Tuesday, November 28, 2017

Al-Jannah Homestay Sri Iskandar

Hai kome! Lama benor ler tak update yer blog ni. hehe. Meh awok nak sharing is caring sikit benda best.

Tudiaaaa hampaaaa! Kali ni nak share pasal homestay pulak. Alhamdulillah, dah setahun posting (guru), ada la rezeki sikit nak buat homestay untuk penginapan rakan2 dan orang ramai yang mana berhajat ke Seri Iskandar, Perak.

Ada saudara mara nak konvo ke, kenduri atau saje datang nak jalan2 boleh la cuba Al-Jannah Homestay. Rumah fully-furnished dengan kemudahan prasarana luar yang sangat mudah untuk diakses.

Kawasan strategik untuk sesiapa nak sewa menginap sempena majlis konvokesyen. 3 minit je nak ke UiTM Seri Iskandar, 10 minit je ke UTP (Universiti Teknologi Petronas) dan 3 minit ke IKBN. Kedai serbaneka, Billion mall, klinik, restoran, KFC, McD semua ada berdekatan. Antara tarikan ialah SIBC (Seri Iskandar Business Center) yang diumpamakan seperti Nilai 3@Negeri Sembilan.

Nak booking atau ada pertanyaan lanjut, boleh roger nombor tertera.

Haaa, sembang ja tak mau la kann. Mesti nak usha2 juga interior homestay lawa ke idok kannzz. Boleh..boleh. Tada masala adek manisss. hehe. Meh awok share sikit apa kemudahan yang ada dalam rumah.

Tempat parkir kereta. Kompom tak kena hujan ampaaaa. Awning sampai ke depan

Ruang santai depan pintu rumah. Kot nak feeling2 omputeh boleh la tapi hangat sikit laaa bawah kipas aircond tu. huhu *bagitau terus terang ni*

Ruang tamu dilengkapi sofa, TV dan channel Astro serta penghawa dingin. Boleh la rehat2 dengan selesa.

Ruang tamu

Ruang lepak nak bersiap make up pon boleh. Tu haa cermin nala punya besaq.

Dining hall dan dapur

Ruang memasak

Dapur

Bilik tidur utama dilengkapi penghawa dingin dan bilik air

Bilik tidur kedua

Bilik tidur ketiga dilengkapi ironing board serta seterika

Mesin basuh manual (sabun basuh pun semua ada lengkap, jangan risau)

Haaa, tunggu apa lagi kome...serius lawa dan insyaAlla selesa nak menginap ramai2. Berminat boleh roger nombor ini yer 0194142599 (Pn Jannah) @ 0194134777 (En Shamsul) ..

No comments :