u'olls. Tak sangka diorang kreatif gak. I'olls punya hasil jugak yang poyo je.

Yang kat bawah ni pulak hasil bebudak dari SK IPGM yang terletaknya dalam kampus kitorang je. Jenuh jugak la mengajor diorang buat sajak yang sejemput tu. haha. Tengok aje lah. Kontot2 belaka.






So, what say you?Best ke tidak? Bagi empunya diri ini, best sebab menang Silver. Tak best pulak sebab stress and renyah. Ok, habis sudah part II maka habislah kisah Inovasi saya. Terima Kasih kerana sudi membaca =)



Saturday, August 3, 2013

Pertandingan Inovasi dan Pedagogi IPG Kampus Perlis 2013 Part I

          Assalamualaikum.. Fuhhh, lama benor tak update blog. Sampai lupa cara2 nak menulis ni. haha *amboii, over tau! Selama ni saya menyepi bukan saja2, tapi sebab sibuk dengan assignments, study week plus final exam untuk semester ni. Wehuu!! habis dah semester 3. Macam tak percaya. (tarian hula sikit.haha)

         Pejam celik pejam celik, sekejap je dah habis semester. Ada baki lagi 2 tahun setengah nak habiskan degree. You can do it Adnin!! Yeah! InsyaAllah. Mudah-mudahan. Amin..

         Untuk pengetahuan anda, sebenar-benarnya kan, entry saya tulis 4 bulan yang lepas. Tapi disebabkan kesibukan di IPG dengan tugas2 yang semakin banyak untuk semester 4 ni, jadi sekarang ni baru berkesempatan nak publish. *pssttttt(dah nak raya dah pun..wuuu) 

         Baiklah para pembaca sekalian (ada ke?) huhu.., Entry kali ni saya nak cerita pasal Pertandingan Inovasi di IPG saya ni. Lama dah nak ceritanya tapi tertangguh2 dengan kerja yang berlungguk. hehe. Inilah baru sempat nak menulis sebab i'olls dah mula cuti mid-sem. Yeay! haha.

Ceritanya berbunyi begini,

         Once upon a time, (mengada pulak nak buat cerita ala2 fairytale bagai.haha)* psstt,korang,,layankan aje =P .... Tanggal 24 dan 25 April yang lepas, saya bertanding dalam Pertandingan Inovasi dan Pedagogi peringkat IPG Kampus Perlis. Sebenarnya, saya terpilih oleh pensyarah subjek Language Arts yang mengajar saya tu la. Madam dengan sukacitanya memilih saya dan sahabatku Siti Nurliayana masuk bertanding. Maka kami berdua dengan muka terkejut ala2 biawak komodo menerima dengan tanpa rela. Oh, aku tak rela!! (mngada)..

         Haha.. I'olls bukan apa. Masa tu tinggal berapa hari je lagi nak ujian akhir kursus (UAK). Subjek apa tau? Hubungan Etnik youu! Mungkin sesiapa yang belajar kata senang, tapi bagi saya, It's not easy. So, terpaksalah prepare dua benda serentak. Bayangkan je lah, UAK 26/4, pertandingannya 24-25/4. Dua hari pulak tu! Not cool.. Soo not cool. :(

        Maka nak tak nak, buat je lah setakat yang mampu. Madam pun nampak macam berharap. Jadi tak nak saya hampakan dia pulak. Dikontotkan cerita ~~

         Kami ber-empatpun bertanding la dengan tajuk2 masing2. Eh, Ehh. Did I wrote four?? Yep, bukan berdua, tapi berempat. Sesungguhnya apabila berDUA, akan ada yang ke-3 iaitu, syaitan. Oppp! Copp! Copp! apa sampai ke syaitan perginya. haha.

         Inilah padah lama tak menulis. Mengarut lebih2 la pulak. haha. Tak. tak. berempat tu sebenarnya sebab madam tanya kot ada sesiapa yang dengan rela hati nak bertanding. So, masuk lah dua orang jejaka lagi dari kelas kami. Jadilah empat.Lihatlah foto ini. Tadaaaaaaaaa! *meriah tak booth kitorang? hehehe



         Hari bertanding tu, kami ditempatkan di booth yang terakhir iaitu bernombor 12, 13, 14 dan 15(saya). Tetapiii, saya adalah orang pertama yang dinilai oleh encik penilai. Wahh! sunguh nebess tau. Laju benor saya explain, sampai bersembor2 kat penilai(ini ditokok ceritanya). haha. *alamatnya kena potong markah la kalau bersembur. hak.hak

         Walaubagaimanapun, saya sangat berterima kasih daun keladi kepada Madam Sabaraiah(dalam gambar atas di tengah) sebab beliau lah yang banyak bantu saya meng-explain kepada encik penilai. Bla..bla..bla.. sana, bla...bla.bla.. sini, then encik penilai pun conteng2 sikit atas kertas dia and he move on to the next participant. Phewww~ goncangan lutut wa semakin pulih. hahaha

         Dikontotkan cerita, kesemua kami berempat menang untuk kategori masing2. Cuma berbeza kedudukan sijil je. Saya dapat sijil Perak. Qushayri pun sijil Perak. Yana dan Izham sijil Gangsa. Alhamdulillah, tak sia-sia stresskan diri. hehe

Awok tak larat dah menaip panjang2 nih. Moh le kiter layan aje gambor2 ye =)
















Ketibaan V.I.P, Pengarah IPG Perlis iaitu En Tan Ying Kee dan Datin Naimah. Errr, maaf ler, saya lupa jawatan Datin ni. *oh maiii :O





Ok, sampai sini saja dahulu... Nanti kita sambung lagi Part II ye. Terima kasih kerana sudi membaca =)