Wednesday, January 27, 2016

Internship 2015 | Part I

Assalamualaikum .. cerita internship ni sebenarnya basi dah. haha. Tahun lepas tapi baru nak menulis tahun ni. Tapi takde la basi sangat kan. Masih lagi di bulan Januari punnn. huk aloh! =P

Ok takde la apa sangat nak cerita tapi saja saya nak kongsi pengalaman internship dengan rakan sepasukan saya Azni dan Hizami. Kalau siapa yang bukan pelajar IPG mungkin tak tahu apa beza internship dengan praktikum. kan? Macam sama je? kan.. Tidak2.

Mai saya terang sikit. PRAKTIKUM ialah attachment kami di sekolah selama 1 bulan @ 2 bulan @ 3 bulan di sekolah yang berbeza. Bermakna kami akan lalui praktikum sebanyak 3 kali semuanya. Dalam tempoh praktikum ni adalah tempoh kami mengajar umpama guru sebenar di sekolah tapi akan dipantau dan dinilai oleh para pensyarah yang bertanggungjawab.

Manakala INTERNSHIP pula menurut istilah IPG ialah kami akan diperuntukkan masa selama 1 bulan di sekolah yang sama dengan sekolah praktikum 3. Mengapa? untuk kami mengutip data yang sepatutnya dan menjalankan kajian tindakan di sekolah berkaitan dengan tajuk projek kajian tindakan(thesis) masing-masing. Sebagai contoh, saya berpraktikum di SK Sri Gunong pada praktikum ke-3, maka sepatutnya saya internship di situ juga lah. Jelas? bagus =)

Namun begitu, untuk batch saya semuanya berubah dengan begitu drastik. Awal semester kami dapat berita bahawa semester akhir kami (sem 8) dipercepatkan. Internship kami pula tidak dijalankan di sekolah yang sama dengan praktikum 3. Seterusnya, data serta maklumat untuk kajian tindakan kami pula hanya diberi tempoh seminggu di sekolah praktikum 3. Internship pula dibenarkan untuk kami pilih sekolah berdekatan kampung halaman masing2. Peperiksaan final pula dipercepatkan pada bulan September. Begitulah alkisahnya serba sikit. Paham ke tidak korang tak tau lah. hehe

Jommmm kita sembang pasal internship pula. Macam mana saya boleh dapat Seri Indera? Macam mana saya boleh sepasukan dengan Azni dan Hizami (IPG Pahang).

Alkisahnya ......

Saya berpakat dengan Azni nak ke Sekolah Titi Tok Bandar, Kangar Perlis. Menurut info yang pakat disebarkan tu, katanya kami ada kemungkinan untuk diserap sebagai guru tetap di sekolah kami menjalankan internship. Tetapi dengan syarat sekolah tersebut ada kekosongan subjek kami lah. Begitu. Jadinya, kami pun pergi ke sekolah tersebut dan berjumpa dengan Guru Besar untuk masukkan nama kami sebagai guru internship di sekolah tersebut selama 2 bulan bermula 28 September - 19 November (kalau tak salah). Hizami pula apa citer ???? Hah. Begini .....

Hizami adalah rakan sekelas saya ketika tingkatan 3, 4 dan 5 dan dia melanjutkan pelajarannya di IPG Pahang. Maka, kisah yang sama lah berlaku. Jadi, disebabkan kena balik ke kampung halaman masing-masing, kami pun berpakat lah buat internship sama-sama. Sekurang-kurangnya, Hizami ada kawan. Gitu =D

Maka, setelah berlaku beberapa keserabutan, mula-mula minta sekolah Sri Gunong, kemudian tukar pulak sekolah Titi Tok Bandar. Pilih punya pilih, akhir sekali JPN yang letakkan kami sekolah secara rawak. Saya dapat SK Putra sebenarnya. Azni pula dapat Seri Indera. Hizami yang ketika itu berada di IPG Pahang dah pun pilih SK Titi Tok Bandar. Alamakk !!! macam mana niii? Terpisah habis semuaa.

Disebabkan dah janji dengan Hizami nak buat sama-sama saya maklumkan apa yang dah berlaku. Kata sepakat dibuat. Saya minta ditukarkan ke sekolah Seri Indera bersama Azni dan alhamdulillah Hizami dibenarkan menukar sekolah Seri Indera walaupun last minit tukar. Kesian Hizami pening menunggu saya buat pilihan sebab masing-masing dah kena hantar borang ke unit praktikum mengenai sekolah yang dikehendaki.

Seri Indera adalah sekolah berprestasi tinggi (SBT). Cuak juga sebenarnya nak intern di situ tetapi memandangkan sekolah itu juga merupakan sekolah rendah saya pada tahun 2003 & 2004, setuju juga lah pilih situ. Dapat juga bertemu dengan guru-guru yang pernah mengajar saya di situ.

Maka bermulalah episod internship kami bertiga sepanjang 2 bulan di Sekolah Kebangsaan Seri Indera Kangar Perlis. Pengalaman yang saya dapat di sana, sangat seronok! Apa yang seronok sangat ??? Hah! nanti saya sambung pada next entry Part II pula yer. hehe

Terima kasih sudi membaca =)

Assalamualaikum..

Jumpa lagiiiiiii ~~~~~~




Wednesday, January 13, 2016