Friday, June 20, 2014

LONDON TRIP PART II

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. 

Seperti yang dijanjikan.. Jom baca! =D

Saya tahu, orang Malaysia malas membaca. Ehhh,jangan marah. Inilah KEBENARANNNN!! *gaya cikgu algebra Boboiboy cakap. hehe. Jadi, diringkaskan cerita, kami menunggu selama lebih kurang 15 jam di KLIA sementara nak naik flight jam 9p.m. Sebab kami sampai dari Perlis jam 6a.m. camtu. Kemudian naik bas ke KLIA lebih kurang sejam baru sampai. 

Kami check in pukul 6 p.m, masuk scan luggage semua yang nak masuk dalam kargo dan ambil boarding pass. Luggage sebenarnya maximum boleh sampai 150kg tapi kitorang bawa 36kg je untuk 5 orang. Ketawa terbahak2 orang kat kaunter tu. haha *okey, yang terbahak2 tu tipu. Dia cuma senyum la. Tak la sampai terbahak2.  Tips lagi nak bagi, nak pergi berjalan tak payah bawa banyak2 beg berat2 sampai nak tercabut bahu. Bawa sikit2 sudah. Nanti dah sampai destinasi, boleh beli banyak sikit barang, lepas tu beli lagi luggage beg untuk simpan barang2 shopping korang tu. Haa, bijak tak bijak tak? haha. *ini tak tipu. Ini betul2. 

yes, these are all our lugagge for 5 heads all together bersama dengan back-pack sorang satu. Ciput kan.

boarding pass yang telah dikoyakkan.

 Lepas tu, kami terus pergi ke gate pelepasan dengan menaiki Aerotrain(lihat gambar bawah). 

otw ke gate berlepas

Sebelum naik flight tu korang kena scan sekali lagi beg kalau ada bawa hand-luggage(bawah dari 10kg). Lepas tu korang akan lalu bawah macam pintu gerbang. Kalau ada bunyi "tettt.tett.tettt". HAH! siaplah korang. Pegawai tu akan meraba-raba badan andaa. haha. Jangan takut. dia nak scan je. Sama je macam naik domestic flight. Saje je nak cerita kot ada siapa2 yang baca ni belum pernah naik flight, boleh la jadikan panduan. Sharing is caring.

Kami naik Qatar Airways. Sebelum berlepas tu, kumat kamit jugaklah mulut ni baca doa supaya perjalanan kami dipermudahkan dan selamat semuanya. Siapa tak cuak oii lepas dengar berita MH370 tu! Terfikir2 jugaklah masa dalam flight."Kalau la itu, kalau la ini." haihhhh, ngeri teman oi!

Di langit biruuu~ Bye2 Malaysia

Flight kami bukan direct tapi transit kat Doha dulu. 6-7 jam jugaklah duduk cokoh atas flight. Pramugara pulak takda nak kenyit2 mata. Ehhh! apa ni?! haha. *melawak saja. Tapi betul. Pramugara takda. Tapi masa naik flight balik ke Malaysia adaaa. hihiks! Kalau flight direct, 12 jam lah kroang atas flight tu. Kematu, kebas, krem semua ada.

Naik Qatar Airways ni best juga. Makanan dia bagi memang mengenyangkan walaupun nampak macam ciput aje. Dia akan tayangkan menu makanan dekat TV depan seat kita tu ataupun dalam bentuk brochure, lepas tu dia akan datang hidangkan. Pastikan anda tak tertidur mati masa diorang datang ye.

nin diaa! nin diaaa! foooddd~~


ada Kit Kat!

Roti croissant dia tu memang Marvellous!! lembut sangat. Sapu dengan jem strawberry pulak lagilah kebabomm sedap! Yogurt tu yummmie sangat!
Panas2 lagi ni. Chicken curry pie dengan kek almond apa ntah. rangup! dan jus epal.

Omelette with sausages and potato. Kenyang dah ni sebab telur tu tebal. Untuk saiz perut saya memang kenyang. Tapi kalau yang makan pelahap tu tak tau ler.

Ayam, ubi, roti, sayur dengan kek. Yummie2.
Lagu ni best! Kalau ada MV dia lagiii best!! hehe

Sambil makan, sambil dengar lagu. Best betul, ada lagu hindustan! Movie Bollywood pun ada. 


Siapa teror, cuba teka ni movie apa? hehe. Tak tidur malam layan hindustan dalam flight. Lagi2 ada Shah Rukh Khan.

Tiba di Hamad International Airport(HIA) pada jam 4.50am waktu Malaysia. Qatar lewat 5 jam dari Malaysia. Ce kira ce kira pukul berapa. hehe. Flight seterusnya ke London Heathrow pulak sepatutnya pukul 5.50 a.m. waktu Doha tapi diumumkan delay satu jam. Huaaa! Letih taw menunggu ni. Nasib ada wifi. Sekejap online,sekejap tidur la sementara tunggu boarding time. 

F.Y.I , HIA ni airport baru kat Doha. Tapi sini panas ooow.
 
Sementara menunggu, isi perut dulu. Tu keropok chachos diterbangkan khas dari Malaysia. hehe


Tu ayah dok bincang nak beli tambah berapa bijik samosa lagi agaknya. hehe

Bab solat kat sini tak susah sebab negara Islam kan. Cuma yang hairannya bila saya masuk solat kat surau dia tu, saya sorang je yang pakai telekung putih. Mak2 Arab ni sembahyang dengan jubah hitam dia tu je. Yang kain meleret leret tu. 

Yang tak syoknya masa kat sini, kitorang dah ready tunggu dekat gate departure yang sepatutnya berdasarkan flight information. Tup tup lepas solat tu, saje la tergerak hati nak pergi tengok sekali lagi flight info tu, tukar pulak! Dari gate B ke gate C. Bunyi macam dekat tapi airport dia luas. Lepas tu gate B dengan C macam Utara dengan Selatan. Dia bertentangan. Apalagi, jalan la.

Mujur la hand-luggage ciput je.
Pung pang pung pang, maka naiklah kami dalam flight Qatar Airways menuju ke London Heathrow Airport. 7 jam jugaklah atas flight. Lepas tu kitorang disambut oleh student MSc ayah dulu. Sekarang dia tengah buat PhD dekat Imperial College London. Kak Izzati je saya panggil. Kak Izzati lah yang banyak guide kami kat sana. 

Kalau korang nak bercuti ke London atau negara 4 musim, dan anda sentiasa nak update Instagram atau FB, pastikan handphone anda berjenama Sony, Nokia atau Blackberry. Kalau Samsung, dengar2nya ada sesetengah yang kena block. Tapi janganlah korang perabih duit pulak nak kena tukar handphone. Cubalah tanya dulu siapa2 atau surf internet pasal jenis h/p yang sesuai. Sebab kebanyakkan yang kitorang tanya kat kedai, banyak yang boleh pakai di luar negara dari Malaysia tapi masih dalam Asia. Ini sebab negeri 4 musim tu yang berlainan sikit. Tapi SONY is the best. Then korang tukar simcard sana. Based on Kak Izzati, sim Lycamobile paling ok la. 

haa, tudiaa! Gambar atas: teksi London, selain warna hitam, diorang bawa yang ada iklan Lycamobile. Gambar bawah: simcard Lycamobile. Ada 2 jenis sebenarnya. Yang ni dia ada topup sekali, 10pound. Ada yang takde topup cuma sim aje.
Setel bab phone, pergi ambil kereta sewa pulak. Kitorang sewa kat syarikat Enterprise. Ni antara syarikat kereta sewa yang terbaik kat sana. Kereta dia pun cantik2, condition tiptop lagi! Dia bagi kita fulltank minyak, dan suruh kita pulangkan kat diorang empty. Serius! Saya taktipu. Tapi korang kena jaga baik2 kereta ni, jangan bagi calar ke, kemek ke, atau langgar speed trap dan sewaktu dengannya. Kalau kena saman, korang kena setelkan siap2 di sana before balik Malaysia. Rumit. So, pandulah dengan berhemah ye. Ikut peraturan sebab rules of the road di London ni memang ketat. 

haa, nampak tak bulatan merah tu? tiang atas yang bengkok tulah kamera. Banyak tau. Dekat bus lane, Cycle lane, tiang traffic light etc. So hati2 memandu di sana, Kalau saman sampai, parohhh!
 Then, 5 jam jugaklah ayah dengan abang drive tukar2 dari London ke Leeds campur sesat lagi. Letih naik flight tak hilang lagi, letih sesat atas highway pulak. Sampai Leeds pun dah malam. Jam 10.30p.m waktu UK. Itupun Isya' tak masuk lagi taw. huhu. 

Cuaca sejukk sangat masa tu. 2 lapis cardigan saya pakai. Kami menginap di Park House Bed and Breakfast (B&B). Setel bayar semua, sain itu ini, bincang2, parking kereta, angkut barang, saya siap2 nak solat (haa, jangan lupa bawa kompas sendiri atau download apps dari phone canggih2 korang tu je). 

Ini dari pandangan tepi rumah penginapan kami. Sebelah kanan ayah saya tu jalan raya. Belakang tu kedai macam kedai runcit la tapi bersepah2 jual arak. hoho. Kami tak beli eyyy~ beli simcard Lycamobile je. (gambar kat luar park house ni diambil pada siang keesokkan harinya, tu pasal la cerah menerang)

Ini pula pandangan hadapan Park House yang bertentangan dengan kedai runcit tu. Sebelah kanan saya tu jalan raya dan rumah2 orang. Kan dah kata, konsep rumah je tempat ni. Bukan hotel. Kecik je tapi Alhamdulillah selesa, bersih dan pemiliknya ramah, orang Indian, lelaki. Boleh tahan hensem. Macam hero Hindustan. hik3. uihh! sempat lagi kauu! *Dushh2!!
 Sememangnya saya jetlag! Only on the first day travel je.hik3

                                                                            Kroihh. Kroihh.                                                                          Nampak tak tu tidur pakai cardigan, selubung pulak dengan gebor. Pakai pulak stokin wool. Kipas takda. Temperature kat luar kalau tak silap 9 degree. Cuaca kat Leeds memang bestt!
Bedtime!!! Jom tidur. Nanti kita jumpa lagi di next entry LONDON TRIP Part III. Itupun kalau anda tak jemu lah membaca. hehe. Terima kasih pada yang sudi singgah dan baca entry2 saya. Boleh klik SINI untuk baca entry LONDON TRIP Part I. 

Maaf le. Terpanjang jugak coretan saya. hik3. Mencurah2 sangat benda nak diceritakan. Ok, See ya! 

Assalamualaikum!

Wednesday, June 18, 2014

Beeston and Shay Street, Leeds UK.

Ini bukan rumah. Tapi pub. Betul2 berhadapan dengan tempat penginapan kami. 

Pukul 6a.m. ni. Temperature 9 - 14 degree celcius. Waktu ni tak banyak kereta,jadi masa untuk bergambar!

Kat sini, memang berjalan kaki aje. Kena banyak minum susu, baru tulang kuat nak berjalan.

             Ini bukan hotel tapi namanya Bed & Breakfast. Bayaran penginapan sini lebih murah berbanding hotel sebab dia konsep rumah, dan kita sewa bilik2 dia.

Kereta sewa kami. Jenama Vauxhall Insignia. Plan asal nak naik train dari London ke Leeds sebab perjalanan 2 jam je. Tapi tak jadi sebab tambang lebih 3kali ganda dari sewa kereta. Tapi kalau badan sorang jimat lagi la naik train.

Kawasan perumahan kami masa tahun 1995.

Breakfast pukul 8.15 a.m.

Makan telur rebus, roti bakar dengan baked beans je. Minum kopi dengan jus. Seorang 3pound.

Gereja. Cantik betul batu bata tu. Classy


TADAA! Ni lah dia rumah yang kami pernah duduk dulu. Nombor 88. Masa tu saya baru umur 3 tahun kot.


Ni dekat Shay Street. Pintu2 merah tu rumah lama kami juga. Duduk sini masa tahun 1997 kalau tak silap.

Nak masuk kawasan dalam pagar kena guna interkom. Dulu boleh la masuk, sekarang tengok dari luar aje lah.

Senyuman bahagia dapat mengimbau kembali zaman2 study muda2 dulu. hehe

Ini pun rumah lama juga. Woodsley Terrace. Ehh, banyak lah rumah kami. Banyak kali pindah2.
Sekolah lama kami berdua. Best sangat sekolah ni! Tak sangkaboleh datang sini balik selepas 17 tahun.

Hyde Park Leeds. Kat sini, semua taman pun nama dia Hyde Park. 
Dari pandangan atas bilik Bed & Breakfast. Believe it or not, ni pukul 4.30 a.m. di Leeds. Cerah giler kan! Summer memang cerah awal. Masa siang panjang lebih kurang 17/18 jam. Kalau puasa,jenuh jugak la.
Masa sampai Leeds ni cuaca memang best! Sejuk tahap beku padahal musim summer. Tambah pulak dengan hujan. Suhu 9 - 15 degree aje memanjang. Sebabnya, Leeds ni belah utara. Bahagian utara diorang memang sejuk. Sini la tempat saya membesar selama 3 tahun since dari tahun 1995 - 1998.

Okey, nanti saya upload lagi. 

Terima Kasih singgah sini. Jangan lupa follow k. hehe =)

Tuesday, June 17, 2014

LONDON TRIP PART I

Assalamualaikum. Salam Sejahtera..


Bismillahirrahmanirrohim... Baiklah, untuk entry kali ni, saya ingin kongsikan pengalaman saya sepanjang berada di London bermula dari proses booking hingga akhir perjalanan saya pulang kembali ke tanah air, Malaysia. 

Tak cukup rasanya kalau nak cerita dalam satu entry ni saja. Melimpah ruah dibuatnya. hehe. Jadi, saya pecahkan part by part okey (^^,) .

Alkisahnya bermula, tahun 2014 ni sebenarnya ayah bercadang nak visit supervisor(sv) PhD dia masa study kat University of Leeds dulu. Jadinya, ayah plan nak bawa kami sekeluarga lah sebab kami dulu pernah menetap di sana selama 3 tahun sepanjang tempoh ayah belajar. Saja nostalgia zaman muda mudi kata ayah. hehe. Itupun jenuh jugak lah dok belek kalendar nak bagi dapat tarikh yang semua boleh ikut. Jadinya, ayah pun extend lah sikit tempoh duduk di London. 2 minggu jadinya.

Okey, let's proceed dengan kisah booking pula. Hari tu ada kawan yang bertanya, kitorang pergi dengan pakej ke? Tak. Kami pergi sendiri bukan under pakej ke sponsor ke tidak. Alasannya sebab, ayah ada urusan nak visit sv dia lah di sana. Saja dah bertahun tak jumpa. Kalau pergi dengan pakej, susah sikit sebab diorang dah tetapkan perjalanan hari ni kemana, esok kemana. Jadi kami terikat dengan jadual orang nanti. Senang pergi sendiri, plan pun ikut plan sendiri nak pergi jalan mana. 

haa tuudia! Inilah dia University of Leeds. Tempat ayah belajar dulu. 
Amboi, tayang kasut nampak. haha

Perjalanan kami bermula dari 4 Jun - 16 Jun 2014. Tapi kami booking tiket punya lah awal. Since Februari 2014 lagi. Haaa, awal kann. Saya pun baru ja masuk semester 5 masa tu. Bergelora haa jiwa ni dok fikir pasal nak pergi London sepanjang semester tu. haha. Ni tips sebenarnya, kalau anda bercadang nak melancong kemana2, buat tempahan tiket flight awal sebab boleh dapat tiket dengan harga yang lebih murah. Kalau last minute booking selalunya harga mahal la. 

Macam saya sekeluarga hari tu, cadangnya nak pergi berempat je, saya, adik, mak dan ayah.Abang tak dapat join sebab dia dah mula praktikal di Kulim bulan Jun tu. Tup tup, dengar berita pasal MH370 tu. Terus abang pergi jumpa supervisor dia minta nak extend tarikh masuk praktikal/internship. Katanya, kalau dia tak ikut, hati dia tak tenang, risau kalau apa2 jadi kat kitorang berempat, tinggal dia sorang2 nanti. 

Yela, Malaysia dengan London. Jauh giler! 12 jam atas flight. huhu. Cuak pulak. Alhamdulillah, supervisor dia izinkan. Yeay!! dapat juga pergi satu famili. Memang mula2 rasa tak seronok sebab abang tak ikut sekali. Allah adalah sebaik2 perancang. 

Masih ingat lagi? Pray for MH 370.

Makanya, sebab abang lewat buat keputusan, tiket pun booking lambat beberapa bulan dari kami berempat. Jadi mahal 1000 jugaklah dari kitorang punya tiket. Apa boleh buat. Nasib ah. haha. Lepas tu, ayah dengan mak uruskan pula booking kereta sewa dan rumah sewa di London dan Leeds(tempat study ayah dulu), dengan tiket train pergi balik Perlis - KL, KL- Perlis. Semua buat awal senang, tak ada lah kelam kabut jadinya nanti. Passport kami semua buat sekali lepas saya dengan adik habis final exam.  

4 aje? Iye. Abang punya dia simpan

Setel semua tu, tinggal nak packing barang je. Bab2 pack semua tu kitorang setelkan lebih kurang 3 hari sebelum 4 Jun sebab tak mau nanti itu tak bawak ini tak bawak, itu lupa. Macam2 nanti kan.

Tiba tarikh 4 Jun 2014, petang tu jam 7.25pm camtu kami berempat bertolak naik train ke KL Sentral. Siapa pernah naik Ekspres Senandung Langkawi? Haa, kami memang suka naik koc tu kalau nak ke KL sebab ada katil. Jadi 12 jam dari Perlis ke KL Sentral tu tak lah penat sebab boleh tidur dengan selesa. *kalau yang jenis tidur mati tu memang tak sedar goncangan train tu bila dia belok2 atas rail, lepas tu stop kat tiap2 stesen. haha. Sesiapa yang tak pernah dengar pasal train ni, taip je 'train senandung langkawi' kat Google. Comfirm ada.

Ok, kisah selanjutnya kita jumpa di next entry ye. LONDON TRIP Part II. Klik SINI. Selamat membaca dan terima kasih sudi membaca. =)

Sunday, May 11, 2014

Produk Collagen Plus Vit E BAHAYA !!!

Assalamualaikum semua. Saya hanya share apa yang ditulis oleh salah seorang pengguna produk Collagen Plus Vit E. Saya juga salah seorang pengguna tetapi dah berhenti memakainya. 

        Tujuan saya share sebab saya tidak mahu rakan-rakan yang masih menggunakan produk ini terus menggunakannya sehingga merosakkan kulit anda. Jadi, silalah baca demi kebaikan anda dan juga orang sekekliling anda yang memakai produk ini. Sebarkanlah. 

 Klik link ini dan bacalah --->>  http://www.nabilabiela.com/2014/02/kisah-benar-bahaya-collagen-plus.html

STOP USING THIS !!!! PLEASE... It contains MERCURY !

Terima Kasih kerana sudi baca =)

Friday, May 9, 2014

.. The "theme" ..

Ok, nak tumpang tanya aje.

Apa pendapat anda mengenai kombinasi kedua-dua warna ni?

PEACH + GREY + SILVER

Untuk gambar lebih jelas ... 

sumber: pakcik Google

sumber: pakcik Google

Gojess kan!! Apa kata anda? hehe. *tapi lain orang, lain citarasa dan pandangan mereka*

Tapi saya jatuh cinta dengan kombinasi ini. =D

Ok, Sekian. Terima Kasih pada yang membaca dan memberi pandangan. *french kiss. Ehhhhh, salah. Flying kiss* =P

Wednesday, May 7, 2014

Banyak pulak makannya!

Assalamualaikum..Hai para pembaca. 

       Minggu ni, minggu semua pelajar-pelajar IPG ber-study week. Termasuklah saya sekali ye. hehe. Maka dengan itu, seharusnya lah saya gunakan masa ini untuk study tapi saya telah mengambil peluang ini untuk update blog. Oh, maafkan saya. Sekejap saja ya.  hehehe.

                       Nak share sikit je. BANYAK MAKAN. Siapa yang banyak makan tu?? 
**
**
**
**
**
**
**
**
CIK NURUL ADNIN orangnya!!
- SAYA -

        Ntah la kenapa sejak dua menjak ni asyik rasa nak makannn aje. Baru lepas breakfast, cari jajan nak mengunyah. Dah la breakfast tetiap pagi 2 biji half-boiled egg. Mau berketoi badan saya ni. haha. Lepas tu ada la bendanya nak kunyah. Kejap2 kacang lah. Kerepek pisang lah. Coklat wafer la. Kuih bangkit lah. Apa-apa yang ternampak di mata lepas menyelongkar kabinet dapur tu. huahua. 

My breakfast everyday. *only at home je dapat.
kacang kegemaran. Nama pun stylelah! haha

         
Coklat wafer yang diselongkar dalam fridge.
kuih bangkit. kalau ada la. mak beli kat pasar.

        Tau-tau dah tengahari....Apalagi, bedal pulak nasi dengan lauk pauk. Padahal perut tak sempat nak lapar tau. Kesian perut saya. haha. Tapi nak makan jugak! haha. Minum pula tu dengan air sejuk letak ketul ais tu. Maklumlah, cuaca sekarang kan tengah panasss~

LUNCH. Gambar sekadar hiasan.
 
        Lepas lunch, rehat2 kejap. Tak sampai berapa minit pun lagi, dah mula buka peti ais cari apa2 jajan ke coklat ke apa2 la benda2 ringan nak kunyah. Tengok tu! Tengok tu! Tangan tak reti dok diam. Asyik nak memunggah dapur je. Hadoii, parah ni. Naik le jarum penimbang kalau macam ni berterusan.

Kerepek Pisang sedappp!

        Semalam, lepas dinner makan char kuey teow kat Seriab, on the way balik, nampak orang jual kuih donut. Dan dan tu teringin nak makan tapi tak beli pun la. Teringin je. Lepas tu, balik2 je, terus capai kerepek pisang dalam balang, makan sampai habis 2 bekas. Perghhhh! Ganazz. 

sekadar gambar hiasan. Yummyy!

         Ini kata-kata paling mahal dari adik saya, 
Adik: "Kak nin ni kuat makan pulak dah. Nak kata mengandung, takkan kowttt. hahaha." 
Saya: "Woiiiiiii!!!! Mengandung apaa! GILA! bukan kahwin lagi! "


Pregnant??!  NO WAY!!!! Saya masih waras.

Okey adikku, anda memang kurang hasam!! 
WACHAAAA! DEBUSHH! *sound effect smackdown adik* hehehe.

Ini makan dia!


Okey, sekian saja entry kali ini. Sengaja je saya menaip kisah minggu ini sebab bosan menghadap nota(yg baru 5 minit buka & baca). hohoho. 

Assalamualaikum. Terima Kasih sudi membaca. Lain kali baca lagi =)