Wednesday, March 26, 2014

Bahagia-ku dalam Kongkongan-mu

Assalamualaikum readers....

     Tiba2 terasa macam nak menaip pulak. Saje la warm up sikit sebelum assingments datang. Nanti kan taklah lemah jari jemariku nak menaip 1000 + + perkataan. hehe

     Baiklah. Apa agaknya maksud tajuk entry saya kali ni? *terdengar suara2 sumbang mengatakan "macam bunyik tajuk laju Hapis yang menang AJL hari tu la. haha". Ouhh, tidak. tidak. tidak. Sebenarnya ada kisah di sebalik tajuk ni. 

      Kita semua ada 1 mak kandung dan 1 ayah kandung. Tapi, tidak semua mak ayah didik anak-anak mereka dengan cara yang sama. Ada anak-anak yang bebas sebebasnya, ada pula yang tak boleh kemana-mana, duduk rumah je. Atau senang cakap, jenis yang disebut sebagai kongkong. Anda yang mana? Ye, saya yg kedua tu. Tapi..... BACA DULU >>

     Pernah tak masa sekolah dulu korang sertai rombongan sekolah? Especially lepas habis exam la. Saya tak pernah. Pernah tak korang hang out dengan kawan2 masa zaman sekolah? Tak kisah la sekolah rendah atau menengah. I mean, mcam korang bagitau parents nak keluar dengan BFF korang jap makan2? Saya tak pernah. 

Lagi.... Lagi.... Lagi.....

     Pernah tak korang keluar pergi celebrate birthday BFF korang ke kat restoran? (mak ayah korang hantar la). Saya tak pernah. Pernah tak korang join jamuan berbuka puasa yang dianjurkan korang2 la dengan kawan2 je? Saya tak pernah. SERIOUSLY?!! Eiiii, bosannyaaaa hidup. Tak Tak Tak. 

BACA DULU >>>>

     Begini kisahnya, masa zaman sekolah dari darjah 1-6 sambung pulak dari tingkatan 1-5 memanggg tak pernah ye. Tapi, lepas habis SPM, betul2 lepas habis last paper Kimia kitorang, saya dengan BFF konon2 pergi celebrate la dekat Pizza Hut lepas Maghrib. Sekali tu je la, lepas tu tak pernah dengan keluar malam.


     Kemudian masuk Matrikulasi Arau pun lagi la tak berpeluang. Bermula di IPG Perlis baru saya mula keluar malam. Masa umur saya 19 taw kawan2. Ce kira ce kira berapa tahun kesabaran tu. haha. Kau ade?? haaaa. Pertama, saya join reunion ex-classmate form 5, then jamuan berbuka puasa classmates Tesl A(kawan2 sekelas saya kat IPG ni la). Itupun, jenuh pujuk parents tau, nasib baik sebab ada mentor join sekali. 


     Kali ketiga pulak, i've become a bit naughty. Keluar pergi celebrate birthday kawan saya malam2 kat Kuala Perlis tanpa pengetahuan parents. Masa tu, saya terasa diri ni sangatttt jahat. So, cepat2 saya sms parents cakap tengah celebrate birthday kawan kat KP. Tunggu lagii, parents terus datang ambik bawak balik rumah. Woooo, Kau ade?? haha. Dah la masa keluar tu pakai shawl(sememangnya aku tak pernah pakai), makeup bagai, contact lens siap sampai dah bertukar rupa jadi orang lain. Klasmate aku pun sampai tak kenal aku malam tu. Pastu tiba2 ayah kol bagitau dah on the way ke Kuala Perlis nak bawa aku balik. Perghhh!! kecut perut taw!!

      Masuk je dalam kereta, semua senyap. *tandanya marah la tu*. Saya pula, memang rasa serba salah sangat2 dan terus minta maaf dan janji takkan ulang perkara yang sama lagi. Lepas insiden tu, memang saya tak pernah keluar malam. Tapi pernah jugak la macam keluar petang tapi sampai IPG dah mangrib. Yang tu biasa la tapi tak selalu. Lagi boleh elak, saya cuba untuk elak. Tapi contohnya macam saja2 nak keluar lepas solat maghrib sebab nak pergi makan ke beli barang ke, yang tu tak pernah la lagi. Serikk! *btw, sebagai seorang bergelar wanita, memang tak manis pun dok keluar malam2 camtu jadi kutu rayap kann. hehe. Jangan marah adik maness. Ini hakikat =)


      Namun begitu, kawan2, saya sebenarnya bahagia dididik dengan cara sedemikian. Memang la kadang2 ada juga terlintas di hati ni, "untungla kawan2 yang lain boleh keluar malam2, lepak dengan kawan2." "apalah nasib aku, semua benda tak boleh nak buat." Tapi, bila difikir2kan balik, apa yang mak ayah saya larang tu, bukannya memudaratkan saya pun. Malah, lagi menjaga nama baik adalah kan.. Cuba korang tengok eh, tak boleh keluar malam. Ok, memang wajar pun sebab saya ni perempuan. Tak manis dipandang orang. Tak boleh keluar tengok wayang dengan kawan2 atau tak boleh outing dengan kawan2 sampai ke Alor Setar(paling dekat). Sebab?? Sebab saya perempuan. Secara tak langsung, saya dapat jaga maruah diri serta nama baik sendiri dan keluarga.Tak gitu? =D

     Korang nampak tak?? Ada kebaikan dalam setiap larangan yang diberi oleh kedua ibu bapa saya. Jadi, kenapa saya nak bersedih? nak rasa terkongkong? atau nak mengeluh. Sebab semua tu adalah demi kebaikan saya. Psstt~~ *untung2, saham pun naikk sebab ada kriteria tmbahan iaitu -trpelihara dri gejala soSIAL-*. opsss, hehehe *blush* (ini adalah perasan semata2).. Jadi, kepada gadis2 sunti di luar sana yang masih baru nak meningkat remaja, hormon nak melepak dengan kawan2 tengah bergejolak masa tu, tapi mak ayah asyik tak bagi pergi sana sini macam yang saya alami, jangan lah korang bersugul. Diorang sangat sayangkan anda sebenarnya dan tak mahu anda didedahkan dengan perkara2 yang bakal menjadi permulaan kepada maksiat yang lebih besar. 

    Kawan2 yang mana bebas cara didikan mak ayah tu, bukan lah bermaksud saya nak cakap mak ayah anda tak sayangkan anda. haha. tidak2. *sentap pulak nanti*. Mak ayah mana la yang tak sayangkan anak diorang kan. Mereka sayang sebenarnya, tapi lain orang lainlah cara didikannya. Ada setengah orang sayang anak, mereka beri apa saja yang anak mereka mahu, tapi ada pula jenis yang sayangkan anak dengan cara meletakkan syarat atau limit pada apa yang anak mereka mahu. Depends lah. Asalkan ada batas2 yang ditetapkan berlandaskan syariat Islam, maka betul lah cara didikannya. 

Saya pun tak punya anak lagi, kahwin pun belum, calon pun tak ada lagi, jadi tak beranilah nak komen lebih2 tentang cara mendidik anak2 ni. Saya pun tak tahu teknik apa pula saya nak aplikasi untuk didik anak2 saya nanti. (ok, sudah2 angan2). Apa yang saya nak sampaikan di sini,  saya sangat bersyukur punyai kedua ibu bapa yang sangat prihatin dan sentiasa memantau segala tindakan saya. Kerana saya tahu, mereka mahukan yang terbaik untuk saya. 


 Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih kerana sudi singgah dan baca entry saya =)

Assalamualaikum..

Thursday, February 13, 2014

Kutuk Guru.. Pernah buat ke??

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Entry kali ni terasa macam nak cerita pasal guru pulak. Atau lebih spesifiknya, saya nak cerita tentang sikap pelajar terhadap guru sebenarnya. Adakah anda seorang guru? bakal guru? atau pendidik di mana2 pusat pengajian sama ada di universiti, kolej mahupun politeknik?

Baiklah. Mesti semua pernah jadi pelajar kan? Tak pun, korang yang membaca ni pun sebenarnya masih lagi bergelar pelajar macam saya. Saya berani jamin bahawa setiap daripada anda tak terlepas dari mengutuk guru anda. Betul? kan? kan? kan? Ok, kalau tak pernah, VERY GOOD! saya nak tabik pada anda. (ini serius kawan2. hehe). Saya pun, *opsss, hehe. Tapi dah insaf. Minta dijauhkan la sikap tu. *nyahhkau syaitonnn! jgn hasut aku.




Mengapa perkara ni berlaku? Mungkin kita rasa kita hebat. atau mungkin kita rasa kita betul(w'pun sebenarnya tidak). atau mungkin kita tak puas hati kat mana2. Ada seribu macam alasannya.

NAMUN ....  

Guru ni walau macam mana pun dia, baik ke, garang ke, tak hensem ke, tak cantik ke dia tetap guru kita. Macam jugak ibu bapa kita, walau macam mana anda nafikan pun. (ada ke yang nafi mak ayah diorang bukan mak ayah diorang??. macam tajuk sinetron dah rasanya. hehe). Mereka ni lah tok guru kita. Mereka yang beri kita ilmu. Makanya, kita MESTI hormat mereka selagi apa yang mereka ajar kita tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Mengapa?? Bila anda tanya soalan ini, maka akan keluarlah jawapan sebegini,,,,

"cikgu/pensyarah tu bukannya ingat nama aku pun".
"cikgu/pensyarah ni bukannya pedulikan pasal aku pun".
"cikgu/pensyarah ni bukannya suka aku pun".
"cikgu/pensyarah ni asyik nak marah aku je. Asyik akuuu je!".

Betul tak? kan? kan?

Kawan2, tak baik cakap macam tu. Cuba kita reflek diri kita balik. Muhasabah diri kita balik. Kenapa cikgu tu tak ingat nama aku ye? ouhh, mungkin aku selalu tak datang kelas dia kot. Kenapa cikgu tu tak pedulikan aku ye? ouhh, mungkin aku tak bagi respon dalam kelas dia kot. Atau, mungkin aku sendiri pun tak nak pedulikan dia kot. Kenapa cikgu tu tak suka aku? ouhh, mungkin sebab aku ada buat salah kot. Atau mungkin aku selalu buat perkara yang dia tak suka kot. Kenapa dia asyik marah aku je? ouhh, mungkin sebab aku ada buat salah apa2 kot. Atau mungkin aku tak siapkan kerja dia. Atau,, macam2 lagi sebab yang munasabah.

Kawan2 semua, tak mungkin lah seseorang tu nak marah kita tanpa sebab. Ambil contoh mak ayah kita. Kenapa kadang2 diorang marah kita? Saja suka2 nak marah ke? Tiba takda angin takda ribut, mak anda nak tengking marah2 atau pukul2 anda. Bila ditanya kenapa, mak anda jawab "saja, seronok2." Ehh, tak pernah dibuat orang rasanya. Sama lah juga macam cikgu/pensyarah etc. Kalau diorang marah, kita semak balik apa puncanya.

Kalau saya jawab macam ni depan2 si polan yang dikatakan 'tidak dipedulikan' tu, mesti diorang akan kata "kau tak kena, boleh la cakap macam tu. Kau tak rasa apa yang kami rasa. Kau tak akan faham perasaan kami". Siapa cakap??! Excuse me! Saya nak bagitahu, saya pernah kena marah lebih teruk dari anda. Tapi saya tidak hebohkan seperti anda. Saya diamkan aje sebab tak nak orang tau saya kena marah la. Yela, siapa tak malu kena marah kan.

Saya cakap berdasarkan pengalaman sendiri. Pernah satu ketika dulu saya kena marah dengan cikgu sebab tak buat kerja sekolah, saya juga pernah kena rotan dengan cikgu. Bila dah di sekolah menengah, saya pernah dipandang rendah oleh cikgu sebab tak pandai subjek add maths. Malah pernah dimalukan hadapan rakan2 sekelas apabila cikgu umumkan markah matematik saya pada seluruh kelas dan meraka tahu saya peroleh markah paling rendah.

TAPI, saya tidak menunjukkan protes seperti ponteng kelas guru tersebut atau mencemik muka pada beliau atau buat apa2 sahaja perkara yang boleh menambahkan lagi rasa panas hati cikgu tersebut. Saya reflek diri saya sendiri dan saya sedar bahawa saya yang salah. Saya tak bagi tumpuan sebab tu tak boleh jawab dengan betul. Saya tidak buat latihan yang diberikan. Takkan perkara yang memang salah saya, saya tetap nak benci guru tersebut sebab marah saya? TAK BOLEH LA!. Jadi saya usaha sungguh2 sampai dapat markah yang diinginkan dan cikgu tersebut terus bangga dengan saya. Tak marah2 dah. See..... "You can change people's interpretation towards you only when you yourself realize your mistakes and put on effort to change yourself"

Janganlah kena tegur sikit, dah sentap. "Dahh, aku tak nak masuk kelas dia. Asyik kena marah je". Take things positive. Marah tandanya sayang. Cikgu tu marah kita sebab dia sayang kita. Dia tak nak kita tersasar jauh dari jalan yang sepatutnya.

Contoh paling mudah, saya ambil di persekitaran saya la. Di IPG kami ada macam2 program.  Kuliah Dhuha(tazkirah), perhimpunan pagi(yang sering dikatakan leceh), latihan sukan dan sebagainya. Semua tu perlu kami hadiri kalau tak, akan dikenakan tindakan atau kata lainnya kena marah la. Patut tak anda rasa kami kena marah kalau tak hadirkan diri ke setiap program tu? Anda tahu jawapannya. Kalau pihak IPG atau pensyarah suruh kita pergi disko ke, hadirkan diri ke perhimpunan haram ke, suruh buat tarian bogel di khalayak ke, haaa memang patut la kitorang tak perlu hadir. Apa kehalnya nak buat benda2 yang menambahkan dosa lagi malah merosakkan akhlak kan. Kalau pensyarah marah kita sebab tak hadirkan diri ke program2 macam tu takpelah kita nak counter balik dia. Nak sentap dengan dia atau nak protes dengan pensyarah tersebut.

Faham tak apa yang saya cuba sampaikan ni? The point is, kalau kita pernah kena marah dengan guru/pensyarah kerana kita tak hadir kuliah contohnya(buat benda baik) tak perlu la nak sentap atau benci atau dendam dengan dia sebab itu memang salah kita. 

TETAPI...

Jika guru/pensyarah tersebut marah kita sebab kita tak nak bodek pensyarah untuk dapat markah tinggi contohnya, takpe lah nak rasa hangin ke sebab benda yang disruh tu memang salah.

Faham kan?

Satu lagi perkara, saya nak tanya anda. Apa yang anda dapat bila anda kutuk guru tersebut? Pahala dapat? Ilmu dapat? Berkat dapat? NEVER. Semua pun anda tak dapat. Rugi kan. Sebagai seorang Muslim, berkat adalah perkara utama dalam menuntut ilmu. Tanpa berkat, tak ada maknanya kita duduk sampai 24 jam baca buku sampai terkoyak2 muka surat(hyperbole sikit) tapi dalam masa yang sama, dok mengutuk guru subjek tersebut. Kosong kawan2. Kosong. Sia2 apa yang kita baca tu.

Saya rasa terpanggil untuk menulis tentang perkara ni bukan sebab saya perasan saya bagus. Tapi sebab selalu sangat berlaku masalah sebegini di sekeliling saya. Saya sendiri pun mengalaminya dan kini dalam usaha memperbaiki diri semula. Rasa berdosa sangat. Rasa sombong sangat diri ni nak sombong dengan guru sendiri. Dia guru. Kita siapa? Hebat sangatkah kita sampai nak cakap guru ni salah sebab marah kita? Hebat sangatkah kita sampai tak boleh nak ditegur sikit pun? Nama pun tegur, mestilah untuk kebaikan. 

Konklusinya, cuba kita ubah sikap kita. Apa yang cikgu suka, kita buat. Apa yang cikgu tak suka, kita jangan buat. Jangan jadi orang yang suka protes atau memberontak pada hal yang timbul berpunca dari diri sendiri. Jangan la kita cepat rasa putus asa bila kena marah. Janganlah kita mudah rasa rendah diri. Jangan lah juga anda jadi manusia yang tidak boleh ditegur sikit pun. Kena tinggi suara sikit, sentap, merajuk. Kena berleter sikit benci terus orang tu. Jangan. Anda sendiri yang akan rugi. Mereka tidak. Satu lagi, berkatnya hilang bersama perasaan marah, benci atau dendam anda tu (kalau ada la). Cuba ambil teguran atau kemarahan guru/pensyarah tersebut sebagai satu motivasi bagi kita. Buktikan pada mereka bahawa kita bukanlah seperti apa yang mereka marahkan tu. Boleh?


Jom kawan2. Sama 2 kita perbaiki diri, Ubah sikap dari negatif kepada positif. Perbaikilah secara perlahan2. Saya yakin anda boleh.

p/s: saya sendiri pun kalau buat salah dengan adik beradik, especially dalam kereta bila otw balik kampung, kena berleter la dengan ayah dari Perlis sampai la ke Penang, selalunya. Kalau lebih dashyat, sampai kat kampung saya Taiping tu baru dia habis berleter.  Ini bukan hyperbole, tapi kisah benar. Tapi saya tak benci ayah saya pun, merajuk la sekejap 5 minit. Lepas tu, ok balik. Saya sedar salah saya. Malah, saya bertambah sayang dan berterima kasih pada ayah saya. Saya tau, dia sayang saya, sebab tu dia berleter. Kalau tak kena marah macam tu, mungkin kat IPG ni kena marah dengan pensyarah sikit nak sentap dah. Ayah dah training saya kaw2 punya kat rumah. haha. Amitabh Bachan pun kata, marah tu tanda kasih sayang seseorang tu pada seseorang yang lain. (ce tengok cite khabi khushi khabi gham) =D

Ok, terima kasih sebab luangkan masa untuk membaca bebelan saya ni.Jumpa lagi. Takmau sentap2 ok =D

Assalamualaikum.

 
 

Wednesday, January 8, 2014

2014

Assalamualaikum...

Maybe it's not too late to wish Happy New Year!! (after 1 week,hoho)




Bukan tak berkesempatan nak berblogging tapi menyibukkan diri dengan hal2 lain. begitulahh.

Serba sikit pasal tahun 2014 :

-Saya dah jadi pelajar semester 5. Senior woo! (tapi tak berapa senior pun la)
-Usia dah menginjak angka 22 (not official selagi belum tarikh 5 sept)
-Perangai kena behave lebih sikit (merujuk pada point nombor 2)
-Rata2 makcik2 dok tanya "ada calon dah ke blom" (soalan yg paling tak digemari, sobss- FOREVER ALONE)

dan itu sahaja. Nama pun serba sikit kan. hehe. ok Saya bakal meng-update lagi kisah2 hidup saya yang tidak berapa nak menarik do blog ini pada masa akan datang.

Sebenarnya, saja nak menulis. Nak asah skill taip laju2. haha. Ok, Jumpa lagi. Terima kasih laa sudi baca.

Assalamualaikum =)

Phir milenge mere dost! (^^,)

Monday, December 2, 2013

Resipi Cheese Cake

Assalamualaikum. Hello semua. (I tujukan pada yang membaca la. hehe). Sekian lama tak update blog ni. Meh kita meriahkan sikit dengan resipi2 menarik pulak. *erghh, menarik ke?? haha. Jom, saya nak share resipi yang pertama iaitu Cheese Cake yang diambil dari majalah RASA, edisi ke berapa i dunno lah. Tua dah, lupa =P

Akak2, makcik2 kat rumah cuti2 sekolah ni boleh la cuba bagi anak2 ke, adik2, suami2 rasa ye. Jangan pelahap sorang pulak sebab sebelum ni dapat beli 1 slice je kat Secret Recipe. Haaahaa. lol



RESIPI CHEESE CAKE

BAHAN2:

BAHAN A (LAPISAN BAWAH)

120 gm biskut Marie (dihancurkan)

3 sudu mentega

3 sudu gula pasir



BAHAN B (LAPISAN ATAS)

250 ml krim keju

50 ml air susu(campuran susu tepung dan susu UHT)

50 gm mentega

5 gm gula kastor

3 biji kuning telur

5 sudu makan tepung jagung



BAHAN C

40 gm gula kastor

2 biji putih telur

¼ sudu the serbuk krim tartar

*Note: Loyang kek adalah disarankan guna yang macam dalam gambar bawah ni. (sumber dari google)




CARA MEMASAK:

Mula-mula satukan kesemua BAHAN A hingga sebati dan padatkan ke dalam loyang. Bakar selama 10 minit/sehingga masak. Ketepikan.
 
BAHAN B pula, pukul krim keju, gula kastor, mentega, dan tepung jagung hingga kembang. Kemudian masukkan air susu dan kuning telur lalu dipukul sehingga sebati dan berkrim. Macam saya buat, saya masukkan kuning telur satu-satu.

Masukkan pula BAHAN C yang telah dipukul sebati sehingga menjadi gebu dan kental. Maksudnya, sebelum campur dengan sebatian bahan B, pukul dulu bahan C dalam bekas lain. Kemudian, gaul perlahan-lahan sehingga adunan menjadi sebati.


Selepas itu, tuangkan adunan ke dalam loyang biskut Marie yang telah dibakar tadi. Ratakan. Seterusnya, sediakan loyang yang besar sedikit daripada loyang biskut tadi. Masukkan ¼ air ke dalamnya dan letakkan Loyang biskut (kaedah double boiler). 

Bakar pada suhu 160 degree celcius selama 1jam30 minit. Setelah siap dimasak, sejukkan pada suhu bilik dan simpan di dalam peti sejuk. Hiaskan mengikut citarasa dan siap untuk dimakan. 

 SELAMAT MENCUBA! 

Hasilnya ........................................................... TADAA!!
 *abaikan tulisan yg serba buruk tu. hik3

Cheese cake daripada saya sempena Ulangtahun Perkahwinan kedua puluh tiga mak ayah saya. Semoga mak&ayah bahagia dan berkekalan sehingga ke Syurga. Amin

*nanti ada resipi lagi saya update ok =)