Monday, December 24, 2012

Keputusan PMR! *tangisan gembira atau ... ?

Assalamualaikum...

Hmm, cuti sekolah tinggal beberapa hari je lagi nak habis kan. I'm sure, mesti adik2 semua liattt macam dodol je rasa nak bersekolah kembali..haha. Takpe, ni sisa2 cuti yang masih ada ni guna la sebaiknya. Ok, hari tu dah cerita pasal school break kan. Kali ni nak sambung lagi sikit. hehe. Tapi, entry kali ni bukan la pasal cuti semata2 taw! *wink2 (bunyi kenyit2 mata) hoho~

Jom kita straight to the point. Tanggal 19/12/12 yang lepas, ada dua perkara yang bagi saya la kan agak mendebarkan tapi brakhir dengan sesuatu yang manis. Nak tau apa dia? Yup! Keputusan PMR 2012 tapi bukan la saya punya,hehe. Adik I punya. Berdebor2 jantung, paru2 semua tunggu result. Dan alhamdulilah, 8A! WOW! kakaknya yang kecut lebih, haha *over kan

Congratulations! Saya juga ucapkan TAHNIAH ni kepada semua pelajar PMR yang beroleh keputusan yang membanggakan. Harapnya, tangisan gembira la ye. Kalau yang bersedih, takpa. Jangan terlalu kecewa sebab u'ollss ada lagi masa untuk buktikan kehebatan otak anda. hehe. SPM nanti buat yang terbaik.

 ketika pengumuman. hampir terkuncil tunggu. hehe *harap maaf,gambar kurang cantik. guna fon

 sesi fotografi. yang ada arrow kuning tu is my brother

1,2,3,4,5,6,7,8. *ayah kira* "semua A la ni?" ayah tanya >.<

Ok, itu yang pertama. Satu lagi, my dad. Saya dengan mak bertungkus lumus bermatian matian (cewahh, kasi gempak sikit) buat 8000 biji chocolate chip cookies bersamaan dengan 500 kotak cookies. Humangaih!  *banyakk nak mampos. Tapi alhamdulillah, kami selesai on time dengan jayanya even terhangit sekali dua tiga empat. hehe. Cookies tu adalah doorgift untuk my dad's Profesor Talk yang berlangsung di Dewan Kapitol Perlis. Lihat gambar =)

 parking FREE. on that day je la


see, siap ada banner lagi. *I yang kembang kempis hidung. Parking pun jadi free on that day. Waaaah!



 dimulakan dengan ucapan dato VC Unimap


and here we go.. my dad's talk


DOORGIFT - dalam pembikinan

 konon nak buat ala Famous Amos.. tapi yang ni Famous Amma *sebab mak I yang bancuh*hihi


hiasan bungkusan


DOORGIFT - sudah siap!

 purple for students and gold for lecturers. psst! agak2 lepas ni boleh buat bisnes tak? *omaigod,PENGSAN



NEXT-
Lepas habis talk, petang tu terus kitorang shoot ke Ipoh. My dad dapat call suruh attend meeting dekat PICC the next day. Pheww, kelam kabut kitorang kemas barang. *amek almari baju, campak terus dalam boot kereta. muahaha! Sepanjang jalan, my dad yang drive sampai la ke Seri Malaysia Ipoh. The next morning, I pulak yang drive ke UIA, fetch my eldest brother then kitorang tukar shift, dia drive ke PICC. *dengan hotel tak booking apa, redha je la tidur kat mana nanti. dekat sejam jugak la kitorang tercangak dalam PICC sementara my dad habis presentation.

 dari pandangan hadapan

dari pandangan sisi

waiting. and. keep. waiting. then. balik


Selesai!

Then, my mum calling2 hotel and dapatlah sebijik kat Hotel Sunway Putra Palace *nama lama, The Legend Hotel. Alaa, yang bertentangan dengan PWTC tu haa. tau? haa, bagus2. haha. tapi, before we all check in, lunch dulu dekat Presint 8. Lauk pauk kat situ memang perghhh sedap! murah pulak. Tepi food court tu pulak ada rumah kedai. Situ, Domino's ada, 7-e ada, bakery pun ada. I love all the buns and cakes dekat bakery tu. sedap2 belaka. Nanti u'olls boleh la try google kedai tersebut ye. I'olls dah try. hehe *sorry, gambar tak snap. Ada pun gambar hotel je



Dung dang dung dang, tiba la waktu petang. Plan asal nak ke Low Yat cari handphone, tapi bertukar arah ke OU *One Utama, sebab tak sesak sangat. Situ, My lil bro tuntut hadiah PMR dia la. haha. cari punya cari, paap! dia pilih Experia P. Welcome to Experia club!! haha. So, now adik, abang, kakak dan ayah semua guna Experia except my mum. Selesa dengan phone lamanya. hihi

gabungan h/p tiga beradik *blue is Exepria P


Handphone adik lagi canggih dari akak dengan abang tuu. Tak pe la, penat dah dia usaha sungguh2 nak dapat 8A.

Till we meet again on the next entry, thanks for reading =)

Wednesday, December 12, 2012

Surprise on 12.12.12 !!

Assalamualaikum w.b.t...

Setelah sekian lama menanti, akhirnya terjawab sudah penantianku ini. Bermacam2 perasaan yang datang sepanjang penantian ini. Sebulanku menanti dan mengharapkan keputusan yang saya terima adalah positive. Tak sangka tarikh hari ni (12.12.12) dipilih sebagai tarikh keputusan ini. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.. POSITIVE! :')

Apa surprise yang dikatakan tu?? orang masuk meminang kah? bertunangkah? kahwinkah? atau errrr pregnant?  Ohhhh tidak-tidak.. Saya masih single dan belum ada tanda2 orang nak datang meminang..haha..(apeda pregnant plak,kahwin pun idok..huhu) Surprise itu sebenarnya adalah tarikh pengumuman keputusan peperiksaan akhir semester 2 saya la.. hehe

Syukur. Alhamdulillah. Dalam dok risau bila la keputusan exam nak umum. Tanya kawan sana sini, cek web rasmi IPG hari2, tak juga umum2. Penat owhh. Tengok2, kawan saya hantar mesej suruh cek result sebab katanya dah keluar. Tapi, masa tu saya dan family baru sampai RnR Gurun. On the way balik dari KL since 2 Dec hari tu.. wah! haha

So, sampai malam baru cek. Actually dah cek kat Gurun guna phone ayah tapi tak puas hati takut tersilap. Dengan tangan menggigil2, parents dok sebelah, mata pulak dah bergenang air mata. Dup Dap Dup Dapp!

Tadaaaaa!
LULUS! positive yang saya maksudkan tu lulus la tu..hehe.. Walaupun menurun sikit dari result semester lepas, tapi saya bersyukur sangat2 saya lulus. Yang penting lulus tu. Baru dapat sambung study kan. Syukur, Syukur.

Sempat gak update status kat FB. Terima kasih buat semua sahabat dan saudara mara yang ucapkan tahniah. Selesai sudah 2 semester. 6 semester lagi menanti. 2013, say hello to semester 3! Masuk tahun 2 la pulak ye. (^^,)

# Thanks for reading #

Monday, December 3, 2012

Nostalgia Zaman Sekolah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Anda lihat tajuk entry tersebut? baguss ! Seperti yang pernah dijanjikan, saya akan memperlihatkan gambar2 setiap sekolah yang telah saya menuntut. Eh! did i used "saya"?? ye laa~ Ok. ok. Tak perlu pelik sampai menyengetkan kepala 45 darjah (macam ada je orang perasan kan.. followers pun baru 2, 3 ketui,huhuh~~)

Sebenarnya saya saja nak ubah penggunaan kata ganti diri tu supaya kelihatan lebih sopan, ayu dan manis gittew~ hak3 *men-yammm-pah...hihi... Tapi memang betul pun, terasa sopan sikit bila ada readers(sekiranya ada la) yang berumur baca.. ada ke? tettttt! soalan cepu cemas..

Hah! sudah2 mengarut2 nih.. Jom sambung pasal nostalgia ni.. Well, kalau ada yang membaca blog saya yang idok lah seberapa ni, pasti anda pernah baca entry Perlis ke Perak? atau London? .Haa, kat entry tu saya hanya menceritakan tentang sekolah2 yang pernah saya belajar je kan. Jadi, entry kali ni saya akan uploadkan gambar sekolah2 tersebut. Jom layannn~

Blenheim Primary School, Leeds UK *sumber dari Google
(foto sendiri akan discan dan diupload kemudian)

SK ST. Bernadette's Convent
(sekolah ni la saya kena lempang dengan cikgu maths sebab
jalan kira salah,huahua)

SK ST. Bernadette's Convent
(dari gate nak ke kelas..kanan-padang sekolah yang dapat
 separuh je masuk gambar) 

perkarangan Sekolah Kebangsaan Sri Kerian, Parit Buntar Perak
(kenangan di sini, saya pernah tendang b*nt*t sorang
budak lelaki kerana mengangguku..heheh*kejam!)




sekolah rendah yang terakhir. 2 tahun je menuntut

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, 01000 Kangar Perlis
(sekarang dah jadi sekolah sukan)

yang ni bukan sekolah ye wahai para pembaca sekalian..huhu
mula2 dapat tawaran atau lebih kepada paksaan(sebab kalau tak
pegi,kena tindakan kann o'llzz), mula2 nangis2 tak nak pegi. sebulan kemudian,
meronta2 tak nak balik.. teruk nya kau adnin..haha

Matrikulasi Perlis selama sebulan sahaja. Saya dapat Sains Hayat u'ollz! konon2
verangan nak jadi doktor yeah! tapi bila study sampai lebam bijik mata,
hafal sampai terkeluar dari otak, terus gelojoh nak keluar dari ini penjara..
waarghh!*over

last but not least, IPG Kampus Perlis..ini lah tempat terkini saya belajar
Mudah-mudahan saya dapat teruskan pengajian di sini sehingga tahun 2015 dan membawa pulang segulung ijazah
Insyaallah...

Gambar2 ni ada yang ditangkap sendiri dan selebihnya saya seludup dari Google..heheh~ Actually, banyak gambar especially masa primari school. Tapi tak berkesempatan nak scan. Nanti lepas dah scan, akanku upload kan lagi di sini ya! Nantikan *bajet cam ada je yang dok tunggu,haha

Thanks for reading people! ^^,