Wednesday, November 29, 2017

Hamad International Airport (HIA). 5 JUN 2014.


   Tiba di Hamad International Airport(HIA). F.Y.I. ni airport baru dekat Qatar. Masa ni pukul 4.50am waktu Malaysia. Qatar lewat 5 jam dari Malaysia. Ce kira ce kira pukul berapa. hehe

family selfieq

Di ruang legar airport. Sini panas.

Nak pi makan. Pukul 2 pagi ni oi!

Ni muka lapaq samosa tak cukup. hehe

Looking for our flight schedule. Delay sejam! Oh no..

Boys. Dimana ada kereta canggih, di situlah mereka.


Dekat 6 jam juga kami termenung di HIA plus dengan flight ke London delay pulak. Kejap tidur kejap bangun. Nasib baik ada wifi. Masing2 yang muda2 ni melayan internet la. Subuh pun 3.30 am dah masuk. 




Hello Working Life !

Assalamualaikum. Agak lamaaaa juga saya tak menaip. huhuhu. Kesian blog ni. Ada je banyak benda baru nak update tapi kekangan masa yang menghalang. Takpe, kali ni saya nak share tentang satu pengalaman baru.

Sebenarnya, 7 bulan sudah saya memasuki alam pekerjayaan yang ditunggu-tunggu setahun yang lalu. Setahun ???! Woahhh! macam tak percaya dah setahun rupanya kisah dukalara kami warga lepasan IPG yang menanti posting. Tak sangka kini dah 7 bulan menjadi wanita bekerjaya.
.......................................................................................................................................................................
COPPP !!!! 
Ayat di atas tu ditaip pada March 2017..Konon2 nak update blog la tapi nan hadoooo. Hahaha. Busy noo cikgu. Tulaa rata2 orang dok cakap "best kan jadi cikgu, kerja halfday je pastu main dengan budak2. Takyah pening2 kepala."


Hamboii aihh. Yer kakk, yerrrr. Halfday sangattt. Main la sangatttt dengan budak2. Hampa cikgu2 kat luar sana rasa apa dengar ayat cenggitu ?? Ok, jangan hempuk laptop yer. Sabar. Sabar. 

Ok, ni dah bulan November 2017. Dah cuti sekolah dah pun dan sudah setahun 3 bulan saya bergelar guru. Namun begitu, masih belum sah jawatan. Mari berhuhuhuhu. Kenapa belum sah? Sebab kami guru lantikan mulai 2015 dna 2016 tak perlu hadiri kursus PTM di luar kawasan tetapi digantikan dengan menjalani kursus Online EPSA (nanti hampa google la sendiri na, panjang cerita satgi. huhu). 

Ada 12 kursus yang berjam2 lamanya kena baca, jawab soalan dan exam.So, nak kena pandai2 cari masa sendiri (yang sememangnya tak berapa nak ada masa sebab kena buat macam2 benda. *tak bagi can langsung, huh!). Maka, nama pun dah naik untuk peringatan TERAKHIR sebab tak selesaikan kursus lagi. Mari berhuhuhu sekali lagi. 

Takpa, nanti kita sambung lain pasal EPSA yer. Jom cerita pasal kerja. Alhamdulillah, rezeki untuk masih bersama kedua orang tua dapat kerja yang boleh berulang 20 minit rumah-sekolah. Syukur Ya Allah. Dulu sebelum posting saya isi Negeri Sembilan, Perlis, Putrajaya (serius ok,tak tipu). Selepas kena kemaskini, hanya 2 sahaja pilihan negeri dibenarkan. Bincang2 punya bincang, ayah nasihatkan letak Perak sebab ada rumah dah disitu (rumah sekarang, rumah parents di BandarUniversiti Seri Iskandar). Maka, saya pun isilah. 

Pada asalnya taknak isi Perak sebab tau Perak ni luasss dan takut tercampak ke sekolah orang asli. Tapi sebab follow nasihat ayah, isi juga la Perak. Pilihan kedua pula isi Putrajaya sebabnya dok fikir nanti kat sana tak jauh dengan abang. At least, ada sedara yang dekat la kalau nak minta tolong apa2 hal kan. Gitu la sebab musababnya buat pilihan tu. 

Hari keputusan penempatan keluar ..........

'NEGERI POSTING - PERAK'
*terus melompat nak kata terkejut tu memang terharu tak percaya semua ada la,siap meleleh air mata -drama sangat*

Kemudian, lapor diri di sekolah SJK(C) Wan Hwa 2, Menglembu Ipoh pada 15 Ogos 2016. Di situ baru la jumpa member2 yaang kenal dan tak kenal dan baru kenal semua. hehe. Dari IPG Perlis ada ramai juga. Dan dari kelas saya sendiri ada 3 orang. Not bad la. Kursus apa2 jumpa balik muka tu. hahaha. Then, selesai taklimat, baru kami beratur di luar dewan mengkut daerah kami ditempatkan. Masa ni nervous Ya-Rabbi. Risau kalau dapat hulu mana Gerik ka Slim River ka Tapah ka. Jauhhhh. *walaupun dalam kereta dah standby beg pakaian (beg umrah besaq gedabaq tu), dan toto semua*

Last2 dapat Perak Tengah *lega dah sikit, Perak Tengah pun besar ok* ... 
Buka surat, tertera nama sekolah, 


SEKOLAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH,
JLN SIPUTEH, 32800 PARIT PERAK.  

Masa ni macam blur2 lagi. Dok fikir tang mana laa sekolah ni. Yang taunya SK Sri Iskandar dekat dengan PPD Perak Tengah hanya 5 minit dari rumah. Yang ni, ISKANDAR SHAH. Drive balik rumah, tunjuk surat kat mak ayah, tanya kat mana. Ayah pun dengan terkejut dan terujanya "Laaaaa, hari2 kita dok lalu sekolah ni dari Perlis mai S.I, balik kampung pun lalu. Dekatttt jaaa." Saya pun apalagi, legaaaaaaaa ya amattt2 sebab tak perlu menyewa kat luar. Dok dengan parents lgi. Yabedabeduuuuu!!! *kawan2 ramai iri hati masa ni. Cakap guna kabel bagai, macam2. Tapi biarlah, mulut orang nak cakap. Takde faedah pun lawan dengan manusia busuk hati kan. Ni rezeki aku yang bujang ni. Hampa rezeki dapat merasa kahwin awai aku tak bising pun.*

Ok,sambung sikit lagi, Keesokkan harinya, 16 Ogos 2016 semua guru2 baharu lapor diri di PPD Daerah masing2. Perak Tengah kalau tak silap ada 20 ++ guru baharu. Lepas ada sesi taklimat ringkas, berangkatlah kami ke sekolah masing2 untuk lapor diri di sekolah pula dengan perasaan bercampur baur, teruja, gementar, dan risau nak mengenali warga SK ISKANDAR SHAH. 

Sekian..

* Nanti saya sambung lagi di entry seterusnya, insyaAllah. *

Tuesday, November 28, 2017

Al-Jannah Homestay Sri Iskandar

Hai kome! Lama benor ler tak update yer blog ni. hehe. Meh awok nak sharing is caring sikit benda best.

Tudiaaaa hampaaaa! Kali ni nak share pasal homestay pulak. Alhamdulillah, dah setahun posting (guru), ada la rezeki sikit nak buat homestay untuk penginapan rakan2 dan orang ramai yang mana berhajat ke Seri Iskandar, Perak.

Ada saudara mara nak konvo ke, kenduri atau saje datang nak jalan2 boleh la cuba Al-Jannah Homestay. Rumah fully-furnished dengan kemudahan prasarana luar yang sangat mudah untuk diakses.

Kawasan strategik untuk sesiapa nak sewa menginap sempena majlis konvokesyen. 3 minit je nak ke UiTM Seri Iskandar, 10 minit je ke UTP (Universiti Teknologi Petronas) dan 3 minit ke IKBN. Kedai serbaneka, Billion mall, klinik, restoran, KFC, McD semua ada berdekatan. Antara tarikan ialah SIBC (Seri Iskandar Business Center) yang diumpamakan seperti Nilai 3@Negeri Sembilan.

Nak booking atau ada pertanyaan lanjut, boleh roger nombor tertera.

Haaa, sembang ja tak mau la kann. Mesti nak usha2 juga interior homestay lawa ke idok kannzz. Boleh..boleh. Tada masala adek manisss. hehe. Meh awok share sikit apa kemudahan yang ada dalam rumah.

Tempat parkir kereta. Kompom tak kena hujan ampaaaa. Awning sampai ke depan

Ruang santai depan pintu rumah. Kot nak feeling2 omputeh boleh la tapi hangat sikit laaa bawah kipas aircond tu. huhu *bagitau terus terang ni*

Ruang tamu dilengkapi sofa, TV dan channel Astro serta penghawa dingin. Boleh la rehat2 dengan selesa.

Ruang tamu

Ruang lepak nak bersiap make up pon boleh. Tu haa cermin nala punya besaq.

Dining hall dan dapur

Ruang memasak

Dapur

Bilik tidur utama dilengkapi penghawa dingin dan bilik air

Bilik tidur kedua

Bilik tidur ketiga dilengkapi ironing board serta seterika

Mesin basuh manual (sabun basuh pun semua ada lengkap, jangan risau)

Haaa, tunggu apa lagi kome...serius lawa dan insyaAlla selesa nak menginap ramai2. Berminat boleh roger nombor ini yer 0194142599 (Pn Jannah) @ 0194134777 (En Shamsul) ..