Friday, June 17, 2016

Terlanjur ? Mohonlah Keampunan dari Nya ..

Assalamualaikum. 
Saya ada sedikit perkongsian, lagi-lagi buat sahabat-sahabat yang sudah mempunyai pasangan tetapi belum bernikah. Saya ada terbaca satu penulisan di blog seorang ustaz mengenai adab-adab dalam tempoh pertunangan. 
Tajuknya "Guideline Ketika Tempoh Bertunang" . Anda boleh klik pada tajuk tu untuk baca artikel penuh. 

Daripada pembacaan saya, sini saya kongsikan bahagian yang PALING KITA KALAH ....  !
Tak dinafikan, saya juga kalah :'(  ..

********************************************************************************
Keempat : Sms, email, calling
Saya faham, part ini paling ramai yang kalah. Tambah-tambah kalau dapat kredit free, memang susah nak tahan tangan dari mesej atau call orang yang selalu di ingatan. Tambah menyulitkan keadaan, apabila mahu berhubung tetapi tidak ada apa-apa perkara penting untuk dicakapkan. Maka diperah jualah otak mereka-reka ‘perkara penting’ barang sepatah dua, kemudian meleret-leretlah kepada segala benda yang tidak penting. Akhirnya, dua-dua lalai leka.
Jadi dalam hal ini, tidak dapat tidak kedua-dua pasangan mesti menjadi tegas. Patutnya, lelakilah yang memainkan peranan menegakkan ketegasan tersebut. Tetapi realitinya, ramai lelaki yang tidak menjadi tegas manakala yang wanita pula terkial-kial mempertahankan ketegasan. Sudahlah wanita itu sifatnya mudah cair, lelaki pula tidak memainkan peranan sebagai ‘pemimpin’ yang amanah dengan baik.
Soal medium berhubung ini, ianya halal dan hukum asalnya harus semata-mata. Tetapi ia boleh menjadi haram bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya. Justeru, amalkan tips berikut ketika berhubung :
  • Banyakkan isi, kurangkan bunga. Sekadar ayat pemanis bicara sikit-skit, tanya khabar, itu ok. Tapi selepas itu mesti terus kepada isi. Biar isinya banyak. Kalau mahu bincang, biar perbualan itu benar-benar berbentuk perbincangan.
  • Tak perlu berjenaka. Berjenaka biasanya untuk mengendurkan suasana. Tetapi sebaiknya anda mengambil sikap pertengahan, iaitu mewujudkan suasana perbualan yang tidak terlalu tegang dan tidak terlalu kendur. Kadang-kadang, jenaka mengundang padah. Boleh menghilangkan batas-batas ketegasan yang cuba dijaga. Jadi masing-masing pujuklah hati ; simpan dulu jenaka itu untuk kemudian hari. Itu lebih manis.
  • Jaga masa. Ada sesetengah lelaki, tengah malam baru nak contact. Konon tak boleh tidur, konon itu dan ini. Jadi dalam keadaan tersebut, wanitalah yang perlu bertegas dan berkeras. Jangan bagi muka. Berhubung ‘di luar waktu’ apatah lagi dalam suasana yang sunyi sepi, memang ibarat anda berdiri di mulut syaitan. Bila-bila masa boleh kena telan.
  • Jangan berkhalwat. Nabi s.a.w sebut : tidak berdua-duaan lelaki dan wanita melainkan syaitan adalah yang ketiga. Ini bukan berlaku di alam nyata sahaja, bahkan juga di alam maya. Chatting atau calling, biar ketika benar-benar perlu dan penting. Selesai urusan, segera tinggalkan ruang tersebut.

*********************************************************************************
Sekarang saya sedari bahawa saya telah banyak buat kesilapan. Saya jahil dan lalai. Hanyut dengan keindahan yang dibina syaitan. Astaghfirullah....


Ya, Allah! Sesungguhnya aku telah lalai dan berdosa padaMu. Semoga kesilapan dan keterlanjuran kami yang lalu diampunkan Allah. InsyaAllah.... Aamiin..
Doa saya, jika benar "dia" adalah yang terbaik untukku, moga Allah permudahkan urusan jodoh kami serta diperkenankan niat dan hajat kami berdua ke arah penyatuan dua hati yang halal dan lebih diredhai Allah. InsyaAllah. 

Doakan yang terbaik..kerana aku benar-benar sayangkan dia dan hubungan ini.  Doakan moga hubungan ini menampakkan lorongnya ke jalan yang halal. Aamiin..

*Jika si dia terbaca entry saya ini, saya harap dia tidak berkecil hati dengan saya, fahami saya, tidak meninggalkan saya dan terus sama-sama perbaiki diri dan mendoakan kejayaan hubungan kami*

 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Dua Soalan ini (di blog ustaz) buat saya tertarik dan sekaligus menjawab kegundahan hati saya ..... bacalah :)
SOALAN 1 :
TanpaNama
Assalamualaikum ustaz,
saya tertanya-tanya, saya dah bakal suami belum bertunang, tetapi akan berkahwin dalam tengah tahun ini insyaALLAH.

baru kenal2 tak sampai 6 bulan, namun alhamdulillah, dapat menahan diri dgn menjaga batas2 yg agama syorkan (terasa indahnya Islam bila berjaya menjaga batas, hikmahnya makin terasa walaupun kadang2 kami terlalai, moga ALLAH ampunkan km)…

saya sering terdengar, tempoh pertunangan adalah tempoh perkenalan antara satu sama lain. Tetapi kami berkenal-kenal diluar tempoh bertunang, maka adakah salah?

saya risau, jika2 perkenalan diluar tempoh pertunangan adalah tidak baik…sedangkan kami setakat skrg tak pernah berbincang tentang bila akan bertunang, tetapi sudah ada planning bila akan berkahwin.

saya tidak menganggap pertunangan penting, melainkan memfokuskan pada perkahwinan dan menjaga batas2 sebelum berkahwin. Adakah sebaik2nya bertunang dalam tempoh terdekat? Saya malu ingin bertanya tentang isu pertunangan pada dia, tp jika ini adalah satu kemulian, maka saya akan usahakan. mohon penjelasan ustaz akan hal ini, trima kasih.

seperkara lagi ustaz, perkenalan & perhubungan kami dalam pengetahuan keluarga masing2, cumanya kami belum di ikat dengan ikatan pertunangan..
kadang2 saya rasa bersalah, berkomunikasi dgn bakal suami sedangkan belum terikat dengan ikatan pertunangan…mohon penjelasan ustaz, trima kasih sekali lg..

JAWAPAN USTAZ:
wslm
sebenarnya, secara hukumnya saudari telahpun bertunang dengan lelaki tersebut. ia berlaku apabila dia melamar saudari utk dijadikan isteri dan saudari menerimanya, apatah lagi dengan makluman keluarga masing2 dan telahpun mempunyai perancangan utk berkahwin. saudari perlu membezakan antara ‘bertunang’ dan ‘majlis pertunangan’ yg mana majlis pertunangan biasanya dibuat ikut adat, makan belanja dan sebagainya.
apa yang saudari dan dia perlu buat sekarang adalah berkenalan dengan cara yg makruf dan menyegerakan perkahwinan. jadi tidak perlu rasa bersalah selagimana tidak terkeluar dari batas2 ikhtilat yg dibenarkan syarak.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
SOALAN 2 :
 salam ustaz,
saya ada sedikit kekeliruan dan ingin bertanya.
1.sekiranya terjadi pertunangan di antara lelaki dan perempuan,
setakat mana batas “perkenalan” yg dibenarkan?
jika sebagaimana yg ustaz ada nyatakan di atas, bimbang tak nampak pula warna sebenar bakal pasangan dan bimbang di kemudian hari baru sedar tiada keserasian..
tetapi, jika ingin berkenalan utk kenal hati budi dan sebagainya, bimbang juga di situ ada unsur2 ikhtilat yg seboleh2nya cuba dielakkan..
2. apakah cara terbaik utk meyakinkan tunang kita bahawa kita memang setia pd pertunangan walaupun kurang berhubungan serta bertegas dgn prinsip dan menjaga perhubungan?
betul kata ustaz seperti di atas, klu dia menolak ketegasan kita, kita tak perlu bersedih, tp pada pndangan lain pula mungkin dia melihat kita tidak menghrgaiinya sedangkan bagi kedua2 pihk mmg berharap kpd perkahwinan..
saya kira ini juga masalah bagi saya dan juga rakan2.

JAWAPAN USTAZ :
wslm
1- batas perkenalan itu bukanlah sama dengan perkenalan suami isteri. bagaimana kita nak kenal tunang sekalipun, kita tetap tak akan kenal luar dan dalam sebetul2 melainkan selepas kahwin. sbab itu yang dianjurkan kenal itu adalah antara keluarga, kemudian untuk dinilai sekufu ataupun tidak, keserasian perancangan dan sebagainya. begitu juga dianjurkan supaya guna orang tengah, dan orang tengah itu yang akan menceritakan kepada kita dengan lebih jujur tentang tunang tersebut.
2- saya tidak pernah dengar orang lelaki berpendirian tunangnya tidak setia hanya kerana kurang berhubung dan bertegas atas prinsip menjaga perhubungan, melainkan orang lelaki itu tidak menyukai cara tersebut dan menyatakan demkian sebagai reverse psikologi supaya tunangnya sentiasa berhubung. sebab itu saya menyarankan agar kedua2 pasangan saling berdiri ats ketegasan dan saling memenangkan ketegasan. maksudnya, dua2 mesti setuju dgn cara yg tegas dalam mengawal perhubungan. jika salah seorang enggan terima dan buat2 tak faham – sedangkan telah dijelaskan berkali2 bahawa itu prinsip ikhtilat – maka keadaan akan menjadi susah. tiada siapa boleh mengubah cara fikir yg slaah melainkan diri sndiri yg mesti ubah. sebaliknya jika berdegil, binasalah kesudahannya. saya kira, orang2 yg mendapat pendedahan agama sangat mudah utk faham ( melainkan mereka berdegil utk buat2 xfaham ) berlainan dengan orang yang tidak ada pendedahan agama yg mana mgkin agar sukar mengikut cara yg tegas, jadi berikan ruang dan penjelasan sedikit demi sedikit. yang penting, kena usahakan ketegsan dalam perhubungan selagimana belum halal.

Terima kasih sudi membaca :)

No comments :