Wednesday, June 25, 2014

LONDON Trip Part III

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Mai mai kita nak sambung lagi... Saya share juga travelling tips di London ni. Terpulang pada anda untuk membaca atau tidak. (Maklumla, panjang berjela kan) =)

Dikontotkan cerita, sepanjang 3 hari 2 malam di Leeds, kami travel by kereta sewa jalan2 ke rumah lama, sekolah lama dan universiti lama ayah. Haaa, dan juga ke tempat beli belah yang mak selalu beli barang. Tapi sayangnya masa kami pergi tu tutup la pulak. Sedih~ Hari seterusnya tu, saje la lajak sikit pergi Manchester. Itu pun jenuh juga la sesat. 

Meh layan gambaq....

** MANCHESTER **
Dah sampai Manchester tapi belom sampai destinasi kami lagi. Pakai Google map je ni jadi panduan.

Taraaa!! dah sampai. Sini la tempatnya yang kami cari2 tu.
Sini pulak tempat shopping souveniors. Ada macam2 lah. Tshirt, sweater, jacket, keychain, beg, etc.
Tapi sebelum beli tu, tengok dulu tag dia tulis 
"Made in"mana. Adik saya terkejut tengok sweater bertulis Manchester United tapi tengok tag sekali Made in Malaysia daa. Boleh beli kat Padang Besar lagi murah. haha. Kat megastore ni 20pound kau! Hah, darab 5 cepat(5.5 sebenarnya). haha. Tapi saya ada la juga beli souvenior. Beli beg kain je yang macam biasa kita dapat kalau beli barang kat butik2 selalu tu. Itu pun 2pound kau. Tak kisahlah. Janji ada juga benda nak dibuat kenangan dah sampai sini. Ye tak. Kalau korang nak beli jugak, beli merchandise dia. Yang tu memang confirm takda buatan China dengan Malaysia mahupun Indonesia.

Sama tak kitorang tiru patung tu? hehe

Ni dekat area Manchester Central.
Hari berikutnya pula, kami pergi Leeds City Market @ Kirkgate Market. Tempat mak beli-belah masa duduk sana dulu2. Kitorang keluar awal2 pagi ni. Pukul 7 a.m camtu. Senang nak parking sebab takda orang lagi. Haaa, ni satu lagi tips nak bagitau. Kalau korang datang sini, better pakai public transport diorang atau berjalan kaki sebab bila drive kereta sewa, memang susah nak parking kereta. Jangan risau bab letih ke apa, sebab cuaca sini takkan peluh pun walau dah berjalan berbatu2. Tapi kalau jenis lemak banyak tu, peluh gak la. hik2. Jangan marah, hakikat~~

Sayangnya, market ni tutup masa kitorang pergi. Ahad tutup rupanya. Sini ada macam2 barang yang best2 dan murah2. Souveniors pun ada. Itu la orang kata takda rezeki.
Kalau ikut plan, memang nak shopping ole2 untuk sedara mara dengan kawan2 rapat dekat sini aje. Tapi tak sangka pulak dia tutup Ahad. Ingatkan Sabtu tutup. Salah timing daaa. Apalagi, bergambar ajelah. (Nanti gambar boleh tengok dekat GALLERY). Lepas tu, pergi ke University of Leeds. Tak masuk pun lah, setakat bergambar dari luar. Ayah teringat betul dengan zaman dia study dulu kat sini, masa muda2, kulit cekang, rambut hitam, misai datuk K. hehehehe. 


Di tangga hadapan University of Leeds.. Amboiii,, kemain posingnya. hehe
Perjalanan diteruskan ke Wheatherby sebab ada carbootsale. Situ luassss dan banyakkk barang. Kalau korang nak pergi dengan kereta sewa tapi tak tau jalan, just buka google maps and type Racecourse Wheatherby. Confirm jumpa! Itu yang kitorang buat. 

Rasanya ramai dah tau apa itu carbootsale kan. Dia jual barangan terpakai macam kasut, baju, coat, souveniors,pasu hiasan,aksesori dan makanan pun ada. Tapi yang makanan ni hati2. Cek expired date. Ada hari tu terjumpa yang dah expired. Haa, yang ni memang Loqlaq laa kan!

tudiaa menyopping sakan!

Tapi, kat sini jangan korang ingat barang2 dia macam kat bundle di Malaysia(bukan nak kata, hakikat~). Barang diorang ni semua masih cantik lagi. Yang masih ada tag harga dan belum pakai pun ada. TIPS kalau pergi carbootsale pergi awal2 pagi. Pukul 7a.m camtu diorang dah start. Masa tu barang2 banyak dan kita ada banyak pilihan. Kalau lambat, tinggal yang orang taknak dah la. Biasalah tu kan. 

Finally, ayah drive straight to London. Tak singgah mana2 dah sebab takut sampai London gelap dan risau tersesat masa nak mencari rumah sewa yang kitorang dah booked since Feb 2014. Kawasan rumah ni memang strategik sangat sebab senang nak dapat public transport. Tempatnya tu dekat Du Cane Rd, area Shepherds Bush. 

Kitorang memang sesat pun. Sampai petang juga la dalam pukul 7.30p.m. Kami terus cari kedai makanan halal sebab lapar sangat. Sini jangan risau, banyak restoran2 halal. Lepas makan baru kami naik ke rumah sewa. Actually, rumah ni kami tinggal bersama dengan tuan rumah konsep dia. Kitorang kongsi2 guna dapur, toilet, mesin basuh dan ruang tamu. Alhamdulillah, selesa walaupun rumahnya kecil aje. *designnya sebijik macam rumah kami masa di Shay Street,Leeds dulu. Tuan rumahnya dah kahwin dan ada 2 orang anak kecil yang comel. Peramah diorang ni dan baik. Suaminya Abang Irwan dan isterinya kami panggil Kak Azi. Orang Melayu ye. Tapi kalau korang ni jenis yang tak suka sharing is caring, tambah pula dengan orang baru kenal, say goodbye lah to this house. Tak sesuai untuk korang.

Area rumah sewa kami. Bas stop depan rumah je. Jalan terus ikut arah bas tu pulak dalam 10 min dah sampai ke kedai2 runcit restoran dan macam2 lagi.
Kalau korang nak ronda2 London ni, naik aje bus merah tu ataupun train Underground. Habis murah, jalan kaki je. hehe. Bas merah tu trademark diorang. Takpun naik tube Underground. Taxi/cab mahal ye. Kalau korang banyak duit tak tau nak perabih cemana, dipersilakan guna taxi.

TIPS, first of all, korang kena ada Oyster Card. Card ni beli dekat mana2 stesen Underground. Harga dia kitorang beli hari tu total 20pound sebab kad sahaja 5pound + topup 15pound. Depends pada anda nak topup banyak mana. Ala2, touch n go kat Malaysia je caranya. Card ni hanya guna untuk naik bas atau tube sahaja ye. Jangan korang nak masuk tandas pun korang touch kad ni sudah. haha. Tak ada pun tempat touch. 
 
Cover Oyster card. Gambar kad lupa snap sampai la kitorang refund.
TIPS ye.. Korang jangan takut2 untuk topup duit korang even korang rasa macam "eh, aku dah nak balik Malaysia, rugi je topup banyak2". It's ok sebab korang boleh refund balik duit di mana2 stesen underground dan kad tu diorang ambil balik. (cover tu boleh la nak simpan buat kenangan. hehe). 

Ok, bas dengan underground, which one better? 

Sebenarnya bas ambil masa lama berbanding tube yang lebih laju sampai ke destinasi. Tetapi bas kita jimat sikit duit dan tak perlu banyak berjalan kaki. Naik je bas, touch kad Oyster, lepas tu dia bawa sampai tempat kita nak tuju berpandukan route yang dah ditetapkan untuk setiap bas. TIPS, pastikan korang tak tersalah naik bas. Cek nombor bas, route, dan huruf bas stop yang korang kena tunggu. Senang cakap, macam naik bus Rapid KL la lebih kurang. Nak senang, download apps Citymapper. Senang hidup korang. Trust me! Lepas tu, untung2 kalau dapat bas double decker, boleh tengok pemandangan kota London. 

Bas stop. Korang perlu rujuk huruf dalam bulatan merah tu dan nombor bas yang bawah tu '42,78,RV1'. (gambar di Tower Bridge)
Kalau naik train pula, sama aje. Kena touch kad Oyster macam naik LRT kat Malaysia tu. Tapi korang kena banyak berjalan sikit la, sebab kena lalu subway dia, naik escalator, panjat tangga. Kalau nasib tak baik, lift rosak ke, haa, panjat la 123 steps tangga nak sampai ke jalan raya balik. (macam yang kami alami hari tu, Fuhh! bergegar lutut woo). Dah tu, tepi tingkap gelap aje tak nampak apa. So, korang decide la which 1 better. Naik aje dua2. Merasa orang kata. hehe. 

Di stesen underground. KIRI: di platfrom. Feeling2 Katrina Kaif dalam Jab Tak Hai Jaan pulak. *oke muntah. KANAN: platform underground Bayswater
Bas 70 tu yang kami tiap2 hari naik. 73 tu double decker. Best bila duduk atas depan sekali. Macam drebar! hehe
Ok, dah panjang sangat menaip ni. Nanti juling mata korang dok baca. Saya akan sambung lagi di next entry, LONDON Trip Part IV. Entry akan datang ni saya akan share tentang tour kami di London. Boleh klik SINI kalau anda terlepas entry LONDON Trip Part II. 

Dah kata dah, banyak benda ni nak cerita dengan korang. hehe. Saje la nak share juga travel tips. Ye la mana tau kot ada yang bercadang nak bercuti ke London, at least dapat juga knowledge dan gambaran sikit2 kan.

Till we meet again. Thanks ye sudi singgah sini =)

5 comments :

Anonymous said...

salam perkenalan adnin...saya baru jumpa blog awak..seronok baca kisah vacation awak ke UK..nnt update yg keempat pulak eh...saya teringin sgt2 nak ke sana sebenarnya tp x tawu lah bila ada rezeki..btw cantik jacket jeans awak tu..beli mana? :)

ida said...

salam

saya ida, jika tidak keberatan, boleh tak bagi maklumat/email/no telefon rumah K.Azi tu. ini email saya idanasri@gmail.com

nuruladnin said...

anonymous: salam perkenalan. terima kasih sudi singgah dan baca blog ni. insyaAllah, ada masa senggang saya pasti update yg ke4. sekarang sdikit sibuk dgn praktikal. =) jacket tu saya beli di Jitra Mall Kedah.

nuruladnin said...

wassalam ida. maaf yer,saya bau cek email. ada try antar hr tu tapi tak dapat send kat email ida. saya share sini lah yer. http://londonbudgetrentroom.blogspot.com/2013/05/bilik-sewa-di-london.htmlhttp://londonbudgetrentroom.blogspot.com/2013/05/bilik-sewa-di-london.html
awak buka link tu yer. again, sory lambat reply =)

Maharani Collection said...

Salam adnin. Kak azi ni. Hihi 😁 Akk google2 td jmp lak blog awak. Kirim salam kt mak ye, tqsm sudi menyewa di rumah akk aritu. 😘 Kitorg insyaallah nk balaik malaysia dh akhir bulan 10 maybe 😊