Thursday, September 20, 2012

Perak ke Perlis? atau London?

Assalamualaikum .. Salam Sejahtera
Pejam celik pejam celik dah habis dah sebulan Syawal yang penuh dengan opeh-hauss...hehe
hari ni dah masuk 4 Zulkaedah..pakat-pakat pergi Mekah la pulak ye untuk menunaikan Haji.. Saya doakan kepada mereka yang bakal menunaikan ibadah haji, semoga mendapat haji yang Mabrur,insyaAllah =)

ok.. Apekebendenye yang Perlis ke Perak atau London tu?? agak-agak? calon suamikah? calon bakal iparkah? Oh! tidak tidak... Actually, aku sendiri dah lama mengalami kekeliruan identiti..

Uish! dashyat je bunyik kan..haha.. takde lah sampai keliru yang aku ni jantina perempuan ke lelaki..tetapi aku sendiri keliru bila nak exclaim aku ni orang dari negeri mana... hah! mesti terkejut mai mana London pulak?! melampau sangat kann.. hehe.. takpa, biar aku story *(untuk mereka yang rajin membaca la)
Punca aku jadi confuse sebab bila orang tanya aku, aku cakap aku orang Perak, orang tak percaya sebab aku stay Perlis... Baiklah, bacalah sejarah hidup aku supaya u'olls jelas k ..Kalau malas sangat, baca tulisan merah je sudah.. selamat membaca =D

******
Tempat-tempat aku dibesarkan : ---------

Aku dilahirkan tanggal 5 September 1992.. Tempat aku mula melihat dunia ialah di Ng Maternity Clinic Taiping, Perak
Aku dibesarkan di Taman Maju, Perak selama 2 tahun (1992 - 1994)
Dan untuk pengetahuan anda, Ayahandaku asal orang Kubu Gajah, Semanggol Perak
Bondaku asal orang Kamunting Taiping Perak
Kekandaku (abang akulah) lahir juga di Hospital Besar Taiping Perak
So, decide la aku orang mana =)

******

Ada lagi..... Selepas 2 tahun aku dibesarkan di Perak, me and the whole family follow my dad ke Leeds, United Kingdom... Ayahandaku sambung pengajian peringkat PhD (Ijazah Kedoktoran/Doktor Falsafah)..
3 tahun aku menetap di United Kingdom (1995 - 1998) 
Kami balik Malaysia pada awal tahun 1998.. *dapat adik tau kat UK,heee ..Adik lahir tahun 1997 kat Hospital University kat United Kingdom

Sesampainya di Malaysia, aku menetap selama 2 tahun di Batu Gajah Perak (1998 - 2000)
Kemudian, aku sekeluarga berpindah ke Nibong Tebal Penang selama 2 tahun juga (2000 - 2002)
Alasan aku berpindah sebab ayahanda dapat tukar tempat kerja
Di Batu Gajah, ayah aku kerja kat USM Tronoh.. Di Nibong Tebal, kerja di USM Kampus Nibong Tebal
Rumah di Nibong Tebal,Pulau Pinang tapi aku sekolah ulang-alik ke Parit Buntar, Perak.. Canggih tak? Canggih tak? muahahaha~ *padahal dekat je

Seterusnya, ayahanda dinaikkan pangkat dan bertukar kerja di KUKUM (kini UniMAP) dan menetap di Perlis sehingga hari ini (2003 - 2012)

*******

Sekolah-sekolah aku menimba ilmu : ------------

1) Nursery (tak ingat nama) Leeds UK--- (1995) *umur: 3 tahun [gatall nak pi sekolah even tak cukup umur]

2) Blenheim Primary School, Leeds UK --- (1996 - 1998) *umur: 4 - 6 tahun

3) Tadika Islam Batu Gajah,Perak --- (1998) *umur: 6 tahun (sambung separuh tahun lepas balik Malaysia pada tahun yang sama

4) SK St. Bernadette's Convent, Batu Gajah Perak ---(1999 - 2000) *umur: 7 - 8 tahun

5) SK Sri Kerian, Parit Buntar Perak --- (2001 - 2002) *umur: 9 -10 tahun

6) SK Seri Indra, Kangar Perlis --- (2003 - 2004) * umur: 11 - 12 tahun

7) SMK Syed Hassan, Kangar Perlis --- (2005 - 2009) *umur: 13 - 17 tahun

8) PLKN sebulan je di Kem Guar Chenderai, Padang Besar,Perlis--- (Mac 2010).. timba ilmu juga..ilmu tough! hehe

9) Kolej Matrikulasi Perlis / KMP Arau Perlis--- (2010 -2010) sebulan je bertahan *umur: 18 tahun
Dalam tahun yang sama aku dapat tawaran Asasi Sains di Puncak Alam tapi aku tolak sebab nak stay kat matriks

10) IPG Kampus Perlis, Perlis --- (2010 - kini) *umur: 18 - 20 tahun {bakal sambung sehingga tahun 2015 sampai umur 23 tahun} INSYAALLAH =)

******

Okeyh! amacam? banyak kan tempat aku bermastautin.. Tempat bersekolah pun merata-rata.. 
Sekarang ni, bila orang tanya aku orang mana,,especially pensyarah la setiap kali masuk semester baru,,aku akan cakap aku orang Perak la.. tapi bila dengan kawan2,,aku dianggap orang Perlis sebab rumah aku di Perlis.. Tiap2 minggu aku balik rumah.. Kadang2 aku ulang-alik je dari rumah ke IPG.. Opsss!!! KANTOI! Mak ayah pun kat Perlis kan.. tapiii, tok nenek sedara sepupu sepapat aku semua kat Perak la.. Actually, mak ayah aku pun merantau juge le.. iye dak? =D

Tapi kan tapi, kadang2 bila kawan2 aku tanya bagaimana suasana Hari Raya di Perlis atau di mana tempat2 menarik kat Perlis atau jalan2 atau perumahan dalam Perlis ni and aku jawab tak tahu,, haaa, siaplah! depa cakap.. " Aikk! ko duduk 20 tahun kat Perlis pun tak tahu tempat2 dalam Perlis??? "

Heyy, bila masa pula aku bagitahu dah 20 tahun aku stay Perlis? Memandai je u'olls... Aku duduk kat Perlis since 2003 - 2012.. So, 9 tahun baru di Perlis..Selebihnya, di tanah tumpah darahku.. iaitu negeri kelahiranku Perak Darul Ridzuan...

Kadang2 tu, bila kawan2 cakap loghat Perlis yang giler pekat sampai aku pun tak faham, so akan kedengaran suara2 "Eh, jangan la buat2 tak faham loghat negeri sendiri" .. 

Aduhai, dah aku betul2 tak faham tu sudah la.. Jangan la cakap aku buat2 tak faham.. Tak baik tiaww~ Bukan semua orang duduk setempat je macam sesetengah orang tu.. Situ la tempat lahir, situ la tempat membesar, tempat bermain dan situ jugak lah tempat dia belajar dan last skali situ jugak lah tempat dia kahwin kerja dan pencen di hari tua..

Oh, tidak tidak... aku dan keluarga aku bukan orang yang macam tu.. Kami merantau banyak tempat sebab ayah aku kadang2 naik pangkat, so tukar tempat.. Pastu, ayah aku sambung belajar,pun tukar lagi tempat... Kami tak duduk kat satu negeri tu lama2... Sebab tu la kadang2 bahasa negeri aku sendiri (Perak) kalau yang loghat pekat2 tu aku sendiri pun tak faham..hihihihi.....

Kadang2 aku rimas gak.. Konon orang cakap aku tak nak mengaku tempat asal aku.. Takpe la..negeri mana pun u'olls nak letak, letak la... Perlis pun boleyh, Perak pun lagi boleh..hehe...Asalkan aku tau mana asalnya aku dan seluruh ahli keluargaku dan sanak saudaraku..

Walau bagaimanapun, aku nak bagi kredit juga kat negeri Perlis..hoho~ Ye la, 9 tahun aku menimba ilmu kat negeri kayangan ni.. Takkan tak nak bagi credit langsung.. Melampau la kan! Nak kena tampor le tu *dush dush! =P

Dua2 negeri ni adalah negeri yang terdekat di hatiku.. CEwahhh! haha... Bersyukur juga la sebab study kat Perlis ni tak stress... Jalan tak jem macam kat bandar.. Penduduknya peramah... Duit pun boleh simpan sebab tak banyak shopping mall yang besar2 macam kat KL.. kalau duduk KL, memang koyak poket aku dok berjimba-jimba selalu,haha XD .. Maklum la, aku suka meronda2..

So, kalau orang tanya lagi aku orang mana... Negeri mana aku nak cakap?
Kalau korang kat tempat aku kan, nak cakap Perlis ke Perak?
Aku jawab dua2..
Lecturer tanya "Siapa orang Perlis, angkat tangan." *aku angkat
Lecturer tanya "Siapa orang Perak, angkat tangan." *aku angkat jugak
Lecturer konfius *aku diam
-----hehehehehehehe-----

Sampai sini saja lah aku story tentang perjalan hidup aku di negeri orang dan negeri sendiri..
Lepas ni, aku upload gambar sekolah2 aku pulak..heee

Terima Kasih kepada anda yang sudi membaca *kalau ada =P


Welcome to my hometown.. Taiping, Bandar Warisan

..Assalamualaikum..

Sunday, August 26, 2012

Salam Lebaran 1433 Hijrah

Assalamualaikum.. Rasanya masih belum terlambat kalau saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua saudara mara, bloggers, sahabat handai, guru2 dan pensyarah2, serta semua yang mengenali diri ini... Maaf Zahir & Batin atas segala salah dan silap saya lakukan secara sedar mahupun tidak.. 

Jom sembang pasal raya!

You all semua raya kat mana?*macam ada je yang nak jawab soalan aku ni kan..huhu.... As usual, setiap tahun aku dan keluarga beraya di kampung halaman kami iaitu Perak Darul Ridzuan... Oh! lupa.. Perak kat Taiping ye kawan2... Ada sesapa orang Taiping kat sini?? GENG! haha... Jemput la datang beraya kat Kg Pinang, Kamunting.. Situ rumah tok dan rumah itulah tempat ibuku membesar... Aku ni membesar merata2 but still Anak Perak..*tanah tumpah darahku hokayy,hehe :)

Erm,you all mesti pakat2 bertema macam2 warna dengan keluarga masing2 kan kan? Untunglaa kan boleh bertema2 bagai siap sedondon sana sini.. Aku setiap tahun pun tak pernah bertema.. Sebab tema kami dari dulu sampai sekarang hanya satu----WARNA WARNI AIDILFITRI.. haaa! nama pun warna warni, mesti la macam2 colour ada...hehe.. *kalau sama pun, coincident je :)

Well, for this year aku pakai coklat.. Kalau boleh, tiap2 tahun nak warna coklat coz that's my favourite colour.. Tapi nanti tak jadi la warna warninya kan..hehe,*amboii kau! Padahal 2 tahun lepas aku dah pakai coklat dah pun..haihh, tak kisah la.. Ok, aku COKLAT, si abang berbaju melayu OREN, si adik berbaju BIRU, bonda dan ayahanda je sedondon berbaju raya UNGU... colourful kan u'olls ! :)

ce intai sikit gambor bawah tu...

Gambor atas tu masa raya pertama...Beraya kat Taiping(sedara mak) dan Semanggol, (rumah sedara ayah)... Next day, kami shoot ke Keyell.. Pergi Meru pulak.. Rumah Pak Lang dengan Pakcik... Raya rumah pakcik memamng tak sah kalau ayah aku dengan abang dia (pak cik aku) tak main live band.. kali ni, adik aku jadi mangsa nyanyi lagu raya seround...nasib dia tak nyanyi lagu Negaraku je, haha

Cerita pasal raya ni, selalau kita dengar kat radio mesti banyak jalan sesak.. Jem la orang kata kan... Sesiapa yang dari Selatan nak ke Utara tu memang sakitlah menempuh kesesakan ni kan.. Masa aku on the way balik hari tu, memang jem teruk kat Highway Ipoh.. dekat dengan terowong tu.. dah tu, lepas terowong tu pulak rupanya ada kemalangan... nahh! memang la jem teruk.. Harapnya rakan2 semua berhati2 lah memandu tu..

Okeylah, aku kena tidur awal ni.. esok dah start sekolah... Aku ada PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) selama 5 hari... Wish me luck :)

oh! sedikit pesanan... Memandangkan ramai sahabat2 aku yang masih berada di kampung masing2 dan yang belum pulang ke IPG kerana berPBS di perantaun, harapnya mereka pulang dengan berhati2.. Ingatlah orang yang tersayang...

Salam Aidilfitiri semua!!
.: Minal Aidil Wal Faizin :. 

Keluargaku <3
Assalamualaikum semua..
Selamat Malam!!





Friday, August 3, 2012

SHOOTSKY: Jom Buat Duit Dengan Internet !

Assalamualaikum...Salam Sejahtera semua...entry kali ni aku nak promote something atas permintaan seorang sahabat baik aku...ceritanya pasal MENJANA DUIT...Duit??? aku yakin semua suka duit kan..haha... 

Selalunya, nak dapat duit ni kita perlu berkorban... Maksudnya, berkorban dari segi masa, tenaga dan sebagainya... tetapi kali ni, kalau anda nak dapat duit, tak perlu susah2 buang tenaga jual nasi lemak kat tepi jalan ke, buat partime job kat kedai Hari-Hari ke.. tak perlu semua itu...

Kaedah yang begitu mudah..hanya dengan bersantai di rumah sambil bersembang2 pun anda boleh dapat income..mudah kan! tapi bagaimana caranya... Anda perlulah sertai / mendaftarkan diri sebagai ahli SHOOTSKY...apa itu SHOOTSKY ??


Shootsky ni adalah sejenis laman sosial terbaru yang dicipta oleh orang Malaysia... fungsinya lebih kurang macam FACEBOOK juga...kita boleh menggunakan Shootsky untuk mencari kawan, bersembang dan berhubung dengan rakan2 malah boleh juga MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN... WOW! menarik kan? untuk keterangan lebih lanjut sila click link ini http://www.youropportunityplace.net/shootsky.html


Untuk mengetahui cara2 pendaftaran,,
anda boleh juga rujuk link ini http://www.shootsky.com/ZaliAkashi


Ini adalah income salah seorang pengguna laman sosial Shootsky


Bagaimana? Anda berminat? atau masih ragu2? Jika masih ragu2 atau nak lebih puas hati, anda boleh hubungi terus ke talian sahabat aku ini:
 Sazali Hashim : 0134384463
ATAU
Facebook : Zalisdestiny@yahoo.com (nama- Zali Oh Zali)

Selamat Mendaftarkan Diri Anda =)

Monday, July 30, 2012

Salam Ramadhan 1433 Hijrah

Assalamualaikum
&
Salam Ramadhan Al-Mubarrak



Pejam celik.. pejam celik.. celik pejam.. Ehhhh! dah 10 hari dah kita berpuasa...Cepat je kan masa berlalu...Alhamdulillah, aku masih lagi berpeluang untuk menikmati bulan Ramadhan yang penuh barakah ini dalam tahun 2012.. Syukur Ya Allah...

Apehalnya aku ni dah masuk 10 Ramadhan baru nak update status? hehe..aiseyh, sibuk sikit la..bukan apa, sibuk dok ulang-alik balik rumah-balik hostel-balik rumah-balik hostel....maklum la, sejengkal je rumah dengan hostel...teropong pun boleh nampak...ha3...mestila nak sambut 1 Ramadhan dengan keluarga 21 Julai yang lepas...tak sempat nak karang2 ayat....ni baru lapang sikit.. =)  

Bercerita tentang bulan ramadhan ni,harapnya sahabat2 di luar sana berpuasa penuh la hendaknya....Ada ke yang ponteng??? kalau girls tu, tak payah citer la aku pun tahu...hoho~..

Tau tak, bulan puasa ni lah bulan penuh keberkatan...pahala dalam bulan ramadhan ni digandakan dari bulan2 biasa..tak cukup lagi?Nah lagi,,sepanjang bulan Ramadhan ni dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka...

Apa lagi! Rebutlah peluang ni untuk buat sebanyak pahala yang mungkin..dan mudah2an istiqamah sampai bila2...(sambil nasihat diri sendiri) 
InsyaAllah...
sekali lagi...Salam Ramadhan buat semua sahabat Muslimin dan Muslimat (^^,)

Monday, July 16, 2012

The Amazing Spiderman...best ke?

Assalamualaikum....

puhh kiri...! puhh kanan...! *habuk penuh kat wall..wah, it has been quite sometime i didn't update my blog ya...for this entry, I would love to give some comments on the movie The Amazing Spiderman...sesiapa dah tengok cerita ni?? angkat kening..hehee...

Actually, I was supposed to update Le Tour De Perlis Part III tapi takda mood pulak nak cerita pasal tu sebab aku ada HOT story Mr. Spidey!! heee~ F.Y.I. masa keluar trailer cerita ni lagi aku dah excited tahap infinity..haha... 

Mau taknya aku teruja, ketiga-tiga sequel Spiderman starting from Spiderman 1 until Spiderman 3 aku layann... So, yang latest punya pun takkan la nak lepaskan... Favourite super hero aku nih..ha3...

Aku tengok cite ni kat QB Mall, Penang pada 7 Julai 2012...Nasib baik aku sampai awal, kalau tak memang jemmm nak tunggu beli tiket..Maklumlah, hari minggu..budak2 IPG pulak elaun baru masuk sume kan...ha3...Aku beli tiket untuk pukul 11.45 a.m. punya show....*lewat2 tak boleh..cian mak ayah aku kena tunggu nanti,hu2... =P

 Aku berharap dapat la duduk seat tengah2..sebab situ memang good spot..tapi tinggal angan2 je la...FULL kot! tinggal seat depan je kosong...Aku pun amek je la seat sorang..Opss! lupa, aku pi dengan adik aku...Ingatkan nak duduk sekali tapi yang tinggal beberapa seat je kat belakang yang free..itu pun, sebijik sana..sebijik sini...terpaksa la duduk asing2...

Dan fuhh! nasib baik seat sebelah aku tu dihuni oleh sebuah family..lega..lega..bukan apa, Spiderman kan cerita action2...mesti la ramai golongan lelaki yang tengok...Risau jugak aku kalau yang duduk tepi aku tu lelaki muda2...kalau baik takpe, buatnya jenis yang tak tau malu kacau orang ..haa! tak pasal2 nanti kena hempuk ngan aku...(bajet cam orang nak kacau aku sangat) ha3

 tunggu punya tunggu iklan yang berlungguk2, so cerita pun ditayangkan...layan lah aku selama dua jam lebih sambil mengunyah popcorn saiz large...ha3

So, apa pandangan aku mengenai cerita ni... 


1) ACTION - u'olls semua...cerita ni memang sangat best dengan action yang sangat WOW! adik aku kata, cite ni lagi best dari Avengers..n that's a wow! from me..hehe..banyak jugak aksi terkejut2 saspen gitu...tu belum 3D lagi,memang histeria aku dibuatnya dalam pawagam tu..ha3 *over

2) CGI - teknik CGI yang digunakan tersangat la awesome ye..scene2 yang diambil memang tak terkata cantiknya itu...tak nampak lagi failnya tu...contohnya, cite Ombak Rindu, ramai yang perasan scene2 dia yang fail... teknik skrin hijau dia pun cun...animation sume superb lah!

3) JALAN CERITA - plot cerita dia especially masa starting tu memang la sama macam cite2 terdahulu sebab TAS ni cuma diperbaharui je cuma ditukar sikit2 musuh dan sesetengah watak and they have done a very good job! TAPI..kepada u'ollls yang sangat menantikan MJ harap maklum dia takda kali ni...yang ada ialah Gwen..but lebih cun dari MJ dulu..he3..

4) WATAK - kesesuaian watak2 yang digunakan memang boleh dikatakan GOOD...wira adalah Labah-labah dan musuh adalah Cicak..kan matching tu...yang hairannya cerita melayu boleh pulak buat Cicak jadi hero sedangkan cicak tu jahat kalau korang baca kisah2 nabi la kan...

5) SEMPOI - yang ini aku tujukan pada watak Peter a.k.a Spiderman...kalau nak bandingkan dengan cerita sebelum ni, heronya tu kontrol macho sikit..tapi dalam TAS, hero memang santai sangat...boleh pulak sambil tunggu orang jahat main game handphone.. lagi, heronya tak kuat berahsia macam yang dulu...ramai je yang tahu diri Spiderman yang sebenar..takda nak sorok2..tu yang best tu...yang dapat tau dulu ofkos le girlpren dia..ha2...

So, bintang yang aku nak bagi ialah 5 star dan aku rasa macam nak tonton lagi cerita ni tapi version 3D la pulak.. *bila la agaknya ntah nak pegi tengok tu.. 

Finally, to those who didn't watch this movie yet,, what are u waiting for?? go and watch! he3... *pastikan fulus ada =D

Nahh! segedabak gambar Mr. Spidey yang macho.bergaya.mutu.keunggulan..
ha3..till then ..bye!

thanks for reading..
Assalamualaikum

Thursday, May 31, 2012

Le Tour De Perlis Part II

Assalamualaikum
Maaf kepada sahabatku yang dok tanya bila nak update entry nie.. hehe... rasanya tuan badan tu tau dia orangnya... heeee, jangan marah Cik _ _ _ _ =)

Ok... Hari tu aku dah cerita pasal Pusat Equin Sg. Batu Pahat, Perlis.. Kali ni aku nak cerita pasal Taman Anggur pula.. haaa, jangan tak tau ye kat Perlis ni pun ada ladang anggur tiaww.. hehe.. Setelah puas bergambar, ditokak kerengga (diketit je..hehe), main kuda semua kat Pusat Equin tu, kami singgah pula ke  Taman Anggur... 

Actually, I don't know the direction to this Grape Farm tapi Cik Aimi yang tunjukkan jalan.. Rupanya dekat je dengan Pusat Equin tu.. tak sampai 10 minit pun dari Ladang kuda tu.. haha... 

tadaaa!! inilah dia Taman Anggur nya..

Kalau sesiapa yang bukan dari Perlis nak ke Taman Anggur Perlis ni, tak susah pun... Dari roundabout Kangar tu ambil jalan nak ke Padang Besar.. terus je then akan sampai kat satu simpang di kiri jalan dan korang akan nampak ada sebuah masjid... nama masjid tu tak ingat le pulak, maaf le..aku kan drive masa tu, tak sempat nak tenung lama2... kang tak pasal2 aku terlost control kang GEDEGANGG!! haaa, niaya je kau.. dah la bawak anak dara orang pula tu.. hu2.. mintak dijauhkan la.. hu2... so, apa tunggu lagi.. masukla simpang tu... menuju ke Sg Batu Pahat... go straight, don't belok2.. hehe...

Sebelum sampai tu, korang akan jumpa Taman Ular dulu kat sebelah kiri... ada simpang nak ke Taman Ular tu dan simpang tu juga la terletaknya Pusat Equin... tapi, jangan belok simpang tu.. terus je ke depan jumpa kuari kat sebelah kanan.. atas sikit lagi jumpa pusat jualan mangga Harum Manis ( terdapat di Perlis je)... pastu, terus lagi akan sampi la ke Taman Anggur di sebelah kiri jalan... masa drive tu hati2 ye sebab walaupun kereta tak banyak tapi lori banyak ye kawan2... hu2... untuk gambaran yang lebih jelas,, lihat foto di bawah nie ---- :

haa, ini lah rupa Taman Anggur tu dari luar.. ni main gate dia...

Di sini, kalau nak masuk ke bahagian dalam ladang iaitu tempat tanamannya, pelawat2 kena bayar tiket.. RM 3 seorang... Kalau tak bayar, dok la kat luaq pagaq tu.. Depa kunci hangpa kat luaq.. haha... So, hari tu kami pergi berenam tapi cuma lima je yang masuk sebab sorang lagi tak nak.. Cik Farah kita nak duduk kat dalam kereta je katanya... Maka aku dengan sahabat2 yang lain pun teruja la kat dalam ladang tu... haha.. snap gambar tu toksah cite la punya berlambak! haha.. nak termuntah dah tengok tapi tak muntah pun la *Hyperbole lebih..heee~~

Sebenarnya kan, ni bagi aku la... kat ladang tu cuma ada anggur je la.. ehh! dah nama pun ladang ANGGUR .. takkan la ada unta pulak kann... haha... takda la apa yang nak diterujakan sangat macam yang aku habaq kat atas tu... kalau nak teruja pun bila ambil gambar la... sebab buah2 anggur kat ladang tu masa kami melawat boleh dikatakan banyak juga la.. dah berbuah banyak... 

Yang dipacking untuk jualan pun ada jugak... tapi cuma 2 jenis je iaitu Black Queen dengan White Malaga... harganya boleh tahan mahal laaa jugak... 1/2 kilo (1 paket) = RM 10.. kalau 1 kilo (2 paket) = RM 20... mahal pun mahal la, aku beli 1/2 kilo je Black Queen buat ole-ole untuk mak ayah sebab diorang belum pernah datang lagi sini... wahh! baiknya aku kann, HAHAHA *tak leh perasan terokk lagi =P
Anggur Black Queen ni tak manis sangat dan tidak lah tawaq hebiaq sangat... biji pun takda.. haaa, yang tu aku suka... kalau White Malaga, kata akak jurujual tu ada biji... rasa manis ke tak tu aku pun tak tau.. lupa nak tanya... Sebenarnya bukan dua jenis je anggur yang depa tanam, ada lagi.. meh meh dekat sikit nak tunjuk meh,,,,







 bahagian tanaman anggur2.. panas youu kat sini! hu2..


 aku heran tengok anggur ni sebab ada sebiji sesat warna hijau..






haa, yang ini la White Malaga namanya.. 

Seterusnya, lepas dah snap2 gambar anggur yang berbagai jenis tu, snap gambar orang la pula kan... hehe... Oleh sebab aku tak tahan suhu yang memang panas kat dalam tu (kawasan pembiakan buah anggur), aku 'cabut' dulu ambil angin kat luar... peluh meleleh dahh~~ lega sikit kat luar tu, terasa bebas 'bawah lenganku'...  gunalah Rexona *tetiba...muahaha! Oppsss, behave adnin behave... =P

Ok, cerita panjang2 ni mesti ampa muak nak baca ni...hu2.. layan gambar je la *padahal dah berguni2 aku membebel kat atas tu =P

 Baru sampai


 ini lah dia kawasan luar ladang.. ladang pembiakan anggur tu kat sebelah kiri dan kanan yang ada cam khemah2 putih tu...




 haha.. pandai depa pose


 bersama Cik Yana yang manja gitteww =P


 on my left is Cik Syaza


teruja benor si baju ungu tu ye.. hehe





Sekian saja buat entry kali ini.. 

Ms. Adnin sudah maw beradu rasanya.... jam pun sudah menunjukkan pukul 2.36 a.m.. esok dah la kena bangun awal ni... nak ke Ipoh pagi2 esok.. doakan keselamatan perjalananku sekeluarga ye.. terima kasih! 

Thanks for reading guys!
Assalamualaikum
(^^,)

Friday, May 25, 2012

Le Tour De Perlis Part I

Assalamualaikum...
Readers semua sihat?? Alhamdulillah.... Bukan apa, maklum lah kan musim2 hujan ni.. mana la tau kot2 ada yang pi main hujan ke, terjun parit ke(sebab ingatkan swimming pool).. hehe... apa2 pun, korang semua jaga kesihatan baik2 ye... sakit demam nanti siapa yang susah? aku jugak... ehhhh! *tetiba ja.. haha, saje je wt mukadimah panjang sikit....

Baiklah, kita teruskan pada tajuk entry kali ni... 'Le Tour De Perlis' .. bunyi macam kitorang takda keja ja nak pusing2 Perlis kan.. haaa, memang pun... F.Y.I. aku dan sahabat2 seangkatanku sedang diulit kebahagiaan yang tak berapa abadi selama 3 minggu ni.. haha... kami semua baru je habis final exam 23 Mei 2012.. so, tunggu lagi..? Joli katak la.. haha.. tapi bukan hari ni Tour nya.. tapi semalam... Oleh sebab aku terlampau letih yang amat sangat, tak sempat nak update blog semalam... hehe..

sebelum tu, aku bagi gambaran sikit destinasi pertama yang kami tuju... sila lihat foto di bawah... agak2 kat mana?? =D

Subhanallah.. Indah sungguh ciptaan-Nya



.:: 24 Mei 2012 ::.

Pagi tu aku bangun jam 7.30 a.m. .. Subuh?? ehemm, aku ada "MC" okey (tak faham sudah) =P .. lepas tu, pi siap2 apa suma, terus aku sambung kemas barang sikit2... alaa, mengemas bilik hostel la... kan nak cuti dah... weehuuu!! suka!suka! .... berpeluh jugak la walaupun pagi tu baru lepas hujan... mau tak peluh angkat turun beg besar2 kann.. dah setel semua, yana pun mai bilik aku... dia dah ready nak turun... dia pun tolong la aku angkat barang2 bawak pi ke kereta... gila lenguh bahu aku.. rasa longgaq macam nak tercabut dah haaa... dari tingkat 4 tu aku kendong sebelah tangan 3beg, sebelah tangan lagi 3 beg dengan beg galas belakang satu... aku tak nak tinggal kat hostel barang2 tu sebab tu bawak sampi ke kereta.. yana lagi la, beg besaq dia sebijik campur dengan beg2 aku sekali... terus tough lengan si Yana ni kan kan... hehe

Dah simpan barang semua, jumpa Aimi dengan kawan dia... Actually, kitorang memang plan nak ronda sama2 sebab Aimi tau jalan..heee~~ ... So, kitorang berpecah... Aimi gi amek Syaza kat Seriab, aku pulak amek Farah kat Kangar... depa 2 ni balik lagi awal.. hamboihh! lepas tu kitorang jumpa balik, sarapan kat kedai pak njang Syaza kat Seriab... haaa, nama tempat makan tu Nasi Lemak Ayam Berempah... nak tau sedap ke tak, pi la singgah.. hehe.. selesai sarapan, kami bertolak ke destinasi yang pertama ----

::: Pusat Ekuin Perlis :::

aaaa tuu diaa... hihihi ^^,

Pusat Ekuin ni nama senangnya kandang kuda la.. hehe... kat sini ada banyakkkk kuda tapi kan, kena tahan hidung la sikit.. bushukk! hihi... tapi kalau korang dah memang pencinta haiwan, dah tak hairan dah busuk2 binatang ni..betul tak, betul tak? heee.. aku saja nak bawa Yana ronda2 sini sebab dia Orang Muar, Johor tuu... bila lagi nak bawa meronda kan.. time cuti2 ni la, tambah2 pulak Yana nak balik Muar petang tu juga jam 7.30 p.m. 

Kalau korang nak tau, view dia kat sini memang la cantik.. nampak cam kat oversea.. nak nak lagi pulak time pagi2 kan... ditambah dengan efek kabus nya..fuhhh, sgt cun taw! hehe.. nah, tengok le gambor2 yang kitorang snap =)


Cik Aimi dengan Cik Farah ber'dating'




Ms Adnin Shamsul with Ms Aimi




bak kata Cik Yana kita, " 3 Serangkai "
Cik Farah, Cik Adnin & Cik Yana



Senyum tak perlu kata apa2 
(^^,)



View ni sangat cun! nampak tak, macam kat luar negara kan kan?? he2



aihh! sibuk jugak nak snap si baju kelabu tu...




Kuda Oh Kuda,, kenapa engkau hensem.. HAHA




waahhhh! pandai dia pose... alaa model gitteww~ HAHA


tu diaa heroin Hindustan.. Syaza Mukherjee.. hehe =)



eeiii, bleh pegang2.. =p



Cik Farah pun pegang kuda juga



heyy, couple ke?? haha



OTW ke kereta..tak tahan kena serang dengan kerengga.. huhu



cantik kan pemandangan... 







busuk pun busuk la.. Peace tetap maintain..



oh my Felix! I lap you, You drive me <3
hehe



skali lagi Peace dari Cik Farah..hehe




haipp, gossip kah??




Kereta Cik Aimi kita..comel macam tuan dia.. =)




 Ms. Adnin Shamsul sangat mengantuk dah nak story mory...
nanti esok kita sambung cite lagi di Le Tour De Perlis Part II..
ada banyak tempat lagi belum story2..hehe

Thanks for reading!
Assalamualaikum