Assalamualaikum .. Salam Sejahtera
Pejam celik pejam celik dah habis dah sebulan Syawal yang penuh dengan opeh-hauss...hehe
hari ni dah masuk 4 Zulkaedah..pakat-pakat pergi Mekah la pulak ye untuk menunaikan Haji.. Saya doakan kepada mereka yang bakal menunaikan ibadah haji, semoga mendapat haji yang Mabrur,insyaAllah =)
ok.. Apekebendenye yang Perlis ke Perak atau London tu?? agak-agak? calon suamikah? calon bakal iparkah? Oh! tidak tidak... Actually, aku sendiri dah lama mengalami kekeliruan identiti..
Uish! dashyat je bunyik kan..haha.. takde lah sampai keliru yang aku ni jantina perempuan ke lelaki..tetapi aku sendiri keliru bila nak exclaim aku ni orang dari negeri mana... hah! mesti terkejut mai mana London pulak?! melampau sangat kann.. hehe.. takpa, biar aku story *(untuk mereka yang rajin membaca la)
Punca aku jadi confuse sebab bila orang tanya aku, aku cakap aku orang Perak, orang tak percaya sebab aku stay Perlis... Baiklah, bacalah sejarah hidup aku supaya u'olls jelas k ..Kalau malas sangat, baca tulisan merah je sudah.. selamat membaca =D
******
Tempat-tempat aku dibesarkan : ---------
Aku dilahirkan tanggal 5 September 1992.. Tempat aku mula melihat dunia ialah di Ng Maternity Clinic Taiping, Perak
Aku dibesarkan di Taman Maju, Perak selama 2 tahun (1992 - 1994)
Dan untuk pengetahuan anda, Ayahandaku asal orang Kubu Gajah, Semanggol Perak
Bondaku asal orang Kamunting Taiping Perak
Kekandaku (abang akulah) lahir juga di Hospital Besar Taiping Perak
So, decide la aku orang mana =)
******
Ada lagi..... Selepas 2 tahun aku dibesarkan di Perak, me and the whole family follow my dad ke Leeds, United Kingdom... Ayahandaku sambung pengajian peringkat PhD (Ijazah Kedoktoran/Doktor Falsafah)..
3 tahun aku menetap di United Kingdom (1995 - 1998)
Kami balik Malaysia pada awal tahun 1998.. *dapat adik tau kat UK,heee ..Adik lahir tahun 1997 kat Hospital University kat United Kingdom
Sesampainya di Malaysia, aku menetap selama 2 tahun di Batu Gajah Perak (1998 - 2000)
Kemudian, aku sekeluarga berpindah ke Nibong Tebal Penang selama 2 tahun juga (2000 - 2002)
Alasan aku berpindah sebab ayahanda dapat tukar tempat kerja
Di Batu Gajah, ayah aku kerja kat USM Tronoh.. Di Nibong Tebal, kerja di USM Kampus Nibong Tebal
Rumah di Nibong Tebal,Pulau Pinang tapi aku sekolah ulang-alik ke Parit Buntar, Perak.. Canggih tak? Canggih tak? muahahaha~ *padahal dekat je
Seterusnya, ayahanda dinaikkan pangkat dan bertukar kerja di KUKUM (kini UniMAP) dan menetap di Perlis sehingga hari ini (2003 - 2012)
*******
Sekolah-sekolah aku menimba ilmu : ------------
1) Nursery (tak ingat nama) Leeds UK--- (1995) *umur: 3 tahun [gatall nak pi sekolah even tak cukup umur]
2) Blenheim Primary School, Leeds UK --- (1996 - 1998) *umur: 4 - 6 tahun
3) Tadika Islam Batu Gajah,Perak --- (1998) *umur: 6 tahun (sambung separuh tahun lepas balik Malaysia pada tahun yang sama
4) SK St. Bernadette's Convent, Batu Gajah Perak ---(1999 - 2000) *umur: 7 - 8 tahun
5) SK Sri Kerian, Parit Buntar Perak --- (2001 - 2002) *umur: 9 -10 tahun
6) SK Seri Indra, Kangar Perlis --- (2003 - 2004) * umur: 11 - 12 tahun
7) SMK Syed Hassan, Kangar Perlis --- (2005 - 2009) *umur: 13 - 17 tahun
8) PLKN sebulan je di Kem Guar Chenderai, Padang Besar,Perlis--- (Mac 2010).. timba ilmu juga..ilmu tough! hehe
9) Kolej Matrikulasi Perlis / KMP Arau Perlis--- (2010 -2010) sebulan je bertahan *umur: 18 tahun
Dalam tahun yang sama aku dapat tawaran Asasi Sains di Puncak Alam tapi aku tolak sebab nak stay kat matriks
10) IPG Kampus Perlis, Perlis --- (2010 - kini) *umur: 18 - 20 tahun {bakal sambung sehingga tahun 2015 sampai umur 23 tahun} INSYAALLAH =)
******
Okeyh! amacam? banyak kan tempat aku bermastautin.. Tempat bersekolah pun merata-rata..
Sekarang ni, bila orang tanya aku orang mana,,especially pensyarah la setiap kali masuk semester baru,,aku akan cakap aku orang Perak la.. tapi bila dengan kawan2,,aku dianggap orang Perlis sebab rumah aku di Perlis.. Tiap2 minggu aku balik rumah.. Kadang2 aku ulang-alik je dari rumah ke IPG.. Opsss!!! KANTOI! Mak ayah pun kat Perlis kan.. tapiii, tok nenek sedara sepupu sepapat aku semua kat Perak la.. Actually, mak ayah aku pun merantau juge le.. iye dak? =D
Tapi kan tapi, kadang2 bila kawan2 aku tanya bagaimana suasana Hari Raya di Perlis atau di mana tempat2 menarik kat Perlis atau jalan2 atau perumahan dalam Perlis ni and aku jawab tak tahu,, haaa, siaplah! depa cakap.. " Aikk! ko duduk 20 tahun kat Perlis pun tak tahu tempat2 dalam Perlis??? "
Heyy, bila masa pula aku bagitahu dah 20 tahun aku stay Perlis? Memandai je u'olls... Aku duduk kat Perlis since 2003 - 2012.. So, 9 tahun baru di Perlis..Selebihnya, di tanah tumpah darahku.. iaitu negeri kelahiranku Perak Darul Ridzuan...
Kadang2 tu, bila kawan2 cakap loghat Perlis yang giler pekat sampai aku pun tak faham, so akan kedengaran suara2 "Eh, jangan la buat2 tak faham loghat negeri sendiri" ..
Aduhai, dah aku betul2 tak faham tu sudah la.. Jangan la cakap aku buat2 tak faham.. Tak baik tiaww~ Bukan semua orang duduk setempat je macam sesetengah orang tu.. Situ la tempat lahir, situ la tempat membesar, tempat bermain dan situ jugak lah tempat dia belajar dan last skali situ jugak lah tempat dia kahwin kerja dan pencen di hari tua..
Oh, tidak tidak... aku dan keluarga aku bukan orang yang macam tu.. Kami merantau banyak tempat sebab ayah aku kadang2 naik pangkat, so tukar tempat.. Pastu, ayah aku sambung belajar,pun tukar lagi tempat... Kami tak duduk kat satu negeri tu lama2... Sebab tu la kadang2 bahasa negeri aku sendiri (Perak) kalau yang loghat pekat2 tu aku sendiri pun tak faham..hihihihi.....
Kadang2 aku rimas gak.. Konon orang cakap aku tak nak mengaku tempat asal aku.. Takpe la..negeri mana pun u'olls nak letak, letak la... Perlis pun boleyh, Perak pun lagi boleh..hehe...Asalkan aku tau mana asalnya aku dan seluruh ahli keluargaku dan sanak saudaraku..
Walau bagaimanapun, aku nak bagi kredit juga kat negeri Perlis..hoho~ Ye la, 9 tahun aku menimba ilmu kat negeri kayangan ni.. Takkan tak nak bagi credit langsung.. Melampau la kan! Nak kena tampor le tu *dush dush! =P
Dua2 negeri ni adalah negeri yang terdekat di hatiku.. CEwahhh! haha... Bersyukur juga la sebab study kat Perlis ni tak stress... Jalan tak jem macam kat bandar.. Penduduknya peramah... Duit pun boleh simpan sebab tak banyak shopping mall yang besar2 macam kat KL.. kalau duduk KL, memang koyak poket aku dok berjimba-jimba selalu,haha XD .. Maklum la, aku suka meronda2..
So, kalau orang tanya lagi aku orang mana... Negeri mana aku nak cakap?
Kalau korang kat tempat aku kan, nak cakap Perlis ke Perak?
Aku jawab dua2..
Lecturer tanya "Siapa orang Perlis, angkat tangan." *aku angkat
Lecturer tanya "Siapa orang Perak, angkat tangan." *aku angkat jugak
Lecturer konfius *aku diam
-----hehehehehehehe-----
Sampai sini saja lah aku story tentang perjalan hidup aku di negeri orang dan negeri sendiri..
Lepas ni, aku upload gambar sekolah2 aku pulak..heee
Terima Kasih kepada anda yang sudi membaca *kalau ada =P
Welcome to my hometown.. Taiping, Bandar Warisan
..Assalamualaikum..