Friday, June 20, 2014

LONDON TRIP PART II

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. 

Seperti yang dijanjikan.. Jom baca! =D

Saya tahu, orang Malaysia malas membaca. Ehhh,jangan marah. Inilah KEBENARANNNN!! *gaya cikgu algebra Boboiboy cakap. hehe. Jadi, diringkaskan cerita, kami menunggu selama lebih kurang 15 jam di KLIA sementara nak naik flight jam 9p.m. Sebab kami sampai dari Perlis jam 6a.m. camtu. Kemudian naik bas ke KLIA lebih kurang sejam baru sampai. 

Kami check in pukul 6 p.m, masuk scan luggage semua yang nak masuk dalam kargo dan ambil boarding pass. Luggage sebenarnya maximum boleh sampai 150kg tapi kitorang bawa 36kg je untuk 5 orang. Ketawa terbahak2 orang kat kaunter tu. haha *okey, yang terbahak2 tu tipu. Dia cuma senyum la. Tak la sampai terbahak2.  Tips lagi nak bagi, nak pergi berjalan tak payah bawa banyak2 beg berat2 sampai nak tercabut bahu. Bawa sikit2 sudah. Nanti dah sampai destinasi, boleh beli banyak sikit barang, lepas tu beli lagi luggage beg untuk simpan barang2 shopping korang tu. Haa, bijak tak bijak tak? haha. *ini tak tipu. Ini betul2. 

yes, these are all our lugagge for 5 heads all together bersama dengan back-pack sorang satu. Ciput kan.

boarding pass yang telah dikoyakkan.

 Lepas tu, kami terus pergi ke gate pelepasan dengan menaiki Aerotrain(lihat gambar bawah). 

otw ke gate berlepas

Sebelum naik flight tu korang kena scan sekali lagi beg kalau ada bawa hand-luggage(bawah dari 10kg). Lepas tu korang akan lalu bawah macam pintu gerbang. Kalau ada bunyi "tettt.tett.tettt". HAH! siaplah korang. Pegawai tu akan meraba-raba badan andaa. haha. Jangan takut. dia nak scan je. Sama je macam naik domestic flight. Saje je nak cerita kot ada siapa2 yang baca ni belum pernah naik flight, boleh la jadikan panduan. Sharing is caring.

Kami naik Qatar Airways. Sebelum berlepas tu, kumat kamit jugaklah mulut ni baca doa supaya perjalanan kami dipermudahkan dan selamat semuanya. Siapa tak cuak oii lepas dengar berita MH370 tu! Terfikir2 jugaklah masa dalam flight."Kalau la itu, kalau la ini." haihhhh, ngeri teman oi!

Di langit biruuu~ Bye2 Malaysia

Flight kami bukan direct tapi transit kat Doha dulu. 6-7 jam jugaklah duduk cokoh atas flight. Pramugara pulak takda nak kenyit2 mata. Ehhh! apa ni?! haha. *melawak saja. Tapi betul. Pramugara takda. Tapi masa naik flight balik ke Malaysia adaaa. hihiks! Kalau flight direct, 12 jam lah kroang atas flight tu. Kematu, kebas, krem semua ada.

Naik Qatar Airways ni best juga. Makanan dia bagi memang mengenyangkan walaupun nampak macam ciput aje. Dia akan tayangkan menu makanan dekat TV depan seat kita tu ataupun dalam bentuk brochure, lepas tu dia akan datang hidangkan. Pastikan anda tak tertidur mati masa diorang datang ye.

nin diaa! nin diaaa! foooddd~~


ada Kit Kat!

Roti croissant dia tu memang Marvellous!! lembut sangat. Sapu dengan jem strawberry pulak lagilah kebabomm sedap! Yogurt tu yummmie sangat!
Panas2 lagi ni. Chicken curry pie dengan kek almond apa ntah. rangup! dan jus epal.

Omelette with sausages and potato. Kenyang dah ni sebab telur tu tebal. Untuk saiz perut saya memang kenyang. Tapi kalau yang makan pelahap tu tak tau ler.

Ayam, ubi, roti, sayur dengan kek. Yummie2.
Lagu ni best! Kalau ada MV dia lagiii best!! hehe

Sambil makan, sambil dengar lagu. Best betul, ada lagu hindustan! Movie Bollywood pun ada. 


Siapa teror, cuba teka ni movie apa? hehe. Tak tidur malam layan hindustan dalam flight. Lagi2 ada Shah Rukh Khan.

Tiba di Hamad International Airport(HIA) pada jam 4.50am waktu Malaysia. Qatar lewat 5 jam dari Malaysia. Ce kira ce kira pukul berapa. hehe. Flight seterusnya ke London Heathrow pulak sepatutnya pukul 5.50 a.m. waktu Doha tapi diumumkan delay satu jam. Huaaa! Letih taw menunggu ni. Nasib ada wifi. Sekejap online,sekejap tidur la sementara tunggu boarding time. 

F.Y.I , HIA ni airport baru kat Doha. Tapi sini panas ooow.
 
Sementara menunggu, isi perut dulu. Tu keropok chachos diterbangkan khas dari Malaysia. hehe


Tu ayah dok bincang nak beli tambah berapa bijik samosa lagi agaknya. hehe

Bab solat kat sini tak susah sebab negara Islam kan. Cuma yang hairannya bila saya masuk solat kat surau dia tu, saya sorang je yang pakai telekung putih. Mak2 Arab ni sembahyang dengan jubah hitam dia tu je. Yang kain meleret leret tu. 

Yang tak syoknya masa kat sini, kitorang dah ready tunggu dekat gate departure yang sepatutnya berdasarkan flight information. Tup tup lepas solat tu, saje la tergerak hati nak pergi tengok sekali lagi flight info tu, tukar pulak! Dari gate B ke gate C. Bunyi macam dekat tapi airport dia luas. Lepas tu gate B dengan C macam Utara dengan Selatan. Dia bertentangan. Apalagi, jalan la.

Mujur la hand-luggage ciput je.
Pung pang pung pang, maka naiklah kami dalam flight Qatar Airways menuju ke London Heathrow Airport. 7 jam jugaklah atas flight. Lepas tu kitorang disambut oleh student MSc ayah dulu. Sekarang dia tengah buat PhD dekat Imperial College London. Kak Izzati je saya panggil. Kak Izzati lah yang banyak guide kami kat sana. 

Kalau korang nak bercuti ke London atau negara 4 musim, dan anda sentiasa nak update Instagram atau FB, pastikan handphone anda berjenama Sony, Nokia atau Blackberry. Kalau Samsung, dengar2nya ada sesetengah yang kena block. Tapi janganlah korang perabih duit pulak nak kena tukar handphone. Cubalah tanya dulu siapa2 atau surf internet pasal jenis h/p yang sesuai. Sebab kebanyakkan yang kitorang tanya kat kedai, banyak yang boleh pakai di luar negara dari Malaysia tapi masih dalam Asia. Ini sebab negeri 4 musim tu yang berlainan sikit. Tapi SONY is the best. Then korang tukar simcard sana. Based on Kak Izzati, sim Lycamobile paling ok la. 

haa, tudiaa! Gambar atas: teksi London, selain warna hitam, diorang bawa yang ada iklan Lycamobile. Gambar bawah: simcard Lycamobile. Ada 2 jenis sebenarnya. Yang ni dia ada topup sekali, 10pound. Ada yang takde topup cuma sim aje.
Setel bab phone, pergi ambil kereta sewa pulak. Kitorang sewa kat syarikat Enterprise. Ni antara syarikat kereta sewa yang terbaik kat sana. Kereta dia pun cantik2, condition tiptop lagi! Dia bagi kita fulltank minyak, dan suruh kita pulangkan kat diorang empty. Serius! Saya taktipu. Tapi korang kena jaga baik2 kereta ni, jangan bagi calar ke, kemek ke, atau langgar speed trap dan sewaktu dengannya. Kalau kena saman, korang kena setelkan siap2 di sana before balik Malaysia. Rumit. So, pandulah dengan berhemah ye. Ikut peraturan sebab rules of the road di London ni memang ketat. 

haa, nampak tak bulatan merah tu? tiang atas yang bengkok tulah kamera. Banyak tau. Dekat bus lane, Cycle lane, tiang traffic light etc. So hati2 memandu di sana, Kalau saman sampai, parohhh!
 Then, 5 jam jugaklah ayah dengan abang drive tukar2 dari London ke Leeds campur sesat lagi. Letih naik flight tak hilang lagi, letih sesat atas highway pulak. Sampai Leeds pun dah malam. Jam 10.30p.m waktu UK. Itupun Isya' tak masuk lagi taw. huhu. 

Cuaca sejukk sangat masa tu. 2 lapis cardigan saya pakai. Kami menginap di Park House Bed and Breakfast (B&B). Setel bayar semua, sain itu ini, bincang2, parking kereta, angkut barang, saya siap2 nak solat (haa, jangan lupa bawa kompas sendiri atau download apps dari phone canggih2 korang tu je). 

Ini dari pandangan tepi rumah penginapan kami. Sebelah kanan ayah saya tu jalan raya. Belakang tu kedai macam kedai runcit la tapi bersepah2 jual arak. hoho. Kami tak beli eyyy~ beli simcard Lycamobile je. (gambar kat luar park house ni diambil pada siang keesokkan harinya, tu pasal la cerah menerang)

Ini pula pandangan hadapan Park House yang bertentangan dengan kedai runcit tu. Sebelah kanan saya tu jalan raya dan rumah2 orang. Kan dah kata, konsep rumah je tempat ni. Bukan hotel. Kecik je tapi Alhamdulillah selesa, bersih dan pemiliknya ramah, orang Indian, lelaki. Boleh tahan hensem. Macam hero Hindustan. hik3. uihh! sempat lagi kauu! *Dushh2!!
 Sememangnya saya jetlag! Only on the first day travel je.hik3

                                                                            Kroihh. Kroihh.                                                                          Nampak tak tu tidur pakai cardigan, selubung pulak dengan gebor. Pakai pulak stokin wool. Kipas takda. Temperature kat luar kalau tak silap 9 degree. Cuaca kat Leeds memang bestt!
Bedtime!!! Jom tidur. Nanti kita jumpa lagi di next entry LONDON TRIP Part III. Itupun kalau anda tak jemu lah membaca. hehe. Terima kasih pada yang sudi singgah dan baca entry2 saya. Boleh klik SINI untuk baca entry LONDON TRIP Part I. 

Maaf le. Terpanjang jugak coretan saya. hik3. Mencurah2 sangat benda nak diceritakan. Ok, See ya! 

Assalamualaikum!

3 comments :

tres chic said...

Salam..Lycamobile SIM tu untuk IPhone pun takde masalah kan?I dgr orang ckp topup 5 pound pun dah cukup utk cover 7 hari kalo setakat tgk FB & IG?I pun cadang nak pergi London this OCT, tapi baru nak buat research..huhuu..
Anyway you can also check out my blog:)

nuruladnin said...

wassalam @treschic. Im sooo sorryy for the very late reply. Dah lama sgt xbuka blog. huhu. Yg tu im not sure plak. sbb sy guna sony. mmg ckup je 5pound tu. hehe. slmt bercuti ke London awk =)

yanmaneee said...

converse outlet store
yeezy boost
supreme clothing
balenciaga speed
christian louboutin outlet
longchamp handbags
louboutin shoes
yeezy boost
michael kors outlet
birkin bag