Pejam celik pejam celik, sekejap je dah habis semester. Ada baki lagi 2 tahun setengah nak habiskan degree. You can do it Adnin!! Yeah! InsyaAllah. Mudah-mudahan. Amin..
Untuk pengetahuan anda, sebenar-benarnya kan, entry saya tulis 4 bulan yang lepas. Tapi disebabkan kesibukan di IPG dengan tugas2 yang semakin banyak untuk semester 4 ni, jadi sekarang ni baru berkesempatan nak publish. *pssttttt(dah nak raya dah pun..wuuu)
Baiklah para pembaca sekalian (ada ke?) huhu.., Entry kali ni saya nak cerita pasal Pertandingan Inovasi di IPG saya ni. Lama dah nak ceritanya tapi tertangguh2 dengan kerja yang berlungguk. hehe. Inilah baru sempat nak menulis sebab i'olls dah mula cuti mid-sem. Yeay! haha.
Ceritanya berbunyi begini,
Once upon a time, (mengada pulak nak buat cerita ala2 fairytale bagai.haha)* psstt,korang,,layankan aje =P .... Tanggal 24 dan 25 April yang lepas, saya bertanding dalam Pertandingan Inovasi dan Pedagogi peringkat IPG Kampus Perlis. Sebenarnya, saya terpilih oleh pensyarah subjek Language Arts yang mengajar saya tu la. Madam dengan sukacitanya memilih saya dan sahabatku Siti Nurliayana masuk bertanding. Maka kami berdua dengan muka terkejut ala2 biawak komodo menerima dengan tanpa rela. Oh, aku tak rela!! (mngada)..
Haha.. I'olls bukan apa. Masa tu tinggal berapa hari je lagi nak ujian akhir kursus (UAK). Subjek apa tau? Hubungan Etnik youu! Mungkin sesiapa yang belajar kata senang, tapi bagi saya, It's not easy. So, terpaksalah prepare dua benda serentak. Bayangkan je lah, UAK 26/4, pertandingannya 24-25/4. Dua hari pulak tu! Not cool.. Soo not cool. :(
Maka nak tak nak, buat je lah setakat yang mampu. Madam pun nampak macam berharap. Jadi tak nak saya hampakan dia pulak. Dikontotkan cerita ~~
Kami ber-empatpun bertanding la dengan tajuk2 masing2. Eh, Ehh. Did I wrote four?? Yep, bukan berdua, tapi berempat. Sesungguhnya apabila berDUA, akan ada yang ke-3 iaitu, syaitan. Oppp! Copp! Copp! apa sampai ke syaitan perginya. haha.
Inilah padah lama tak menulis. Mengarut lebih2 la pulak. haha. Tak. tak. berempat tu sebenarnya sebab madam tanya kot ada sesiapa yang dengan rela hati nak bertanding. So, masuk lah dua orang jejaka lagi dari kelas kami. Jadilah empat.Lihatlah foto ini. Tadaaaaaaaaa! *meriah tak booth kitorang? hehehe
Hari bertanding tu, kami ditempatkan di booth yang terakhir iaitu bernombor 12, 13, 14 dan 15(saya). Tetapiii, saya adalah orang pertama yang dinilai oleh encik penilai. Wahh! sunguh nebess tau. Laju benor saya explain, sampai bersembor2 kat penilai(ini ditokok ceritanya). haha. *alamatnya kena potong markah la kalau bersembur. hak.hak
Walaubagaimanapun, saya sangat berterima kasih daun keladi kepada Madam Sabaraiah(dalam gambar atas di tengah) sebab beliau lah yang banyak bantu saya meng-explain kepada encik penilai. Bla..bla..bla.. sana, bla...bla.bla.. sini, then encik penilai pun conteng2 sikit atas kertas dia and he move on to the next participant. Phewww~ goncangan lutut wa semakin pulih. hahaha
Dikontotkan cerita, kesemua kami berempat menang untuk kategori masing2. Cuma berbeza kedudukan sijil je. Saya dapat sijil Perak. Qushayri pun sijil Perak. Yana dan Izham sijil Gangsa. Alhamdulillah, tak sia-sia stresskan diri. hehe
Awok tak larat dah menaip panjang2 nih. Moh le kiter layan aje gambor2 ye =)
Ketibaan V.I.P, Pengarah IPG Perlis iaitu En Tan Ying Kee dan Datin Naimah. Errr, maaf ler, saya lupa jawatan Datin ni. *oh maiii :O
Ok, sampai sini saja dahulu... Nanti kita sambung lagi Part II ye. Terima kasih kerana sudi membaca =)