Wednesday, January 27, 2016

Internship 2015 | Part I

Assalamualaikum .. cerita internship ni sebenarnya basi dah. haha. Tahun lepas tapi baru nak menulis tahun ni. Tapi takde la basi sangat kan. Masih lagi di bulan Januari punnn. huk aloh! =P

Ok takde la apa sangat nak cerita tapi saja saya nak kongsi pengalaman internship dengan rakan sepasukan saya Azni dan Hizami. Kalau siapa yang bukan pelajar IPG mungkin tak tahu apa beza internship dengan praktikum. kan? Macam sama je? kan.. Tidak2.

Mai saya terang sikit. PRAKTIKUM ialah attachment kami di sekolah selama 1 bulan @ 2 bulan @ 3 bulan di sekolah yang berbeza. Bermakna kami akan lalui praktikum sebanyak 3 kali semuanya. Dalam tempoh praktikum ni adalah tempoh kami mengajar umpama guru sebenar di sekolah tapi akan dipantau dan dinilai oleh para pensyarah yang bertanggungjawab.

Manakala INTERNSHIP pula menurut istilah IPG ialah kami akan diperuntukkan masa selama 1 bulan di sekolah yang sama dengan sekolah praktikum 3. Mengapa? untuk kami mengutip data yang sepatutnya dan menjalankan kajian tindakan di sekolah berkaitan dengan tajuk projek kajian tindakan(thesis) masing-masing. Sebagai contoh, saya berpraktikum di SK Sri Gunong pada praktikum ke-3, maka sepatutnya saya internship di situ juga lah. Jelas? bagus =)

Namun begitu, untuk batch saya semuanya berubah dengan begitu drastik. Awal semester kami dapat berita bahawa semester akhir kami (sem 8) dipercepatkan. Internship kami pula tidak dijalankan di sekolah yang sama dengan praktikum 3. Seterusnya, data serta maklumat untuk kajian tindakan kami pula hanya diberi tempoh seminggu di sekolah praktikum 3. Internship pula dibenarkan untuk kami pilih sekolah berdekatan kampung halaman masing2. Peperiksaan final pula dipercepatkan pada bulan September. Begitulah alkisahnya serba sikit. Paham ke tidak korang tak tau lah. hehe

Jommmm kita sembang pasal internship pula. Macam mana saya boleh dapat Seri Indera? Macam mana saya boleh sepasukan dengan Azni dan Hizami (IPG Pahang).

Alkisahnya ......

Saya berpakat dengan Azni nak ke Sekolah Titi Tok Bandar, Kangar Perlis. Menurut info yang pakat disebarkan tu, katanya kami ada kemungkinan untuk diserap sebagai guru tetap di sekolah kami menjalankan internship. Tetapi dengan syarat sekolah tersebut ada kekosongan subjek kami lah. Begitu. Jadinya, kami pun pergi ke sekolah tersebut dan berjumpa dengan Guru Besar untuk masukkan nama kami sebagai guru internship di sekolah tersebut selama 2 bulan bermula 28 September - 19 November (kalau tak salah). Hizami pula apa citer ???? Hah. Begini .....

Hizami adalah rakan sekelas saya ketika tingkatan 3, 4 dan 5 dan dia melanjutkan pelajarannya di IPG Pahang. Maka, kisah yang sama lah berlaku. Jadi, disebabkan kena balik ke kampung halaman masing-masing, kami pun berpakat lah buat internship sama-sama. Sekurang-kurangnya, Hizami ada kawan. Gitu =D

Maka, setelah berlaku beberapa keserabutan, mula-mula minta sekolah Sri Gunong, kemudian tukar pulak sekolah Titi Tok Bandar. Pilih punya pilih, akhir sekali JPN yang letakkan kami sekolah secara rawak. Saya dapat SK Putra sebenarnya. Azni pula dapat Seri Indera. Hizami yang ketika itu berada di IPG Pahang dah pun pilih SK Titi Tok Bandar. Alamakk !!! macam mana niii? Terpisah habis semuaa.

Disebabkan dah janji dengan Hizami nak buat sama-sama saya maklumkan apa yang dah berlaku. Kata sepakat dibuat. Saya minta ditukarkan ke sekolah Seri Indera bersama Azni dan alhamdulillah Hizami dibenarkan menukar sekolah Seri Indera walaupun last minit tukar. Kesian Hizami pening menunggu saya buat pilihan sebab masing-masing dah kena hantar borang ke unit praktikum mengenai sekolah yang dikehendaki.

Seri Indera adalah sekolah berprestasi tinggi (SBT). Cuak juga sebenarnya nak intern di situ tetapi memandangkan sekolah itu juga merupakan sekolah rendah saya pada tahun 2003 & 2004, setuju juga lah pilih situ. Dapat juga bertemu dengan guru-guru yang pernah mengajar saya di situ.

Maka bermulalah episod internship kami bertiga sepanjang 2 bulan di Sekolah Kebangsaan Seri Indera Kangar Perlis. Pengalaman yang saya dapat di sana, sangat seronok! Apa yang seronok sangat ??? Hah! nanti saya sambung pada next entry Part II pula yer. hehe

Terima kasih sudi membaca =)

Assalamualaikum..

Jumpa lagiiiiiii ~~~~~~




Wednesday, January 13, 2016

Friday, June 19, 2015

The real meaning of DATING ..


Assalamualaikum... 

The word DATE is common among us all. Did you realized that almost 99% of human being can't live without dating someone. Honestly, I never know what's their intention of dating. It could be good, or might also be bad.

Maybe it's because they feel lonely. Or maybe because they are really in love with that someone. Or maybe just to test how 'hot' they are?Or more evil, they are seeking for revenge for that 'someone's' kin. Gosh! *this is too dramatic!!
 How about you guys?

Me? This is my own definition of DATE with someone. 

How's that? It's all about commitment. I believe most of us have this thought in their head. It's just the matter of time and situation that holds you from having one.

Especially when your age is 23 and above. Am I right? =)

So far, I'm still searching one who's having the same intention. May Allah ease.



Wednesday, December 31, 2014

LONDON Trip Part IV (final)

**minta maaf kepada yg dok bertanya mana Part IV punya cerita. Sejak praktikal & final exam hari tu, agak busy dengan macam2 hal. Ditambah pula dengan cuti sekolah, memang tak lekat di rumah ler. hehe. **


Jom kita sambung. Entry kali ni a bit panjang la. Sapa nak tau some of my travel tips, bacalah. 

Sambungan dari LONDON Trip Part III… (about our tour in London)

Di London pula, tiap2 hari kami naik bus tak pun tube sebab kereta sewa dah hantar balik. Best berjalan kaki ni. Tambah plak cuaca sedap je. Nampak macam terik je cahaya matahari tapi angin dia sejukk! Keluar rumah je mesti saya pakai cardigan. 

Morning London!
ni kat koridor rumah yang saya sekeluarga menginap di Shepherd Bush.

Untuk pengetahuan korang, London memang tak berapa sejuk pun kalau summer berbanding dengan negeri2 dia di sebelah utara macam Leeds, Manchester, Scotland, Ireland dengan Glasgow. Kalau di sana, musim summer pun masih kena pakai baju berlapis2 sebab sejuk. Keluar malam lagilah, tangan dalam poket aje. Kalau korang pakai skirt macam saya, jangan lupa pakai legging kat dalam tak pun stoking-seluar(nama betul takpenah tau). Cuaca London boleh kata sesedap rasa la. Haaa, gitu. Hehe.

So, setiap pagi lepas breakfast kat rumah, kami keluar ronda2 sampai la 8p.m. (masih cerah). Untung bercuti musim summer di negara 4 musim ni sebab siang dia panjang. Jalan la mana korang nak pergi sebelum gelap pukul 9.30p.m camtu.
Antara tempat2 yang kami pergi:

**BAYSWATER** 
 
Naik bas ke stesen underground. Lepas tu naik tube ke sana. Bayswater ni memang femes la kalau korang nak beli souvenior. Berlungguk kedai cenderamata kat kiri kanan jalan. (kerana teruja, saya lupa ambil gambar kedai2 situ. Maaf). Takpe, google je. Keluar je dari stesen underground tu, korang pandang kiri dan ronda la sepanjang jalan tu tengok souveniors yang berkenan. Pandai2 la tawar menawar ye. Mostly tokey kedai orang India/Hindi. Muka macam pelakon Hindustan pun ada. Hehe. 


Salah satu kedai souveniors di Bayswater. Kedai dia banyak, anda kena pandai pilih yg jual murah sebab barang yg sama tapi harga jualnya berbeza2 di setiap kedai. 
 

Souveniors untuk kawan2.. Keychain dan fridge magnet beli di Bayswater .. Bawah kanan: english tea beli di Bayswater juga. Bawah kiri: original Liliput Lane yg menjadi kegilaan pelancong wanita.

 Souveniors untuk diri sendiri tak ade ke????
Giler takde. Wajib la shopping untuk diri sendiri kan..


tshirts,bags beli di Bayswater dan Heathrow Airport.. Jam dan cardigan dari London Designer Outlet,(LDO)Wembley..
p/s: kalau anda suka barangan branded,LDO tempatnya. Harga jauh lebih murah berbanding di Malaysia.  
  
Dekat Bayswater juga kami jalan2 cari Malaysian Hall. Mujurlah terserempak dengan orang Malaysia. Diorang pun nak ke Malaysian Hall untuk makan. Kat Malaysian Hall ni tempat kami makan, dan tunaikan solat. Nak guna tandas pun, sanggup tahan sebab nak guna kat Malaysian Hall. Haha. Taklah! Kang berterabur, niaya je. Banyak je tandas awam TAPI takda paip air. Diorang ni pakai tisu je.  

**TIPS**, pastikan dalam handbag korang ada botol kosong. Digunakan untuk membersihkan apa2 yang patut ketika di tandas awam. Caranya, tadah aje botol kat sinki, lepas tu gunakan ketika nak membasuh tu ye. (jangan segan, saya nak bagi maklumat). Tapi tak dinafikan, tandas diorang bersih, takda bau, dan memang confirm tak lecah la sebab paip pun takda. Air sinki memang panas tapi takla sampai melecur.

Di sini juga kami sekeluarga singgah ke rumah Kak Izzati. Akak ni la yang banyak guide kitorang kat sana. Rumah sewa dia cantik sangat! *Tiba2 teringin macam nak duduk sana. Sebulan je pun jadilah. Hehehe. 


 rumah kak Izzati, student ayah dulu di Unimap. Now she's doing her PhD in London Imperial College.

*Maaf editing terlebih sebab gambar gelap giler. Gambar membelakangkan cahaya. huhu*



main entrance to kak Izzati's apartment. Sangattt lawa rumahnya!
 
Kak Izzati, the lady in grey standing beside me. 

**MARBLE ARCH**

Marble Arch ni salah satu tempat tarikan pelancong juga. Ada pintu gerbang besar yang diperbuat daripada marble. Kat sini juga ada satu padang kecil di sebelah(ada arca kepala kuda ditengah2) dan merupakan tempat bas2 merah tu berkumpul. Bas sightseeing pun ada. Nama lain dia ‘hop on hop off (HOHO). Kami tak naik bas tu sebab nak jaga kulit dari sunburn. *Cehh! Kononnn. Haha. Padahal dok berjalan tengah2 panas tu sampai jelaga dah pun.


kami berada di Marble Arch. Trademark dia arch warna putih tu dan kepala kuda di tengah padang.


 Gambar ni lebih jelas. Kiri tu Marble Arch. sebab apa nama dia camtu? Sebab arch yg besar belakang saya tu diperbuat daripada marble. Kepala kuda pulak yg di belakang ayah saya (gambar kanan).

*depan arch tu SRK dengan Katrina Kaif shoot film Jab Tak Hai Jaan* (perlu ke bagitau?!)

Lepas bergambar semua, kami pergi lunch di Restaurant Khan yang di cadangkan oleh Kak Izzati. Sini dishes dia adalah stail Moghul. Ada beriyani, naan, etc. Lebih kurang macam Restoran Pakeeza kat Ipoh. Siapa orang Ipoh mesti tau. Sedap kot! Dah kenyang perut, pergi shopping pula. Abang nak cari seluar GAP tapi tak dapat. Si adik perempuannya yang tak cakap nak beli apa pulak yang membeli belah. Haha. Biasala. Pompuan~

Tempat yang menjadi tarikan pelancong macam saya ialah Primark. Kedai ni jual macam2 dari pakaian, handbag, souvenior, aksesori, kasut, jacket etc. Semua harga murah2 dan reasonable. Tapi tolong jangan convert ke duit Malaysia. Kalau asyik dok convert, memang korang pergi sana tak makan tak minum tak shopping la gamaknye. Nilai mata wang sana memang tinggi 5x ganda dari Malaysia. Tapi bila kira ikut nilai pound diorang, memang murah la. Contohnya,baju diorang jual 3pound sehelai, cardigan cantik2 4pound sehelai. Memang murah la. Umpamanya macam RM3 dengan RM4 duit kita. Tapi kalau korang convert, nilainya kalau di Malaysia mahal lah! Huhu. Faham tak ni?? Haa, takpelah, korang pergi sana nanti korang tau la. 



Dress dengan cardigan yg sempat saya grab di Primark. hehe. Nak bayar dia kena que punyalah panjang sebab ramai orang. Orang Melayu pun ramaii!


**LONDON BRIDGE & LONDON TOWER BRIDGE**

Hah! Yang ini lah tempat paling hendak dituju oleh para pelancong termasuk saya lah. LONDON Tower Bridge. Kalau datang London tapi tak singgah dan ambil gambar kat sini memang RUGIIIIII. Tapi korang jangan terkeliru pula antara LONDON BRIDGE dengan LONDON TOWER BRIDGE. Jambatan yang cantik tu yang boleh angkat2 tu namanya London Tower Bridge. Itu tempat tarikan pelancong diorang. Dekat2 seberangnya pula ada castle(istana) yang sangatttt besar, luas dan cantik. Pengunjung memang boleh masuk tapi saya tak sure free ke kena bayar. Sempat bergambar je sebab nak ke Parliament House pula. Hehe. 


kau nampak tak lembaga besar di belakang kitorang?? 
Ya! itulah London Tower Bridge


Jambatan belakang tu lah London Tower Bridge. (tempat SRK shooting film Jab Tak Hai Jaan.hehe)

 belakang kami tu la Castle yg besar giler tu selepas menyeberangi Tower Bridge. *editing 

terlebih jugak ni sebab gambar gelapp~


**PARLIAMENT HOUSE - BIG BEN - LONDON EYE**

Parliament House ni tak pasti la boleh masuk ke tak sebab kami bergambar dari luar je. Naik underground dari London
 Bridge Station dan stop dekat station Westminster. Sebelah Parliament House ni ialah Big Ben (clock tower). Jangan tanya kenapa namanya begitu. Saya pun tak tahu. Di seberang jambatan pula terletaknya London Eye. Masa kami sampai tu memang ramai gila orang. Bukan mat saleh aje, yang bermata sepet, mata bundar (Arab) semua ada.  



menara jam tu adalah Big Ben. Parliament House yang bangunan sebelah menara tu. 
(Tempat shooting film Jab Tak Hai Jaan. *dah kenapa tak habis2 dengan Bollywood!)
 
London Eye. 
Gambar ni yang paling cantik tapi sayang muka kitorang takde. yang ada selfie, semua mata jadi sepet. huahua

**BUCKINGHAM PALACE**

Seterusnya kami ke Buckingham Palace naik kaki. Hehe. Berjalan kaki la maksudnya. Boleh tahan jauh jugak la. Tapi sini memang bersepah orang jalan kaki. Changing Guard bermula jam 11 pagi selalunya la. Nak tau apa tu Changing Guard, klik SINI. http://changing-guard.com/changing-guard-buckingham-palace.html
Tapi masa kitorang sampai, ceremony tu dah nak habis pun. Haha. Kesian. Lepas snap2 gambar, kami pun terus berjalan ke Trafalgar Square. Dalam 15 minutes walking distance la. 

Belakang tu bangunan panjang adalah Bukingham Palace.


  
 Entrance to kawasan Bukingham Palace. (spoil gambar betul minah spec hitam tu)

 Di sebalik pintu gerbang tu, sampai terus ke Trafalgar Square. 
(masa ni on the way jalan kaki ke Trafalgar Square dari Buckingham Palace)

**TRAFALGAR SQUARE**

Masa tahun 1995, selama 3 tahun saya menetap di England dulu, Trafagar Square terkenal dengan burung pigeon. Siap boleh bagi makan lagi. Nah, tengok gambar bawah ni......

DULU
gambar diambil pada Mac 1996(awal spring). Siap ada pigeon food lagi bagi burung makan.

Tapi sayangnya, masa kitorang sampai sini, dah tak macam dulu. Katanya diorang tak buat dah bagi pigeon makan kat situ sebab tempat tu jadi kotor. Mungkin bandaran diorang penat nak sental taik2 burung gamaknya. Sayangnya. hmmmmm.

 SEKARANG
 Awal summer. 


Trafalgar Square ni tempat last kami visit untuk that day. Dah penat sangat berjalan. Kitorang berjalan je tau dari Parliament House ke Buckingham Palace dan Trafalgar Square. Jauh jugak tu. 

Sebenarnya, banyakkkk lagi tempat2 lain kami pergi. Tapi dah tak ingat exact date and kronologi perjalanan kami. Layan gambar je lah....

 **KENSINGTON PALACE**

 Katanya sini tempat Lady Diana dikurung.

  **LEICESTER SQUARE**


**ROYAL ALBERT HALL**


Entrance Royal Albert Hall. Abang tangkap gambar dari arah Kensington Garden Hyde Park. 
 Berlatar belakangkan Royal Albert Hall. 
Macam tak percaya je dah sampai sini, tempat Siti dan Allahyarham Sudirman buat konsert.

  **CAMDEN MARKET**

 Sini boleh shopping banyakkk souveniors especially t-shirts. Winter coat pun banyak yg stailo myloo. Perempuan boleh histeria tengok. kah3 (tapi saya cool je.haha)

 Camden Market = City of Gothic
Maknanya sini, kedai2 dia banyak gila jual kostum2 gothic stail. Orang2 dekat sini pun macam scary sikit. Tapi mereka tak kacau orang pun. Sekejap je ronda sini. Scaryy. haha

Basikal sewa untuk mereka yang suka adventure. 

Honestly, i forgot the exact charge to rent the bike. (Ini lah padahnya bila peram entry terlalu lama dalam draft). 

Yang pastinya sangat murah tahap tenuk terkentut(*muka serius). Cuma pastikan korang pulangkan basikal tu semula sebelum jam 7pm. Kalau korang lambat,denda yang dikenakan lebih mahal dari tambang korang naik teksi hitam diorang yg sudah sememangnya mahal.

**SCIENE MUSEUM**

 Science Museum
Masuk sini free dan boleh bawa kamera untuk snap2 gambar. Mula2 saya was2 jugak,bawa kamera pon sorok2. then pergi tanya dekat kaunter. Minah omputih tu semangat kata " yeah, sure! You can always bring along camera here."


 Who's the next Miss England ?? jeng3!!

 Ini bahagian vehicles. Dari yg zaman purbakala tu sampai la yg modern.

serius besar gila museum ni. Separuh hari pun belum tentu sempat pusing semua bahagian.

heyyyyy, amende tuu??

kami berdua stuck lama kat sini main game. Best! Game about sains. Serius best! 

**WEMBLEY STADIUM**

 Yang besar gabak belakang tu stadium nya. Outlet(butik2) sila ikut anak panah dalam gambar tu lah.

Rehat jap sambil makan Walkers(plastic biru). Datang UK, jajan ni lah yg sangat disukai. Sejenis keropok macam Mr.Potato tu. Ada 3 perasa mengikut warna paket. Jangan korang rembat yg warna pink sebab nampak comels. Pink tu perisa smokin bacon(bahasa kasarnya, BABI).keh2. Makan yg warna biru sedap dan dijamin halal. 

 Dalam plastik putih tu ada makanan dengan minuman yg kami beli dekat tesco berdepan dengan outlet. Bukan takde kedai makan dekat outlet tu. Tapi harganya mahal la sebab restoran mewah semuanya. Habis duit kang tak balik Malaysia laaa. hahaha

Sambung menyopping. Perkara biasalah tu kalau dah bercuti ke luar. Takkan tak shopping kan. Harga pulak jauh berganda murahnya dengan yg dijual di Malaysia. Why wait? haha

*********************************************************************************************************************
 FINALLY - - - - - 

 SESAT. 
Masa ni naik bas nak balik tapi turun kat tempat yang salah. So, jalan kaki ke Bayswater, ambik bas balik rumah di Shepherd Bush. Penat giler. Nak balik terus tidur tak boleh sebab belum Maghrib. Masa ni Maghrib lebih kurang jam 9pm Isya pulak pukul 11pm.


 Owner rumah penginapan kami, Kak Azie(bertudung oren). Pasal rumah ni ada cerita dalam entry LONDON Trip Part III. Masa ni kitorang dah nak balik. 

Jiran Kak Azie yang tolong hantar kitorang ke Heathrow Airport. Namanya Encik Amirul. Dia ni house husband. Kita selalu dengar house wife je kan. Encik ni ikut wife dia sambung belajar. Dari duduk saje,dia ambil la upah hantar dan ambil pelancong Malaysia ke Airport. 


 Finally, waiting for boarding. (belakang yg tulis Heathrow tu tempat kami mula2 sampai London. Ahh, sekejap je masa berlalu. Dah rindu~ Moga ada rezeki untuk datang sini lagi.
*********************************************************************************

Ohh, lupa plak. Kalau korang datang sini, jangan lupa singgah kedai Poundland(gambar paling bawah-hijau). Saya tak pasti kalau dia ada branch kat tempat lain. Tapi yg saya pergi tu, di area Shepherd Bush. Heaven sangattttt !!! Semua barang dalam tu only costs 1 Pound. Tak kira la besar ke kecik ke barang tu.

Bayangkanlah, Kinder Bueno yg selalu korang beli kat Langkawi tu satu kotak besar tu pun 1 pound. Giler! Kalau convert ke RM pun baru RM 5. Kat langkawi belas2 kan. 

 
One Pound Shop kalau tak silap kat Bayswater. Situ langsung tak best. Gambar kedua Poundworld di Shepherd Bush berhadapan dengan gambar bawah sekali,Poundland. Situ not bad la tapi Poundland is the best!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ok. Tamatlah sampai di sini saja. 
 Fuhhh! lama betul ambil masa nak taip entry paling last ni before masuk tahun baru.


Eh, tengok lahh niii !!!! (perlu ke letak love tu, choiii !)
Shah Rukh Khan datang tepi i masa kat Trafalgar Square. Siap nyanyi lagu Ho Gaya Hai Tujhko version akustik. Guitar tu dia bagi i simpan. 
OOhhhh! Is this LOVE ??? *pengsan* 
OK, SAYA TIPU. HEHE
**yg sebenarnya nak tunjuk tempat saya duduk tu tempat yg sama Shah Rukh duduk masa shooting film Jab Tak Hai Jaan. (tak habis2 dengan hindustan nya)
Mere liye gayana ke liye. Bahut shukriya Shah Rukh! hihi *galak aihh.


Sekian saja. *maaf atas keterpanjangan lebarnya entry kali ni. Pulun nak sumbat semua.hehe*

TERIMA KASIH. Jumpa di next entry. Selamat Tahun Baru 2015 !!